Skip to main content

Saya kaki pukul bukan kaki lompat - Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bahawa beliau adalah antara lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Bung Moktar berkata, beliau juga tidak pernah berjumpa dengan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung tujuan itu dan menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu pembohongan besar.
"Saya tidak pernah jumpa mana-mana pihak PKR untuk melompat sebab saya bukan kaki lompat, saya kaki pukul...mana cakap tidak betul (dalam Dewan Rakyat) kita pukul sebab kita anak jantan, mesti berani punya. "Saya tidak pernah terbabit sama ada pertembungan secara langsung kecuali saya terjumpa dengan ketua pembangkang dalam satu penerbangan, dia duduk depan dengan isteri, saya duduk belakang.

"Dia datang jumpa saya tanya apa khabar, saya cakap baik...'Bila nak ikut?' 'Ikut apa?' Dia kata sudah ada 30 orang, 'Awak ada 30 orang bentuk kerajaanlah,' itu saja," katanya.

Beliau membuat pendedahan itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata tidak terlintas sedikit pun dalam fikiran beliau untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan dan mendesak agar anggota PKR yang lain bangkit daripada tidur dan angan-angan pembangkang itu.

"Saya minta kawan-kawan daripada PKR jangan lagi terpedaya. Bangkitlah daripada tidur, bangunlah daripada buaian mimpi kerana tiada satu parti ditubuhkan atas dasar benci, dendam boleh perintah negara, sebelum rakyat menghukum lebih teruk, kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan," katanya.

Bung Moktar turut mengucapkan tahniah kepada Zahrain yang kini menjadi wakil Bebas setelah keluar parti 12 Februari lalu dan menyifatkan Zahrain bertindak sedemikian kerana sudah mendapat petunjuk daripada Tuhan untuk ke landasan yang benar.

"Yang lain saya tidak boleh cakap belum ada petunjuk tetapi mungkin mereka belum terbuka hati mereka oleh Allah, saya simpati dengan mereka yang belum mendapat petunjuk, saya berdoa satu hari sebab tiada yang boleh ubah hati manusia selain daripada diri mereka dan Allah," katanya.

Khamis lalu, selain Bung Moktar, Zahrain turut mendedahkan bahawa Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), serta seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan agenda pembangkang membentuk kerajaan pada 16 September 2008. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T