Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar fail) menganggap, DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat. Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. “Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya. “Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya. Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua...