Skip to main content

'Tuduhan BN dalang menggelikan'

KUALA LUMPUR: Tuduhan pemimpin dan penyokong pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno menjadi dalang berikutan ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) melompat parti adalah sesuatu yang 'menggelikan hati'.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata parti pembangkang itu berada dalam keadaan tenat sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas dan melampaui batasan.

"Yang tak melompat tuduh Umno buat, yang melompat pun tuduh Umno buat. Saya rasa rakyat boleh lihat sendiri bahawa nak menuduh BN dan Umno ada had dan batasannya.

"Takkan begini ramai (keluar parti) berpunca daripada Umno kalau tidak perkara dalaman mereka sendiri," katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan balai polis bergerak di Klang, dekat sini, semalam.

Beliau mengulas seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata trend keluar parti wakil rakyat PKR memberi petanda baik kepada kepemimpinan Melayu dan Umno serta menjadi petunjuk baru keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan kerajaan BN.
Beliau juga menjangkakan senario keluar parti akan berterusan sama ada membabitkan pemimpin tertinggi atau peringkat bawahan berikutan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu sendiri.

"Ada orang kata, PKR ialah 'Pakatan Kian Rebah' dan Paka-tan Rakyat pula 'Pakatan Rapuh'... oleh kerana itu 'Pakat Keluar Ramai-Ramai'," katanya dengan nada sinis.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, BN tidak mempunyai tumpuan untuk menghasut wakil rakyat pembangkang keluar parti semata-mata mahu mencapai kedudukan majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Katanya, tumpuan wakil rakyat BN adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan melaksanakan tanggungjawab dan mengurangkan retorik politik.
"Ia berlaku dengan sendiri, bukan atas dorongan kita, nampak yang keluar itu pun menjadi (wakil rakyat) Bebas dan kita belum dapat memastikan mereka 100 peratus menyokong kerajaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pakatan pembangkang ketika ini berada dalam krisis kepemimpinan kerana PKR bukan lagi parti yang memiliki jumlah majoriti dalam Parlimen, sebaliknya ia kini dikuasai DAP.

"Saya yakin Pas tidak akan menyokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T