Skip to main content

Najib Bersantai Dengan Warga UKM, Dapat Reaksi Positif

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermesra dengan wakil-wakil pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika mengunjungi Teres Eko Niaga di UKM, Bangi hari ini. Beliau tiba di foyer Bangunan Canselori universiti itu pada 12.40 tengah hari, meluangkan masa hampir 45 minit beramah mesra dengan hampir 200 orang ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar.

BANGI: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa beramah mesra dalam satu lawatan secara tidak formal ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Perdana Menteri, yang tiba di foyer Bangunan Canselori universiti itu pada 12.40 tengah hari, meluangkan masa hampir 45 minit beramah mesra dengan hampir 200 orang ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar.

Dalam ucapan ringkasnya Najib berkata : "Sebenarnya kedatangan saya hari ini berlainan seperti biasa (kerana) ia bukan lawatan rasmi atau formal tetapi lebih bersifat mesra warga universiti.

"Lawatan ini supaya saya berpeluang berinteraksi dengan ahli akademik dan para pelajar kerana saya tahu bahawa ahli akademik dan para pelajar jarang sekali dapat peluang berinteraksi di luar kampus."

Najib berkata beliau juga tidak mahu ada meja khas, kerusi khas, permaidani merah atau pun bunga manggar sebaliknya ingin bersantai dengan para pelajar sambil menikmati hidangan tengah hari di tempat biasa pelajar menjamu selera.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, disusuli dengan sesi bertemu dan beramah mesra bersama para pelajar sambil menikmati hidangan tengah hari secara santai di Teres Eko Niaga UKM.

Najib sebelum itu turut mengunjungi beberapa gerai yang terdapat di situ dan membeli hidangan tengah hari beliau iaitu nasi ayam serta air minuman campuran jambu batu dan strawberi. Beliau kemudian menikmati hidangan yang dibelinya itu sambil bersembang dengan para pelajar selama hampir sejam.

Mustakim Murad, pelajar dari Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, berkata beliau merasa amat terharu dan teruja serta tekejut dengan kehadiran Perdana Menteri.

"Dalam kesibukan menjalankan tugas, beliau masih boleh meluangkan masa dengan kami. Secara tidak langsung ia menunjukkan Perdana Menteri menyokong kami dan ini membuatkan kami pula akan menyokong beliau," katanya.

Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Siti Hajar Ishak, berpendapat lawatan seumpama itu membuatkan pelajar merasa amat bangga kerana pendekatan mendekati pelajar itu sesuatu yang amat bijak kerana golongan muda inilah yang akan mewarisi negara pada masa depan.

"Saya berharap perkara seumpama ini akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi kerana ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan hasrat dan permasalahan kami," katanya

Pendapat itu dikongsi oleh Naib Presiden II Persatuan Mahasiswa UKM N.Harikrishnan yang berharap usaha murni Perdana Menteri itu dapat diteruskan.

"Misalnya pada hari ini kami dapat menyuarakan sendiri pendapat kami, apatah lagi beliau mesra melayani kami," katanya.

Anggota exco persatuan itu, Chew Oan Hau, berkata kehadiran Perdana Menteri menunjukkan beliau pemimpin yang mesra rakyat.

Lawatan Najib ke UKM hari ini merupakan sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau telah mengadakan lawatan yang sama ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). - mstar online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T