Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Saya rela disiasat - Hassan Ali

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk disiasat serta menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh parti sekiranya didapati bersalah. Bagaimanapun, menurut beliau, Jawatankuasa Disiplin tersebut mesti melakukan siasatan dengan adil serta telus dan bukannya bersandarkan emosi atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Beliau mengharapkan siasatan itu dilakukan segera secara menyeluruh demi keadilan. ''Percepatkan siasatan kalau saya yang menjadi punca 'kecacatan' parti. Siasat dan kajilah saya. Saya sangat mengalu-alukan siasatan itu dibuat. ''Tetapi, dengan syarat sila kemukakan bukti yang kukuh. Cara siasatan itu dibuat mesti dengan cara yang meyakinkan kita. Bukan dilakukan dengan emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Mesti dibuat dengan telus. Saya akan terima,'' katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air, B

Suasana panas Mesyuarat Khas Pas terbongkar

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Krisis kepimpinan Pas yang nampak sejuk di permukaan namun bergelora di dalam tidak dapat ditutup lagi apabila 'cerita dalam kelambu' mesyuarat khas parti itu kini tersebar luas dalam blog. Blog-blog propembangkang dan prokerajaan heboh memperkata dan memperdebatkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam mesyuarat itu termasuk ancaman seorang pemimpin kanan Pas untuk meletak jawatan jika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali tidak dikenakan tindakan. Hasilnya, mesyuarat tersebut Rabu lalu seperti yang telah diketahui umum memutuskan 'mengheret' Pas Selangor yang diterajui Hassan kepada Jawatankuasa Disiplin. Antara yang banyak diperbahaskan di dalam blog mengenai majoriti Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada malam itu telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Hassan ditukar dan digantikan dengan mereka yang lebih layak. Namun kompromi yang ditawarkan mereka itu difahamkan ditolak mentah-mentah, sebaliknya pem

Isu moral: Ezam cabar Wan Azizah

Oleh HERMAN HAMID pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 30 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti. Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor berkata, Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar. Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran. ‘‘Betul, Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti. ‘‘Dia patut bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes d

Pasukan Pelaku Salahguna Kuasa bakal dihukum : Petugas Akan Siasat Laporan Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat Jumaat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam. "Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu. Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah

Allah uji orang beriman

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Orang beriman perlu bersabar dalam menghadapi sebarang musibah dan ujian daripada Allah dalam hidup ini. - Gambar hiasan Sheikh Sya'rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran. Ayat ke-142 Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? Iktibar dan fiqh ayat i. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Peristiwa perang Uhud banyak memberi pengajaran kepada umat Islam. "Apa yang berlaku banyak hikmahnya antaranya memberi peluang kepada kaum Muslim

DEMI ISLAM : UMNO, Pas masih boleh bekerjasama

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Seorang penyokong kerajaan masih mengharapkan UMNO dan Pas dapat menjalinkan kerjasama demi masa depan Islam dan Melayu walaupun parti pembangkang itu telah memutuskan bahawa cadangan tersebut tidak lagi wujud. Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, UMNO dan Pas terlalu banyak persamaan malah beliau menyifatkan kedua-dua parti itu sebagai sedarah sedaging. Katanya, Pas tidak sesuai bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dasar kedua-dua parti berkenaan terlalu berbeza dengan Pas. “Pas tidak sesuai dengan PKR kerana PKR parti koboi. Dengan DAP pun Pas tidak sesuai dan tidak pernah dapat satu selimut. Pas hanya boleh berbaik-baik dengan UMNO sahaja kerana kita adalah sedarah sedaging. “Ini bukan cakap gurau kerana UMNO dan Pas adalah sebangsa, seagama, senabi, sekiblat, semengucap (kalimah syahadah) dan sedarah. Darah aku darah kau, darah kau darah aku...rapat,” katanya ketika membahaskan bajet 2010 pada persidangan Dewan Rakyat di sin

Tindakan bijak - Noh

SHAH ALAM 29 Okt. - Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan tindakan bijak serta dapat membawa kebaikan kepada rakyat di kawasannya. Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia juga menunjukkan Badrul Hisham telah sedar hanya BN satu-satunya parti yang dapat membantu membela rakyat di Pelabuhan Klang. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, BN juga bersedia menghulurkan bantuan dan bimbingan kerana Badrul Hisham mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan pembangunan di kawasannya. ''Sebagai wakil rakyat Badrul Hisham membuat keputusan bijak kerana tahu tidak ada sesiapa boleh memaksanya melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat walaupun cuba disingkirkan oleh partinya sendiri. ''Beliau juga memilih jalan betul dengan keluar dari PKR dan menyokong BN. Jika selepas in

Nik Aziz puas hati 'petualang' dibincang

BACHOK 29 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpuas hati dengan keputusan mesyuarat khas yang diadakan semalam kerana masalah 'petualang' dalam parti itu yang merosakkan pakatan pembangkang dibincang secara mendalam. Tanpa mengulas panjang mengenainya, beliau turut mengakui telah ditegur dalam mesyuarat tersebut. Bagaimanapun beliau menggangap isu yang ditimbulkan olehnya berdasarkan tulisan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari telah selesai. Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau turut berpuas hati dengan mesyuarat berkenaan walaupun cadangannya mengenai pembersihan dalam parti ditolak dan digantikan dengan seminar. ''Saya puas hati juga, mana boleh kita hidup dalam dunia ini orang terima pandangan kita belaka. Ada masa orang terima, ada masa orang tolak. ''Dalam mesyuarat itu, mereka berbincang dengan meluas bagaimana hendak menyelesaikan petualang-petualang dalam Pas sendi

Hadi-Nik Aziz: Buku belum ditutup lagi

DRAMA arahan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertajuk EGM cukup hebat. Sehinggakan presidennya, Haji Hadi Awang semalam terpaksa membuka mulut membuat pengakuan bahawa cadangannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan mewujudkan kerajaan perpaduan sebagai ''sudah tidak wujud lagi dalam kamus parti itu kini''. Hadi seakan menggigil dengan gertakan Nik Aziz sehingga terpaksa membuat kenyataan sedemikian. Setahu kita Hadi bukan macam itu. Beliau satu ketika dulu dianggap sebagai singa Pas. Atau sengaja Hadi membuat kenyataan itu untuk meredakan keadaan? Semasa membuat kenyataan itu di lobi Parlimen semalam, Hadi memberi alasan kerajaan perpaduan tidak ada lagi. ''Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti. ''Pemimpin yang ada (Najib Tun Razak) kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah," jelasnya lagi. Namun jika dianalisis kata-katanya itu, ada banyak maksud yang boleh ditafsirka

Husam nafi ada dalang EGM Pas

KOTA BHARU 27 Okt. - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai propakatan pembangkang hari ini menafikan segala desas-desus bahawa beliau adalah kalangan dalang di sebalik cadangan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan. Beliau yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas ketika merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar lepas menegaskan bahawa ia adalah keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. ''Orang kata saya di belakang tok guru (Nik Abdul Aziz) tetapi sebenarnya 100 peratus keputusan itu dibuat oleh tok guru sendiri. ''Nama saya dikaitkan dalam banyak perkara tetapi itu nasib saya. Alhamdulillah saya dapat bersabar dan tidak mengulas apa-apa tuduhan yang dibuat terhadap saya. ''Tetapi akhirnya saya percaya yang keruh akan hilang, yang jernih akan timbul dan orang akan tahu niat saya yang sebenar,'' katanya ketika ditemui pemberita di lobi

Akui atau terus bersandiwara

Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my MALAM ini sudah tentulah tumpuan arena politik negara kepada mesyuarat khas Pas yang akan membincangkan secara terperinci kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beberapa pemimpin dalam parti itu 'dibersihkan'. Tiga pemimpin yang menjadi sasaran Mursyidul Am Pas itu ialah Timbalan Presiden parti, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Nik Abdul Aziz orang yang bertanggungjawab mencetuskan perkara berkenaan semalam mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas itu. Tetapi, seandainya Nik Abdul Aziz tidak hadir, sudah tentulah akan menyebabkan mesyuarat tersebut seolah-olah tidak bermakna. Ia kerana sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan isu berkenaan, Nik Abdul Aziz perlu hadir bagi membolehkan kepimpinan tertinggi Pas mendengar sendiri apa yang beliau maksudkan. Kita harus ingat selepas membuat kenyataan menggemparkan iaitu meminta Pas men

Terjerat Dalam Pertelingkahan, Kenapa Tuduh UMNO?

By administrator | Category: Berita Utama KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Mampukan PAS keluar dari kepompong permasalahan yang membelenggu mereka ekoran daripada pertelingkahan dan pergeseran pendapat di kalangan pemimpin atasannya? Bukan menjadi rahsia lagi apabila Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat menyuarakan ketidakpuasan hasil daripada kepimpinan Presiden, Abdul Hadi Awang bersama dengan barisan ahli jawatankuasanya. Lantaran itu, Nik Aziz mahukan agar Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan kononnya untuk membersihkan pemimpin-pemimpin yang dikatakan prokerajaan dan UMNO; namun ia ditolak dan kepimpinan PAS hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS yang dijadualkan berlangsung esok. Dalam menjawab persoalan tersebut, biarpun ada antara para pemimpin dalam PAS yang mengatakan bahawa ia bukan sesuatu yang serius sebaliknya hanya masalah dalaman parti sahaja, tetapi perlu diingat bahawa antara nama-nama pemimpin yang disebut oleh Nik Aziz sebagai individu yang perlu

BIJAK, Untuk bakal MB Baru : DUN Kelantan lulus kenaikan elaun wakil rakyat

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004. Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah. Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 ahli dewan, termasuk enam pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini. Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Hadi pun tahu rahsia Anwar

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga antara individu yang mengetahui rahsia sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun atas kepentingan untuk berkuasa katanya, para pemimpin Pas yang mengetahui 'sesuatu' mengenai Anwar sanggup 'menelan' rahsia itu. Disebabkan faktor itu kata beliau, umum mengetahui bahawa Abdul Hadi tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong Anwar secara keterlaluan. Katanya, jika senario politik Pas dinilai, maka penyokong terkuat Anwar daripada parti itu adalah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. ''Nik Aziz adalah penyokong terkuat Anwar daripada Pas, Hadi tidak kuat sangat, mereka semua mengetahui sesuatu mengenai Anwar tetapi demi politik, mereka sanggup untuk melupakannya,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen Pengurusan Kemudahan
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat khas Pas yang diadakan di Kuala Lumpur esok bagi membincangkan pergolakan dalam parti itu. "Saya akan hadir juga walaupun saya penat dan banyak tugas lain di sini yang terpaksa saya hadir dan penuhi undangan," katanya selepas sidang Dewan Undangan berehat pagi ini. Nik Aziz, yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata beliau menerima jemputan supaya hadir dalam mesyuarat itu daripada Pas Pusat atas jemputan rasmi sebagai Mursyidul Am Pas. "Walaupun saya penat dan banyak tugas lain yang terpaksa saya sempurnakan termasuk (mesyuarat) Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi saya terpaksa hadir juga pada mesyuarat khas Pas di Kuala Lumpur esok," katanya. Sepatutnya, Nik Aziz berkata, penganalisis politik, Aziz Bari turut dijemput menghadiri mesyuarat itu, kerana daripada artikel yang ditulisnya mengenai kerajaan perpaduanlah, mencetuskan idea untuk Muktamar A

Jaminan syurga jika diri bebas perasaan hasad, iri hati

ANAS bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian esok harinya, Rasulullah SAW bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi SAW bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, " Baiklah". Anas berkata, " Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, d

Dendam Nik Aziz

APABILA Nik Aziz Nik Mat serius mahukan satu Muktamar Agung Khas Pas segera diadakan, saya tidak melihatnya dari sudut parti itu dilanda krisis kepimpinan yang serius seperti anggapan kebanyakan orang. Walaupun kemungkinan krisis itu benar, saya melihatnya dari sudut yang lain. Gesaan Nik Aziz itu saya pandang sebagai mesej betapa berdendam dan bencinya beliau kepada UMNO. Beliau benar-benar ‘berkerat rotan berpatah arang’ dengan UMNO yang sama sebangsa dengannya. Kemarahan dan kebencian ini semakin menjadi-jadi sehingga sanggup melabel UMNO sebagai ‘parti sesat’ yang tidak membawa ke syurga. Pintu rundingan dengan parti Melayu terbesar itu (UMNO) ditutup terus dan tidak ada sebarang muzakarah lagi kerana bagi beliau, parti UMNO tidak berlandaskan Islam dan tidak berjuang untuk menegakkan agama Allah. Gagasan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti cadangan Presiden Pas, Hadi Awang ditendang terus daripada perbincangan. Berpegang daripada perkara itulah juga gesaan Muktamar Agung

Syor Nik Aziz tak masuk akal - Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas

Oleh Nazura Ngah dan Haspaizi Mohd Zain bhnews@bharian.com.my MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berjumpa dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di perkarangan Masjid Noor Aini, Kota Bharu, Kelantan, selepas menunaikan solat Zuhor di Jalan Pasir Hor, kelmarin. - Foto Zaman Huri Isa Ketua Dewan Ulama syak Mursyidul Am Pas dipengaruhi pihak lain KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan. Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain. Pesuruhjaya Pas Terengganu itu juga berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah. "Tidak ada sebab untuk

Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Golongan liberal dalam Pas dipercayai mempergunakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bertujuan menyingkirkan kepimpinan sedia ada. Sumber itu memberitahu Utusan Malaysia , kumpulan terbabit mengambil segala kesempatan untuk mengambil alih kepimpinan Pas kerana ia satu-satunya cara merapatkan jalinan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dalam semua perkara. Menurut sumber itu, di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas tidak berkompromi dalam soal berkaitan Islam serta Melayu dan ia sedikit sebanyak membuatkan dua rakan parti itu merasa kurang senang. "Sebagai contoh perjalanan hukum jenayah syariah, usaha memantapkan Islam dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana Pas tidak berkompromi dalam soal-soal ini. Pas mahu ia dikekalkan. Pas juga mahu perkara berkaitan Islam dimantapkan. "Keadaan itu menyebabkan kepimpinan PKR dan DAP kurang selesa denga

Tiada EGM Pas namun Nik Aziz tetap mahukan EGM

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Pas tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memberitahu hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas. Salahuddin berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Bharu semalam. “EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang Pas. Pas akan mengadakan mesyuarat khas Pas pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Bharu semalam,” katanya. Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya E

'Orang munafik, tapi alim lidahnya'

PEMIMPIN Pas yang dipimpin Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan mursyidul itu terang-terangan mengatakan ahli-ahli UMNO itu tidak Islam. Sedalam mana ilmu tuan guru yang diagung-agungkan ahli-ahli Pas itu kita sendiri pun tidak tahu. Mereka dengan lantang mengatakan demikian seolah-olah hukum Tuhan dan syurga neraka berada dalam ketentuannya. Apakah mereka akan lebih Islam jika seseorang itu menghafal dan menyampaikan dua atau tiga ayat al-Quran dalam ceramah atau pun takbir apabila berkumpul ramai? Tetapi selepas itu ayat-ayat al-Quran dan takbir mereka tadi semacam menghalalkan ayat mereka untuk mencaci, memaki hamun pemimpin dan membuat fitnah yang membabi buta selepas itu tanpa memikirkan sensitiviti sekeliling. Tiada perkara-perkara yang mereka sebutkan untuk meningkatkan syiar Islam dalam negara ini tetapi hanya perkataan yang keji dan kesat yang terhambur demi menghangatkan kempen mereka. Dirasakan kalau ceramah dan kempen Pas ini lebih berkisar pada hal akhirat, hidup sele

Seleweng: PM mahu tindakan tegas

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 22 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008. Perdana Menteri yang jelas kecewa dengan perilaku berkenaan menegaskan, pihak terbabit seolah-olah tidak diambil tindakan. ‘‘Ini (Malaysia) sebuah kerajaan yang besar, tapi bila kita sudah mulakan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), saya percaya kita akan menjadi lebih baik. ‘‘Bagi kita, mereka (kakitangan awam) yang menunjukkan prestasi yang bagus wajar diberikan ganjaran, ini salah satu komponen dalam pentadbiran yang baik,” katanya. Beliau berkata demikian sebelum sesi Taklimat Bajet 2010 kepada para pengarang media yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Kelmarin, Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan

Beli petrol RM300 seliter disiasat

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuat siasatan terhadap laporan Jabatan Audit Negara berhubung pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang. Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Ismail Ahmad berkata, siasatan berdasarkan laporan Audit Negara itu akan dilakukan oleh pihak Ketua Pengarah Penguatkuasaan kementerian tersebut. "Syarikat yang menjual petrol dengan harga melebihi paras ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan boleh dikenakan denda atau dibatalkan lesen atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Beliau menjelaskan demikian berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter. Sementara itu Bernama melaporkan, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus berkata, kenderaan yang mendapat teguran adalah PHK 42 (Proton Perdana

'Rasul Melayu' kena 10 tahun

Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bharian.com.my ABDUL Kahar dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam. Abdul Kahar turut didenda RM16,500, enam sebatan SHAH ALAM: Lelaki yang mendakwa `Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, dipercayai hukuman terberat pernah dikenakan bersabit kes penyebaran ajaran sesat. Abdul Kahar, 59, yang mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, turut diperintahkan menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Baharu, pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu. Sebaik hukuman dijatuhkan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad, anak-anak Abdul Kahar segera berkumpul di belakang kandang tertuduh dan menangis sambil berpelukan. Sementara itu, seorang anak lelaki Ab

Tian Chua dihukum penjara 6 bulan, denda RM3,000

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap konstabel polis dalam perhimpunan haram di pekarangan Parlimen, dua tahun lalu. Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan hukuman berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah menetapkan pelaksanaan hukuman penjara itu berkuatkuasa hari ini. - Berita Harian

Ibadah korban untuk penduduk Islam Kemboja

PUTRAJAYA 21 Okt. - Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) akan menganjurkan program ibadah korban di Kemboja untuk disedekahkan kepada ratusan ribu umat Islam yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara itu. Pengarah Eksekutif CMIA, Mohd. Farid Hosen berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 700 ekor lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha bagi diagih-agihkan kepada masyarakat Islam. Katanya, rata-rata penduduk Islam Kemboja yang bekerja sebagai nelayan dan petani masih terpinggir akibat kesan peperangan angkara rejim Pol Pot. ''CMIA mewakilkan kepada GPM untuk menerima sumbangan korban daripada umat Islam di Malaysia yang mahu turut serta di mana satu bahagian korban ialah RM240 termasuk kos pengurusan di Kemboja. ''Pihak yang berhajat boleh menghulurkan sumbangan kepada GPM dengan menghubungi 03-61883230,'' katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini. Mohd. Farid menambah, CMIA menerima banya

Tolak Azmin : 'Kami mahu orang Sabah'

KOTA KINABALU 21 Okt. - Sentimen kenegerian yang tinggi dikatakan punca utama majoriti Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ketua PKR Bahagian Silam, Johani Abd. Halim berkata, bantahan tersebut adalah mengikut kehendak ahli akar umbi yang mahukan jawatan itu diisi oleh orang Sabah sendiri. "Keadaan di Sabah lain dan tidak boleh lari dari perkara ini (sentimen kenegerian), kami mahu orang Sabah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ia 'dipanaskan' lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru baru-baru ini walaupun dinasihatkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah po

Lima langkah memperkasakan kembali BN

SAYA tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO Jumaat lalu bahawa politik itu adalah suatu permainan yang melibatkan angka. Memang benar, tanpa bilangan kerusi majoriti dalam sesuatu pilihan raya, tentunya UMNO serta Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi relevan lagi. Justeru, tugas utama Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN adalah untuk memastikan bahawa BN menang besar dengan angka yang kondusif dan terus menjadi relevan pasca pilihan raya yang akan datang. Sesungguhnya tugas untuk memperkasa BN adalah jauh lebih penting daripada menzahirkan transformasi dalam UMNO itu sendiri kerana tanpa sokongan padu parti komponen BN, atau jika BN kecundang dalam pilihan raya akan datang, UMNO tidak akan ke mana-mana. Sia-sialah sahaja kebangkitan yang dipelopori oleh UMNO. Pada hemat saya, lima kaedah atau langkah yang perlu dilaksanakan oleh pucuk pimpinan negara untuk dalam memperkasakan kembali BN dalam masa terdekat ini ialah: Pertama: Pih

Kemelut PKR : Anwar nafi, Zaid akui

KUALA LUMPUR 20 Okt.- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan wujud krisis dalaman parti itu di Sabah seperti yang dilaporkan sebelum ini. Bagaimanapun, pada masa sama, seorang lagi pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengakui wujud krisis dalaman PKR di negeri berkenaan tetapi beliau menyifatkannya sebagai tidak serius. Ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, Anwar berkata, segala-galanya melibatkan PKR Sabah berjalan seperti biasa. Malah, tegasnya, hubungan antara dua individu yang telah dikaitkan dengan konflik PKR di negeri tersebut iaitu Naib Presiden, Azmin Ali serta Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, langsung tidak ada masalah. ''Isu Sabah kita tidak bincangkan hari ini tetapi jika mengenai PKR di negeri itu lihatlah Zaid Ibrahim pun ada, Azmin pun ada... tidak ada masalah apa-apa pun,'' katanya. Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang di pejabat Ketua Pemb

Kemelut PKR : Jeffrey kecewa dituduh gagal laksana tugas

KOTA KINABALU 20 Okt. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan melahirkan rasa kecewa terhadap tuduhan bahawa beliau gagal melebarkan pengaruh parti itu di Sabah. Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana beliau telah berusaha keras melebarkan pengaruh PKR sehingga menyaksikan parti itu bertapak dan terus aktif di negeri ini. "Kenyataan itu tidak benar. Dahulu sebelum saya masuk PKR hanya beberapa kerat ahli sahaja yang aktif tetapi sejak saya menyertai PKR mereka telah aktif malah saya juga telah dapat menarik ramai ahli baru," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari bahawa krisis dalaman parti itu di Sabah dipercayai berpunca daripada hilangnya kepercayaan Anwar terhadap kemampuan Jeffrey. Anuar mendakwa sewaktu menyertai PKR, Jeffrey telah diberi tugas untuk melebarkan pengaruh parti itu di Sabah namun beliau gagal walaupun

Azmin nafi PKR hadapi masalah

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menafikan parti itu berdepan masalah dalaman berikutan pergeserannya dengan Datuk Zaid Ibrahim sehingga menyebabkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu mengambil keputusan bercuti enam bulan. Beliau sebaliknya berkata, Zaid perlu bercuti kerana memerlukan masa bagi menyiapkan kertas dasar berhubung cadangan penubuhan Pakatan Rakyat secara sah. "Tiada pergeseran antara saya dan beliau (Zaid). Ini hanya cerita yang dicetuskan oleh media sedangkan tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. "Zaid bercuti kerana ada tugas rasmi berkaitan parti yang perlu diuruskan dan saya berharap isu ini tidak akan ditimbulkan lagi," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam. - Berita Harian

Dampingi anak Kelantan di luar antara strategi Umno negeri: Mustapa

MACHANG: Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri. "Dua lagi agenda iaitu mendaftar ahli baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi. Pada pilihan raya umum lalu, isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan. Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan

Guano Demo : Pemangku Raja bimbang kadar jenayah di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, hari ini melahirkan kebimbangan peningkatan isu gejala sosial dan jenayah di negeri ini dan mahu tindakan dilakukan segera bagi menangani masalah berkenaan. Baginda bertitah, masalah penagihan dadah umpamanya bukan saja berlaku di kawasan bandar malah menular ke kawasan pedalaman, membabitkan golongan remaja bawah umur. "Beta difahamkan bahawa dari tahun 2004 hingga akhir 2008, Kelantan didapati berada di tempat ketujuh berbanding di negeri-negeri lain," titah baginda ketika menyempurnakan perasmian persidangan ketiga (Belanjawan) penggal kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Tengku Muhammad Faris Petra bertitah, semua pihak hendaklah memandang serius masalah itu kerana ia ibarat virus, yang jika tidak dicegah akan menular dan merosakkan generasi akan datang. Masalah kelembapan industri perindustrian turut menarik perhatian baginda, yang menyifatkan keadaa