PUTRAJAYA 3 Mac - Tembelang masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian diketahui oleh rakyat setelah ramai wakil rakyatnya keluar parti termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, UMNO sudah lama mengetahui masalah dalaman PKR dan pakatan pembangkang terutama membabitkan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Pakatan pembangkang hanya retak menanti belah dan hari ini kita dapat lihat perkara itu.
''Saya pun terkejut, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Syed Ali merupakan pengasas dan pengerusi yayasan berkenaan.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai itu mengumumkan keluar dari PKR setelah kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Mohsin juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Syed Ali yang mengalu-alukan tindakan Mohsin itu berkata, pihaknya difahamkan ramai lagi wakil rakyat PKR akan bertindak meninggalkan parti tersebut.
''Baguslah mereka sudah sedar kerana waktu masih belum terlambat, jangan tunggu sampai pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau menyatakan, sekarang ahli-ahli Parlimen pembangkang boleh membuka mata manakala rakyat dapat menilai sendiri apa yang terjadi dalam pakatan tersebut.
''Harap lebih ramai lagi akan keluar parti walaupun sebagai Bebas, itu tidak mengapa.
''Sekurang-kurangnya mereka tahu masalah dalam PKR tidak akan membawa apa-apa erti dalam perjuangan pakatan pembangkang," katanya. - Utusan

Comments
Post a Comment