Mukadimah :
KEPUTUSAN Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak.
Malah di kawasannya sendiri, ada pihak-pihak tertentu menuduh beliau sudah ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional (BN).
Bagi menepis segala tohmahan itu, Mohsin Fadzli meluahkan perasaan dalam perbualan dengan wartawan Utusan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI baru-baru ini.
UTUSAN: Apakah tanggapan Yang Berhormat (YB) terhadap PKR semasa mengambil keputusan menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu?
MOHSIN FADZLI: Harapan saya memang tinggi untuk beri keadilan kepada masyarakat di Bagan Serai yang kebanyakannya adalah petani. Dasar dan moto perjuangan PKR memang cantik iaitu memberi keadilan dan memperjuangkan keadilan untuk rakyat.
Namun, selepas saja saya menang, saya dapati banyak berlaku kecurangan di Bagan Serai. Masing-masing di Cabang Bagan Serai dan negeri mempunyai puak masing- masing. Perebutan kuasa, jawatan, perbuatan khianat, tikam belakang dan budaya politik fitnah memfitnah semakin menjadi-jadi sehingga saya tidak dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.
Bilakah masalah ini mula berlaku dalam PKR Bagan Serai?
Mulanya semasa mesyuarat agung PKR Cabang Bagan Serai apabila dalam ucapan seorang pemimpin Cabang, saya dikatakan calon tersalah pilih. Pada 20 Mei 2009 pula saya dipecat daripada jawatan Naib Ketua Cabang. Sebanyak 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang menyokong pemecatan saya, jadi apa makna semua ini?
Takkan pejabat parti negeri tidak dapat melihat apa yang berlaku. Hanya seorang yang menyokong, mesti ada yang tidak kena. Mereka patut siasat tetapi dibiarkan begitu sahaja. Alhamdulillah, saya dapat sokongan daripada orang Pas yang memberikan kerjasama sepenuhnya sampai hari ini.
Apakah kemuncak yang menyebabkan YB hilang sabar sehingga mengambil keputusan keluar parti?
Saya buat majlis korban di Parit Gabis, saya panggil PKR kawasan untuk perasmian, langsung tak datang. Saya buat program lawat pasar basah di Bagan Serai dengan Majlis Daerah Kerian, pun tak datang. Tidak ada kerjasama langsung, tidak ada siapa pun. Hendak buat macam mana. Kurang lima hari sahaja lagi untuk cukup lima tahun, saya dimalukan dan dihina. Jadi, macam mana hendak buat, bila keluar baru gaduh itu ini.
Kemuncaknya ialah apabila Majlis Pakatan Rakyat yang saya cadang buat pada 5 Januari lepas dibatalkan sebab Ketua Cabang sudah buat lebih awal sedangkan majlis itu sepatutnya dibuat oleh Ahli Parlimen selaku pengerusi.
Selepas itu, Datuk Ngeh Koo Ham ada telefon saya tanya siapa wakil DAP dalam majlis itu tetapi saya cakap tidak pasti dan dia tanya apa pasal saya tidak tahu. Macam mana saya hendak tahu sebab saya diketepikan dan dia pun kata, mana boleh sebab saya pengerusi.
Paling terbaru, semasa saya dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pergi ke Korea Selatan, dia tanya saya kenapa YB tidak hadir pada program wanita di Alor Pongsu, saya terkejut dan saya tanya bila.
Saya tidak tahu pun ada majlis itu, macam mana saya hendak tahu kerana PKR Bagan Serai tidak maklumkan kepada saya. Macam mana hendak buat lagi, sudah jenuh saya bersabar dan saya pun sudah fikir panjang, saya pun tinggalkan PKR. Ambillah kuasa, saya tidak mahu masa saya terbuang untuk benda-benda macam itu.
Apakah agaknya punca orang PKR Bagan Serai marah sangat dengan YB sampai memperlakukan YB sedemikian rupa?
Mereka marah sebab saya tidak beri duit apabila mereka datang minta. Hendak bukan sedikit, ingat saya bawa gunung emas ke? Harapkan duit pencen dan elaun Ahli Parlimen sahaja, itu pun tidak cukup dan kena guna duit sendiri juga sampai perbelanjaan dapur keluarga saya pun kurang.
Kalau saya beri mereka duit, sudah lama masalah ini selesai. Tetapi saya jenis keras, kedekut sebab saya tahu macam mana susahnya cari duit. Kalau datang ke rumah saya di Kajang, Selangor, saya boleh tunjuk saya tanam pokok cabai, pokok limau, pokok durian dan saya bela ikan. Sebelum pergi Parlimen pun, saya siram pokok dulu.
Masa di kampung, saya pagi-pagi pergi bendang. Saya tidak senang macam mereka sangkakan, saya susah.
Ramai orang datang minta duit, saya memang beri tetapi tak banyak sebab mana hendak cari duit banyak-banyak, saya cuma bagi setakat mana yang ada. Konsep saya, siapa datang kemudian, saya buat pancing dan ikat dengan mata kail dan saya suruh pancing ikan dan beritahu umpan apa yang hendak digunakan, sebab itu mereka marah. Mereka juga ingat saya tidak layak jadi Ahli Parlimen sebab mereka ingat saya ini YB ‘cokia’ (teruk) dan baru hendak kenal politik.
Ada pimpinan PKR negeri mendakwa parti sudah cuba membantu YB dari segi kewangan tetapi YB tidak tahu menguruskan kewangan. Apakah itu benar?
Bukan satu sen, setengah sen pun saya tidak terima. Kalau ada yang kata saya terima bantuan kewangan daripada PKR negeri, itu satu fitnah yang besar sekali. Selama ini saya guna duit kocek saya sendiri dan ada juga pertolongan dari kawan-kawan seperti dalam khidmat kesihatan. Ada seorang hamba Allah beri sumbangani alat untuk periksa tekanan darah tinggi dan gula dalam darah.
Masalah ini sudah berlarutan begitu lama, pernah YB ajukan masalah ini kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan?
Saya sudah mengadu pada Anwar tetapi dia cakap tidak ada apa-apa masalah dan minta saya bersabar. Saya juga ada minta tolong Mustafa Kamil Ayub tetapi dengar-dengar ada pimpinan parti hendak ambil tempat saya pula.
YB melihat apakah masalah besar dalam PKR sehingga ramai wakil rakyat keluar parti?
Sudah tentu masalah perebutan kuasa dan jawatan sebab PRU13 dah hampir, tambahan pula di Perak mereka jangka akan bubar Dewan untuk pilihan raya negeri. Sebab itu, mereka berebut-rebut jawatan dan di tempat lain pun macam itu juga. Kalau masalah ini tidak dibendung, punahlah harapan rakyat, setakat mengharap sahaja.
Selepas keluar daripada PKR, adakah YB bercadang untuk menyertai Pas atau UMNO?
Setakat ini, saya belum memikirkan untuk masuk mana-mana parti politik. Saya mahu berkhidmat kepada masyarakat terutamanya pengundi-pengundi di Bagan Serai. Kalau saya hendak masuk UMNO, sudah tentu mereka akan menerima dengan tangan terbuka tetapi buat masa ini, matlamat saya adalah untuk beri perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Bagan Serai. Kalau mereka sedia bekerjasama dengan saya, insya-Allah saya akan beri perkhidmatan yang paling baik dan akan bantu sedaya upaya.
Tindakan YB keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas dilabel sebagai mengkhianati amanah rakyat di Bagan Serai, apa pandangan YB?
Siapa yang lebih mengkhianati pengundi, wakil rakyat atau pemimpin parti yang ada? Mereka kata pengundi mengundi atas dasar parti.
Baiklah, saya setuju tetapi siapa yang mengkhianat wakil rakyat? Orang partilah sebenarnya yang bertanggungjawab mengkhianati pengundi sebab timbulkan banyak masalah dan tidak beri kerjasama kepada wakil rakyat.
Sudah tentu tindakan YB keluar parti mendapat cemuhan daripada penduduk Bagan Serai yang menyokong YB dulu, bilakah YB bersedia untuk bersemuka dengan mereka?
Selepas tinggalkan parti, depa (penyokong pembangkang) kata saya macam-macam dan ada yang tunjukkan isyarat tangan dan ada ugut hendak bunuh saya. Takkan saya hendak membahayakan nyawa saya.
Saya sebenarnya ada wakil di sana. Mereka akan beri laporan kepada saya dan jika keadaan mengizinkan saya akan balik. Apabila saya menjadi wakil rakyat Bebas, saya bukan meninggalkan tugas atau kawasan saya. Saya masih lagi menjadi wakil rakyat mereka. - Utusan

Mereka berebut-rebut jawatan dan di tempat lain pun macam itu juga. Kalau masalah ini tidak dibendung, punahlah harapan rakyat, setakat mengharap sahaja

Comments
Post a Comment