KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini mencabar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Pengerusi DAP itu turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar.
"Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya.
Semalam, Zulkifli yang kini Anggota Parlimen Bebas selepas dipecat dari Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya selain untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan lain pada 2004.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zulkifli berkata pendedahannya itu tidak ada kena mengena dengan Karpal.
"Kalau Karpal Singh rasa tak puas hati, saya nak tanya dia mengenai kenyataan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) pada 7 Mac minta dia (Karpal) taubat kerana meminta Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meletak jawatan, sampai hari ini dia (Karpal) tak jawab. Kenapa dia tak jawab?" katanya.
Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini bahawa polis akan mengambil keterangannya berhubung pendedahan itu, Zulkifli berkata: "Memang kerja dia siasat." - mstar online

Comments
Post a Comment