PUTRAJAYA, 3 Mac (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan gulung tikar.
Ini berikutan begitu ramai pemimpinnya sudah meninggalkan parti, katanya dan menurutnya sebabnya jelas kerana dasar parti itu tidak berasaskan perjuangan untuk rakyat atau memperbaiki negara ini, katanya.
"Ia kini menjadi topik popular. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini trend ini sudah diduga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas siri lompat parti beberapa pemimpin PKR mutakhir ini, selepas menghadiri taklimat khas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia mengenai projek Universal Service Provider di sini pada Rabu.
"Ia terasaskan kepada angan-angan siapa yang ingin jadi Perdana Menteri. Ia juga diasaskan oleh politik keluarga sebabnya yang mempimpin parti ini adalah keluarga yang tertentu. Saya tidak perlu sebut siapa-siapa".
Katanya berasaskan faktor-faktor tersebut, masa depan parti itu tidak menjurus kepada tujuan yang murni tetapi terasas kepada tujuan yang sempit.
"Mungkin ahli-ahlinya sudah merasa resah. Kita berharap rakyat di Pulau Pinang akan memberi rumusan dan perkiraan terakhir dalam tempoh terdekat."
Ditanya adakah PKR sudah berada di ambang kejatuhan, Dr Rais berkata: "Kita tidak mahu membuat telahan keterlaluan seperti Mat Jenin".
"Tetapi melihat kepada sejarah dan bak kata pepatah, menoleh ke belakang dan memandang ke depan, sudah jelas parti ini sudah hilang matlamat perjuangannya dan kemampuannya untuk menyumbang perkembangan demokrasi yang membina masyarakat kita."
Beliau turut menasihati orang ramai agar tujuan dan matlamat perjuangan sesuatu parti politik itu harus diperhalusi dahulu sebelum menyertainya.
PKR hari ini kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti atas faktor hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan pakatan pembangkang khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.
Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.
Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Mohsin Fadzli keluar PKR kerana umum sudah mengetahui parti itu sedang menghadapi masalah tetapi masih cuba dilindungi oleh mereka.
"Saya tidak terkejut kerana yang lain (pemimpin PKR) pun sudah keluar (parti)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.
Dr Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak sementara itu turut berkata beliau sebenarnya tidak berminat mengulas mengenai masalah parti-parti pembangkang kerana seperti biasa mereka akan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO sebagai terlibat.
"Mereka akan cepat tuduh kita...masalah dalaman mereka akan kata UMNO punya kerja," katanya. - BERNAMA

Comments
Post a Comment