Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Meroyan lagi! : ADUN Pembangkang Keluar Sidang DUN Perak

Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) dan beberapa wakil pihak pembangkang lain mencetuskan huru hara sebaik sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. Mereka membuat kecoh membantah Speaker Datuk R. Ganesan sebagai tidak sah. Malah, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak menyertai sesi soal jawab yang sedang berjalan. Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang kemudiannya bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat hari kedua. IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Perak, pada Rabu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang masuk hari kedua. Semua wakil daripada pakatan pembangkang meninggalkan dewan kira-kira sejam selepas persidangan bermula pada 10 pagi. Sebelum itu, sebaik sidang bermula dengan sesi soalan lisan, wak

Ni 'sedeqah' atau rasuah?

“… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut: Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap). Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…” Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuha

Rajin Turun Padang, Antara Empat Ciri Utama Perlu Pada Wakil Rakyat - PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Rajin turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, seseorang wakil rakyat perlu rajin turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka. "Bunyinya mudah tetapi kadang-kadang tidak juga dilakukan oleh kita dengan sepenuhnya," katanya dan menambah, seorang wakil rakyat juga mesti mudah dihubungi serta dapat menyelesaikan masalah rakyat. "Mereka juga mesti sentiasa menunaikan janji sebagai wakil rakyat. Characteristic seperti ini patut ada sebagai wakil rakyat," katanya semasa melancarkan Malam Amal Badan Amal Selangor (Kasih), di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya dekat sini, malam Selasa. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang DiPertua Kasih; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Om

Keluarga Miskin Diusir Selepas Nasib Dilaporkan Media

Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) membantu keluarga Rasilawati Mohamad (Dua kiri) dan anak-anaknya memindahkan barangannya keluar dari bilik belakang yang disewa di sebuah bengkel di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar semalam. ALOR SETAR: Dua jam selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, satu keluarga miskin diberi notis 24 jam supaya mengosongkan bilik yang disewa mereka di sebuah bengkel motosikal di Jalan Alor Mengkudu di sini. Rasilawati Mohammad, 38, berkata, mekanik bengkel itu memberitahu suaminya, Sabri Samad, 44, bahawa pemilik premis Zakaria Omar mahu keluarga mereka keluar dari bilik sewa itu segera. “Kami diberi masa hingga pukul 2 petang hari ini untuk keluar. “Suami saya menjemput Datuk Paduka Ahmad Bashah untuk mengadu masalah kami. Dan petang yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Alor Mengkudu, Abdul Rahman Ismail datang beritahu bahawa keluarga kami boleh tinggal

Najib Guna Denyut Nadi Rakyat Sebagai Kriteria Pilih Calon BN Di Hulu Selangor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika menerima laporan Model Ekonomi Baru daripada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Baru, Tan Sri Amirsham A. Aziz, di Putrajaya, hari ini. KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menggunakan 'denyut nadi' rakyat untuk memilih calon yang sesuai bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti. "Kita kena buat kajian dululah, sebab itu saya tidak boleh jawab soalan ini sekarang. Kita kena teliti, rasa denyut nadi rakyat dan sebagainyalah. Tinjau, tinjau dulu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini Isnin. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti. Beliau berkata faktor utama Rakyat Didahulukan akan digunakan dalam pemilihan calon itu nanti. Mengenai cadangan Umno Selangor yang ingin men

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke

Pengundi Hulu Selangor mahu pemimpin Umno

HULU SELANGOR: Penduduk mahu Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin Umno bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu. Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, berkata pemilihan calon Umno penting kerana 53.94 peratus daripada 63,000 pengundi di Hulu Selangor adalah orang Melayu.   "Apa yang perlu difikirkan adalah calon popular yang boleh buat kerja, penduduk tempatan dan berjiwa rakyat. Kami tidak mahu calon retorik yang menyusahkan penduduk setelah menang dalam pilihan raya di sini. "Banyak perubahan dan janji pilihan raya tidak ditunaikan calon terdahulu. Pengundi serik dengan keadaan ini sewajarnya semua pihak perlu pertimbangkan permintaan dan suara dari akar umbi yang mempunyai kuasa mutlak memilih wakil rakyat," katanya. Mohd Amin Tan dari Bandar Bukit Sentosa pula berkata, BN perlu memilih calon Umno yang mempunyai peluang lebih besar

Macamana ni PAS?...Nik Aziz Bukan Lagi Mursyidul Am PAS Sejak 3 Bulan Lalu

PETALING JAYA: Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti. Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini. "Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini hari ini. Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu. Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu. "Ia juga se

Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun M

GENTING HIGHLANDS: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara supaya lebih berwaspada dengan taktik halus pihak asing yang cuba melakukan penjajahan bentuk baru ke atas rakyat dan negara ini. Perdana menteri keempat yang menerajui negara selama 22 tahun itu berkata pihak asing akan mengambil kesempatan atas label globalisasi dan liberalisasi untuk melaksanakan agenda mereka itu. "Kita kini menghadapi pelbagai cabaran dari dunia luar ketika kita sedang menikmati kemajuan negara pada usia ke-53 tahun kemerdekaan negara dengan pelbagai ancaman termasuk melalui laman blog," katanya ketika berucap pada perasmian Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini, semalam. Majlis itu dirasmikan Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan dan turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tokoh se

Anwar bijak berkonspirasi & Pas subahat untuk tutup pembohongan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah. Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu. Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau. "Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet. "Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Pengundi Hulu Selangor boleh nilai sendiri pembangkang: TPM

MUAR: Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh membuat penilaian sendiri terhadap pencapaian pembangkang di Selangor dan negeri lain yang ditadbir pakatan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian mereka berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku di negeri tadbiran pembangkang serta siri pendedahan oleh bekas pemimpin pembangkang baru-baru ini. "Rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri. Banyak fakta yang seharusnya boleh memberikan mereka isyarat tentang siapa yang seharusnya mereka pilih (pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Air Sedunia di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini. Muhyiddin mengulas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu akibat barah otak. Suruhanjaya

Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yang Tidak Dicucuk Hidung Oleh Pihak Luar

SINTOK: Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin. Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan. "Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri. "Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan. "Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat k

Pendedahan Zulkifli: Ezam tawar bantu polis siasat

KULIM 27 Mac – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil oleh pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu. “Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telahpun berlaku,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu, namun diberikan arahan yang berbunyi: “kamu bedallah dulu”. "Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu,”

BN ada peluang rampas kerusi Parlimen Hulu Selangor: PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, berkata beliau percaya suasana dan senario semasa di kawasan Parlimen itu telah berubah berbanding keadaan pada pilihan raya umum Mac 2008. "BN ada peluang untuk menang. Walau bagaimanapun mesti tumpu dan tunjuk kesungguhan untuk kerja keras demi mencapai kejayaan," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini malam ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Pilihan raya kecil itu akan diadakan beriktan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, semalam akibat barah otak. Allahyarham Zainal Abidin sebelum ini menewaska

BN Banyak "Bahan" Untuk Berdepan Pakatan PKR-DAP-PAS

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak "bahan" untuk berdepan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR malam tadi. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "bahan" itu akan digunakan bagi menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan tentang siapa sebenarnya pakatan PKR-DAP-PAS. DATUK Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO memotong kek sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menerajui UMNO, sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti itu, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Mac. "Waktu kempen, macam-macam boleh berlaku tetapi kita mempunyai banyak bahan sekarang yang boleh kita gunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kualiti Guru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Pelajaran di s

Anwar memang baik dengan Amerika Syarikat - Azmin

KUALA LUMPUR 24 Mac - Peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini digunakan hampir sepenuhnya Azmin Ali (PKR-Gombak) untuk mempertahankan 'bosnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Permatang Pauh). Pada perbahasan itu, beliau begitu ghairah menonjolkan Anwar sebagai bukan calang-calang anak Melayu kerana mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat (AS). Azmin yang sering dilabelkan oleh pelbagai pihak sebagai 'anak emas' Anwar itu menegaskan yang beliau merasa terpanggil untuk menjawab tuduhan UMNO bahawa Penasihat PKR itu adalah ejen Yahudi kerana persahabatannya dengan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz. Naib Presiden PKR itu tidak menafikan mereka berdua adalah kenalan lama sewaktu Wolfowitz bertugas sebagai Duta AS di Indonesia, malah pernah mengadakan mesyuarat rasmi di Pentagon yang turut disertai beberapa pegawai tertinggi tentera AS. Bagi membuktikan perkara i

Empat wakil Bebas cabar Karpal nyata pendirian

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Bebas hari ini mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini. Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baru) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu bagi menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing. "Pertama, sebelum nak menjawab YB (Yang Berhormat) Karpal Singh, kami nak mencabar YB Karpal Singh untuk menjawab kenyataan Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, yang menuntut beliau meminta maaf melalui entri dalam laman webnya pada 8 Mac 2010, kerana kenyataan pada 8 Februari 2009 yang mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum bagi Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.  Beliau berkata, Wee dala

Pendedahan Zulkifli Noordin Dilihat Bukti Pembangkang Sanggup Lakukan Apa Saja

KUALA LUMPUR: Pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam mengenai tawaran kepada beliau untuk memburukkan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai satu bukti bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menabur fitnah untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. "Saya tidak hairan dengan cerita sebegini, sebab ia jadi kebiasaan pembangkang untuk fitnah dan lancar strategi provokasi untuk dapat kuasa," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Bung Moktar Radin di lobi Parlimen di sini hari ini. Anggota Parlimen Kinabatangan itu mengulas pendedahan Zulkifli di Dewan Rakyat bahawa beliau pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Zulkifli, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat, memberitahu Parlimen bahawa beliau pernah diminta mengaitkan anak Me

Karpal Cabar Zulkifli Bongkar Pihak Ketiga

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini mencabar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. "Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Pengerusi DAP itu turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar. "Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya. Semalam, Zulkifli yang kini Anggota Parlimen Bebas selepas dipecat dari Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa ditawarkan ganjaran

Anwar enggan ulas pendedahan Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita. KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal beri

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Ku Li 'terperangkap' dengan PAS dalam isu perundingan royalti minyak

Pas lantik Ku Li runding royalti KOTA BHARU 24 Mac – Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat mingguan Exco hari ini membuat ketetapan itu dan surat pelantikan akan dihantar segera. Katanya, walaupun bekas Menteri Kewangan tersebut belum dimaklumkan, tetapi beliau percaya pelantikan itu tidak akan ditolak kerana Tengku Razaleigh sendiri pernah menyatakan hasrat untuk menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dengan Petronas dan kerajaan Pusat. “Mesyuarat hari ini bersetuju melantik Tengku Razaleigh Hamzah selaku perunding bagi kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas dan Perdana Menteri bagi tuntutan royalti petroleum berkuat kuasa serta-merta. “Kita harap beliau bersetuju. Sebelum ini beliau telah tawarkan diri sebagai peru

Menteri, pegawai digalak dekati rakyat - PM

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan semua menteri dan pegawai kanan kerajaan menyertainya melakukan tinjauan mesra bagi mendekati rakyat. Selain itu, kata Perdana Menteri, menteri dan pegawai kanan terbabit juga boleh melakukan tinjauan mesra secara berasingan bagi melihat secara lebih dekat segala masalah yang dihadapi orang ramai.   Gambar hiasan "Janganlah kita hanya mewakilkan tugas dan tanggungjawab kepada orang lain untuk dilaksanakan. "Pada waktu-waktu tertentu yang sesuai, seseorang itu harus berada di bawah bagi memahami kehendak-kehendak rakyat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan pengangkutan," katanya dalam entri terbaru blog www.1malaysia.com.my hari ini. Menurut Najib, menteri dan pegawai kanan kerajaan terbabit turut digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika melakukan tinjauan mesra dengan seluruh rakyat. "Ini boleh dibuat menerusi saluran yang sesuai seperti saya yang melaku

Memang Anwar suka 'gempaq' orang : Zulkifli Dedah Tawaran "Menggoyahkan Iman" Untuk Fitnah Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin Rabu mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Zulkifli (Kulim-Bandar Baharu) semasa memberitahu Dewan Rakyat demikian bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang "boleh menggoyahkan iman" daripada pihak yang terbabit dengan "pakatan fitnah" tersebut. Zulkifli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini berkata beliau bersyukur kepada Allah kerana melindunginya daripada terbabit dengan pakatan fitnah tersebut. Pada pertengahan tahun lalu, Zulkifli menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, kerana mendakwa terdapat campurtangan serius pihak ketiga dalam persediaannya membuat pemb

Adun Titi Tinggi tidak akan letak jawatan: Najib

HONG KONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak. "Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd IsaSabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidakakan letak jawatan," katanya sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse di sini. Kelmarin, Yip yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pertumbuhan Bandar Baru Perlis, meletak jawatan sebagai Adun Titi Tinggi melalui surat yang diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat. Yip digugurkan dari jawatan Exco Jumaat lalu dan diganti dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Moh

Lompat Parti : Bukan 8 Tapi 40 Ahli Parlimen BN Mahu Lompat - Zahrain

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terus membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahu melompat parti pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan sebelum ini. “Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN. “Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau bagaimanapun enggan menyahut cabaran wakil rakyat Sabah itu untuk mendedahkan 32 ahli Parlimen BN yang didakwa akan melompat parti dan menyertai PR pada 16 September 2008. "Saya juga tidak akan dedahkan

PAS Tahu Komplot 16 September

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menjelaskan bahawa parti itu mengetahui mengenai rancangan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008 lalu. Menurutnya, PAS turut bersama dalam perancangan tersebut kerana parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) berusaha untuk mengubah kerajaan pusat sama seperti tindakan Barisan Nasional (BN) yang berusaha mengubah kerajaan sesebuah negeri. “Memang kita bersama (PR), kita berusaha untuk membuat perubahan tersebut, kita memang berusaha sepertimana BN, ia adalah amalan demokrasi negara,” katanya kepada media di lobi Parlimen semalam. Ditanya adakah beliau mengetahui bahawa ada golongan ulama dalam parti itu yang mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai perancangan itu, Abdul Hadi bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi sesetengah pihak. “Dakwaan itu tidak tepat dengan hakikat yang seb