Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

1Malaysia Paksi Patriotisme

1Malaysia diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009. Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tidak menentu, pertumbuhan ekonomi global berada dalam krisis dan lebih daripada itu, perpaduan dalam negara dianggap rapuh. Konsep, gagasan, slogan, agenda ataupun dasar 1Malaysia, namakan apa sahaja tetapi ia mempunyai hubungan utuh sebagai jambatan kesinambungan kepimpinan lalu ke arah satu transformasi holistik. Ia hanya akan berjaya jika anggota masyarakat memiliki iltizam yang kuat untuk memahami dan mahu memahami bagi merealisasikan matlamat asasnya. Dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-52 pada 2009, Najib menyatakan bahawa cabaran besar rakyat Malaysia adalah membaik pulih jambatan yang sedia ada, di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama anggota masyarakat. Apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik, malah boleh musnah jika tidak berhati-hati denganny

PRK Tenang : Calon PAS Yang Disebut-sebut

Calon Pas Tenang? Apakah Pas akan meletakkan Calon sembrono mereka seperti yang berlaku di Galas. Calun terlibat kes khalwat. Dan yang terbaru adalah ADUN N29 Selising yang didakwa berzina dengan Isteri orang.

Isu Rasuah Jangan Dipolitikkan

Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut. Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat. Ezam tegas dalam melawan rasuah. Penubuhan GERAK yang diasaskannya adalah bukti bahawa rasuah perlu ditangani bersama semua Agensi baik kerajaan mahupun swatsa dan NGO

Teresa Kok Biadap Semasa Demo Syabas Di Masjid Negara

Sikap toleransi dan hormat menghormati di antara Kaum di Malaysia semakin pudar. Peristiwa ini dijadikan tontonan agar menjadi iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu. Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan oleh YB Teresa Kok amat menyakitkan hati Umat Islam kerana ianya seolah mencabar kemuliaan Islam dan Masjid sebagai Rumah Ibadah. Masjid yang kita muliakan dijadikan pentas politik dan berkumpul untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saksikanlah.

Bukti Rakaman Anwar Maki Hamun PAS & DAP?

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim. Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

DAP Banyak Buat Rakyat Marah

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar fail) menganggap, DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu  menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat. Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. “Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya. “Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya.   Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau

Tukang Kempen Azmin Didakwa Buat Kacau Di Kudat

PETALING JAYA: Gara-gara berbeza sokongan terhadap dua calon timbalan presiden Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, Ketua cabang Kota Merudu Anthony Mandiau didakwa membuat kacau dengan menyimpan kertas senarai pencalonan pengundian di cabang Kudat sehingga pengundian sedikit tergendala pagi tadi. FMT difahamkan cabang Kudat menyokong Zaid Ibrahim manakala di Kota Marudu lebih kepada Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden. Menurut ketua cabang Kudat Mursalim Tanjul, Anthony yang didakwa ‘tukang kempen’ Azmin bertindak dengan mengambil dokumen (kertas senarai pencalonan) daripada petugas ekoran sokongan di cabangnya berbeza di Kota Merudu. "Ada petugas daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) maklumkan kepada saya Anthony buat kacau. Dokumen senarai calon itu diambil oleh Anthony daripada petugas. Saya difahamkan perkara itu timbul kerana sokongan di Kudat tidak selari dengan cabang Kota Marudu. Kami di Kudat menyokong penuh Zaid Ibrahim,

Mahfuz, Naib Presiden Paling Kurang Cerdik Dalam Sejarah Pas

Pas telah wujud sejak lebih dari 50 tahun dan sudah beratus orang pemimpin Pas yang pernah menduduki kerusi Naib Presiden. Ada mereka yang ok dan ada yang tak ok. Tetapi tidak pernah ada yang sebodoh salah seorang Naib Presiden Pas yang ada pada hari ini, iaitu Mahfuz Omar. Sewaktu pembentangan bajet baru-baru ini, Perdana Memteri mengumumkan peruntukan untuk program Permata sebanyak RM 111 juta. Dari kerusinya Mahfuz menjerit sekuat hati ‘Rosmah, Rosmah’. Apa punya bodoh macam ni. Kalau dia tak puas hati dan nak hentam pun tunggu lah sewaktu perbahasan nanti. Bukannya terjerit-jerit macam beruk. Macam tu ke pemimpin parti Islam ? Harap Pas dapat didik Naib Presidennya cara berakhlak yang mulia. Kalau dalam rumah sendiri pun tak betul macamana nak betulkan orang lain. Tunjuklah kematangan sebagai seorang pemimpin atau pun mungkin juga Mahfuz seorang lelaki yang belum akhil balil lagi. Sumber : UMNO Online

Anwar TAKUT & Ketaq Lutut

Anwar mungkin ingat segala kejahatannya boleh disembunyikan.. namun yang batil tetap batil.. hanya masa yang menentukan.. Orang Islam bila mengingat Allah.. dan mengingat kebali apa yang betul dan apa yang salah.. pasti akan tersedar kesilapannya kecuali mereka yang telah ditutup pintu hati dan dibutakan mata mereka oleh Allah SWT.. Penyokong Anwar dipercayai dari HINDRAF yang hadir mengucar-kacirkan sidang akhbar semalam. Bukti jelas, Anwar takut tembelangnya tak dapat ditutup lagi kerana kes yang dihadapinya masih belum selesai. Dengan adanya kenyataan terbaru ini, ianya adalah bukti jelas terdapat konspirasi untuk memburukkan DS Najib seperti yang pernah didakwa oleh YB Zulkifli Nordin sebelum ini. Petang tadi bekas pembantu beliau diganggu oleh penyokong Aljuburi ketika mahu membuat sidang media mengenai kes liwat 2.. Menurut sidang media terbabit, Wan Rahimi berkata beliau diarah untuk memasukkan nama Ds Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpah yang melibatkan kes liwat

ANWAR TUDUH ZAID KUDA TROJAN ?

Tiga hari lepas anwar ada keluarkan kenyataan agar pengundi pada pemilihan pkr berhati-hati dengan anasir kuda trojan yang cuba merosakkan parti .(memang parti dah rosak pun). kias kuda trojan ini memang jelas ditujukan kepada zaid ibrahim. jika benarlah zaid ibrahim kuda trojan, bagaimana pulak dengan 'kuda trojan' yang anwar pasang dalam parti pas ? siapa dapat jawatan tertinggi pulak tu. kamarudin jaafar adalah bekas setiausaha agung pas, bekas ahli parlimen tumpat dari umno, bekas staf anwar ibrahim dan merupakan Pengerusi IKD yang membantu kerja politik Anwar sebelum pemecatannya pada 2 september 98 untuk masuk pas ? ini bukan kuda trojan anwar ke ? Dari rakan blogger : GAP

PELENGKAP PARTI ANAK BERANAK : Nurul Izzah Calon Naib Presiden

Dengan tercalonnya Izzah, lengkaplah PKR sebagai sebuah parti yang akan membariskan Bapa, Ibu dan Anak. Ianya sama seperti DAP yang juga mengamalkan resam yang sama. KUALA LUMPUR: Anak sulong Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar secara rasminya mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR hujung tahun ini. Beliau yang terharu di atas pencalonannya itu berterima kasih kepada ahli parti yang mencalonkan beliau. Izzah yang kini menerima lapan pencalonan berkata beliau menerima pencalonan tersebut sebagai peluang memikul tanggungjawab parti. Beliau bagaimanapun mengisytiharkan tidak menyokong mana-mana calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini. Nurul Izzah sebelum ini membuat kenyataan yang beliau menyokong Zaid Ibrahim sekaligus menggambarkan seolah ada krisis di antara keluarga Anwar dan Azmin. "Selepas terima pencalonan itu, saya mempertimbangkan diri sendiri untuk bertanding sebagai N

Perebutan Jawatan PKR Dahsyat, Cukup Kotor

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim percaya PKR sekarang bukan sahaja parti “retak menanti belah” tapi “retak hampir terbelah dan berantakan”. Jelasnya ini berikutan pemilihan parti dan perebutan jawatan yang berlaku dalam PKR ketika ini yang bukan sahaja dahsyat malah cukup kotor. Tegas beliau lagi ini membuktikan bahawa PKR selama ini mengamalkan politik “mengata dulang paku serpih”, “meludah ke langit tertempek ke muka sendiri”. “Segala tuduhan, persepsi, serangan yang dilemparkan kepada UMNO dulu kini berlaku dalam PKR malah lebih dahsyat lagi. “Dulu saya katakan PKR menuju kehancuran dan sekarang kehancuran itu akan sempurna selepas pemilihan ini”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Pada masa yang sama beliau juga tidak hairan dengan pelbagai masalah yang sedang berlaku dalam pemilihan PKR seperti cantas mencatas, serangan peribadi, fitnah termasuk gejala politik wang kerana individu yang ada dalam PKR adalah

KeBENARan: Majlis Peguam – Pro Pembangkang Dan Berat Sebelah?

Kes pembunuhan jutawan kecantikan Dato Sosilawati yang menggegarkan Negara baru-baru ini, melihatkan betapa berat sebelahnya Majlis Peguam dalam membicarakan tentang hal ini.  Lebih-lebih lagi apabila yang disyaki terlibat adalah terdiri daripada seorang ahlinya merangkap ahli seumur hidup kepada sebuah parti pembangkang dimana Majlis Peguam dilihat begitu condong kepadanya. Pathmanabhan A/L Nalliannen, Suspek utama Di dalam kenyataan media pertamanya mengenai kes pembunuhan ini, Majlis Peguam melalui Setiausahanya, George Varughese menafikan tidak peka kepada kes tersebut hanya kerana ia melibatkan suspek seorang peguam yang juga ahli naungannya.  Alasan yang diberikan ialah tidak menerima senarai suspek dan tidak akan mengeluarkan kenyataan berasaskan spekulasi.  Kenyataan penuh tersebut boleh dirujuk disini . Inilah yang disebut dalam tulisan sebelum ini bahawa Majlis Peguam secara tiba-tiba berubah menjadi alim dan mengikut peraturan.  George Varughese mungkin su

BENARKAH AHLI BAR COUNCIL BUNUH SOSILAWATI ?

pertanyaan.benarkah peguam yang jugak ahli majlis peguam iaitu dato patmanathan dan 8 orang india terlibat membunuh sosilawati dan 3 rakannya ? ini alamat lawyer anak haram ..no 51 jalan kemboja 33 off jalan sultan ahmad shah.. jika benar, memang siallah ahli bar council ni ! sundalan betul korang ni ,mana pergi suara setan pejuang demokrasi pas,dap pkr ! kenapa senyap syaitan ! barua .kalau melayu yang buat korang bising macam kes pengetua johor, tapi bila india bunuh melayu korang senyap..kepala bapak korang la barua demokrasi... ! kepala hotak korang la pakatan ! SEGERAKAN SIASATAN..INI KES BUNUH. AYUH SELURUH BLOGER, KITA DESAK KERAJAAN SEGERAKAN SIASATAN,DAKWAAN DAN PROSES PENGHAKIMAN...AKU SERU BLOGER BANTU PERJUANGKAN NASIB SAUDARA KITA YANG TERKORBAN !    Dari Blog Sahabat GAP Komen: Saya nak tunggu komen Docmarjan aka dr lolo MP Titiwangsa kerana statement FITNAH beliau sebelum ini ( klik post sebelum )...tak reti dosa punya Docmarjan!

Sosilawati : Antara Perjuangan, Fitnah Dan Matlamat Menghalalkan Cara - Docmarjan Nenek Gila Glamour

Pertama sekali saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Sosilawati, peguam, pegawai bank CIMB cawangan Kampong Baru dan pemandu yang dibunuh kejam di Morib. Saya tak mahu mengulas panjang sebab maseh dalam siasatan polis dan oleh itu subjudis. Apapon butiran dan identiti peguam dan bekas ahli Majlis Peguam tersebut ada di sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=142556&id=100001200616378#!/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/Anti-PKR-Club/197344137372?v=wall&story_fbid=156768354349405 Kedua saya nak berterima kaseh kepada Tan Sri Musa Hassan yang maseh menjalankan tugas dan semua anggota PDRM yang cekap menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Salinan video tape wawancara wakil PDRM boleh didapati di link ini http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DuHQsUEtyeyk&h=9cc63 Ketiga saya nak menyatakan rasa sedeh kerana isu ini telah mula di spin/fitnah  oleh ahli politik yang tak bertanggungjawab apatah lagi memakai gela

Tahap Pemikiran Khairy Sama Seperti Bendera - Zahid Md Arip

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disifatkan mempunyai fikiran "sekotak" dengan segelintir rakyat Indonesia yang biadab dan melakukan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta apabila mengutarakan cadangan meminta kerajaan memanggil pulang Duta Besar Malaysia di sana.   Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Peribumi Kebangsaan (PERKASA), Muhammad Zahid Md. Arif berkata, cadangan itu merupakan tindakan terdesak oleh Ahli Parlimen Rembau itu untuk mendapatkan publisiti murahan. "Saya setuju dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Khairy seorang yang tidak cerdik apabila memberikan cadangan sedemikian. "Ia datang tidak kena pada masanya apatah lagi ketika pemimpin kedua-dua negara sedang mengambil langkah diplomasi bagi menyelesaikan masalah yang timbul," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia hari ini. Beliau mengulas kritikan Anifah yang menyifatkan Khairy sebagai pemimpin yang "pandai tetapi t

PKR MAKIN BERGOLAK. MAKIN RAMAI NAFI SOKONG AZMIN !!

Beberapa perwakilan PKR di Selangor dan Negri Sembilan yang didakwa menyokong keputusan naib presiden, Azmin Ali dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu menafikan mereka dalam kumpulan berkenaan. Pagi tadi, bertempat di Shah Alam, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang mendakwa mewakili sembilan rakannya di Selangor dan empat dari Negeri Sembilan berkata mereka berdiri teguh menyokong Azmin. Sebelum ini, pada sidang akhbar yang hampir sama yang diadakan oleh kumpulan ahli parlimen PKR mendakwa 18 ahli parlimen dan dua senator menyokong Azmin mengisi jawatan nombor dua dalam parti itu. Bagaimanapun tinjauan mendapati tidak semua ahli parlimen yang didakwa itu memberi kebenaran supaya nama mereka digunakan untuk dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong Azmin. Hari ini perkara yang sama berulang, dan ramai ADUN yang melahirkan rasa terkejut kerana dinamakan sebagai kumpulan pro-Azmin oleh Yaakob. Antara mereka ialah ADUN Kajang,

BENDERA : Penunjuk Perasaan Upahan

Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan. PENUNJUK perasaan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia di Jakarta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu. Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia. “Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia. “Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat bai

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T

Kenapa azmin Terlalu Istimewa? Anwar & Azizah Terus Diam

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap membisu berhubung persoalan beliau terlalu memberi keistimewaan kepada Naib Presiden parti itu, Azmin Ali. Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan berkata, meski dicabar membuat penjelasan tersebut, Anwar tetap 'mengunci' mulutnya daripada menjawab persoalan itu. Apakah Anwar dan Azmin juga punya hubungan yang 'istimewa'? Menurutnya, apa yang dikesali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mengambil langkah sama apabila membicarakan tentang kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar. ''Kenapa takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin? Kenapa masih merahsiakan perkara itu? Mereka perlu terangkan tentang hal berkenaan. ''Saya ingin meminta penjelasan apa sebab Azmin boleh kawal Anwar sehingga apa sahaja yang Azmin mahu, Anwar pasti bagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saman Felda : Taktik Biasa Anwar...'Gimik' Ala RPK & Bala

Raja Petra & taktik 'gempaq' Anwar memang sinonim...gempaq tanpa perlu kemukakan bukti. Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu. Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit. “Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) RM200 j

Terus Jadi Ancaman Pada Anwar : Nallakarupan Ajak Al Gore, Wolfowitz Bersemuka

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk S. Nallakarupan mempelawa dua bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS), Al Gore dan Paul Wolfowitz datang bertemu dengannya jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terus menjadi ancaman bvesar kepada Anwar. Nalla adalah orang yang paling banyak memegang rahsia Anwar Bekas rakan tenis Anwar itu berkata, ini bagi memastikan kedua-duanya mendapat gambaran sebenar dan sekali gus mengelakkan daripada membuat kenyataan yang tidak munasabah berhubung kes melibatkan kenalan mereka itu. ''Saya nak ajak dua orang ini jumpa saya (Gore dan Wolfowitz), apa yang mereka nak tahu pasal kes kenalan mereka itu (Anwar), saya boleh cerita sampai habis. ''Memanglah tujuan kenyataan mereka mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar itu tak susah nak tafsir tapi manalah tahu, mungkin mereka betul-betul tak faham sampai masih fikir semuanya konspirasi, jadi ini yang

Bukti DAP Menguasai Kerajaan Selangor

Eli Wong EXCO skandal dan mealkukan adegan 'ice cream' seperti yang diceritakan Anwar, telah berani berlaku kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agung dan Institusi Raja-raja Melayu. Siapa yang 'beri muka' kepada mereka ini...Melayu juga! Melayu PKR & Pas! Insiden yang menyaksikan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Shah Alam tanpa disambut oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan kerajaan negeri itu kini ditunggangi DAP yang bersifat anti-Perlembagaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara itu terjadi kerana DAP tidak menghormati perkara termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi budaya dan protokol meletakkan institusi diraja negara di tempat tertinggi. “Kalau dia (Kerajaan Negeri Selangor) faham Perlembagaan, dia mesti tahu kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja Permaisuri Agong. “Kerana itu kita lihat keraj

Gempak : Kenapa 'suicide note' TBH Tidak Dibentang Ke Inkues Dari Awal?

Lama dah kami dok pikiaq pasal surat 'suicide note' (surat bunuh diri) Teoh Beng Hock yang didedahkan oleh Jaringan Muda Melayu. Dari maklumat yang kami dengaq, surat ini sudah lama berada di 'pasaran'. Pada awal Inkues, peguam kerajaan Tan Hock Chuan sudah ada dalam tangan surat 'suicide note'. Suicide note ini diperolehi dari beg Teoh Beng Hock yang tertinggal di tepi kerusi tempat dia tidor semalaman bersama handphone yang bagai nak gila Ronnie Liu mahukan kembali. "Suicide note" ini ditulis dalam bahasa Cina dan pastinya telah dihantar untuk terjemahan. Kalau setakat bahasa Cina, dah pasti hantar ke PDRM saja yang memang boleh buat translation dalam bahasa Cina. Ini bermakna polis dah tahu pasal surat ini. Peguam SPRM pun sudah tahu mengenai surat ini. Dalam surat ini, Teoh Beng Hock menulis kepada Ean Yong dan memberitahu dia telah beritahu segala-galanya kepada SPRM. Dia terpaksa lakukan katanya. Turut juga, dia memberita

Tony Pua Cari Publisiti Murah & Mencabar Perlembagaan Persekutuan

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan mewah di negeri itu disifatkan sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia membuktikan pendirian DAP tidak menghormati perkara-perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. "Saya fikir ini sebagai ketidakadilan dan juga usaha menjejaskan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan. "Jika kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menerima cadangan itu, peluang bumiputera yang bergantung kepada diskaun tersebut untuk memiliki aset di negeri itu akan terjejas," katanya semalam. Beliau mengulas cadangan Tony Pua kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu. Sebelum

Kalimullah Diminta Jelas 'Pertemuan Sulit'

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan diminta menjelaskan kepada umum agenda pertemuan sulit beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada November lalu. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang mendakwa berlakunya pertemuan itu berkata, penjelasan Kalimullah sangat penting kerana beberapa pihak yang menghubungi beliau tertanya-tanya mengenai kebenaran pertemuan tersebut. Beliau mendakwa, pertemuan Kalimullah dan Kit Siang turut dihadiri Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. ''Persoalan saya, apakah motif sebenar perjumpaan berkenaan pada hari itu. ''Dan saya juga ingin meminta penjelasan daripada Tony apakah agenda perbincangan dengan Kalimullah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia hari ini. Azwandin mendakwa, Kalimullah telah menggunakan kedudukan beliau dan kekayaan yang diperolehinya untuk menjadi pengatur agenda yang dilihat boleh merosakkan

Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?

HUJAH utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.   Apakah dasar DAP jauh lebih mulia dari yang diperjuangkan UMNO?   Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka kepada mereka. Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik? Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas? Bukanka

Isu Pasir Curi : Bukti Kepimpinan Pakatan Gagal atau Sengaja???

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kegiatan melombong pasir tidak terkawal di Selangor jelas membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang gagal menguruskan hal yang begitu kecil walaupun negeri itu mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negeri yang mempunyai pakar seperti Anwar, sepatutnya isu-isu seumpama itu tidak sepatutnya timbul kerana penyelesaiannya terlalu mudah. Justeru beliau tidak menolak kemungkinan wujud elemen-elemen rasuah dalam isu pasir berkenaan. ‘‘Saya lihat kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti tidak mampu hendak uruskan hal-hal begini. Selangor ada penasihat dan dia pakar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ‘‘Ada penasihat ekonomi tetapi tidak tahu hendak uruskan soal pasir. Apa susah, tangkap sahajalah mereka yang lakukan kesalahan ini. Hukum mereka yang melakukan kesalahan ini. Saya tidak tahulah, mungkin juga ada elemen

Penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).   Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated. Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia. "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar ( Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all underc