Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, July 30, 2010

Kalimullah Diminta Jelas 'Pertemuan Sulit'

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan diminta menjelaskan kepada umum agenda pertemuan sulit beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada November lalu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang mendakwa berlakunya pertemuan itu berkata, penjelasan Kalimullah sangat penting kerana beberapa pihak yang menghubungi beliau tertanya-tanya mengenai kebenaran pertemuan tersebut.

Beliau mendakwa, pertemuan Kalimullah dan Kit Siang turut dihadiri Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

''Persoalan saya, apakah motif sebenar perjumpaan berkenaan pada hari itu.

''Dan saya juga ingin meminta penjelasan daripada Tony apakah agenda perbincangan dengan Kalimullah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia hari ini.

Azwandin mendakwa, Kalimullah telah menggunakan kedudukan beliau dan kekayaan yang diperolehinya untuk menjadi pengatur agenda yang dilihat boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan rakyat.

"Segala pendedahan melalui bukti-bukti dokumen terdahulu oleh JMM, memperlihat dan menggambarkan Kalimullah juga adalah perancang mengatur agenda besar yang boleh menggugat keselamatan negara," dakwanya.

Sebelum ini, JMM turut mendakwa, Kalimullah terlibat dalam melindungi pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang sering memburukkan kepimpinan negara dan kini melarikan diri ke London, United Kingdom.

JMM dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, Kalimullah melindungi Raja Petra dengan menyediakan penginapan buat pengendali portal itu di London, di rumah yang didaftarkan di atas nama isteri Kalimullah iaitu Helinna Hanum Dadameah.

JMM juga pernah mengaitkan Kalimullah mempunyai kepentingan dalam syarikat Efficient E-Solutions Bhd. dan Regalia Records Management Sdn. Bhd yang didakwa menaja portal berita The Malaysian Insider.

Kesemua tuduhan itu bagaimanapun telah dinafikan oleh Kalimullah. - Utusan

Friday, July 23, 2010

Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?

HUJAH utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
 Apakah dasar DAP jauh lebih mulia dari yang diperjuangkan UMNO?
 
Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka kepada mereka.

Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik?

Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas?

Bukankah DAP sudah menolak konsep negara Islam yang ingin diketengahkan oleh Pas dan PKR pula tidak pernah menyatakan secara terbuka menyokong apa yang Pas perjuangkan?

Jelaslah, tindakan menjadikan dasar kebangsaan sebagai halangan utama bagi Pas untuk bekerjasama dengan UMNO hanya satu alasan semata-mata. Sebenarnya, penolakan kerjasama itu lebih bermotifkan politik kerana kalau benar Pas hanya mahu bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam, maka DAP dan PKR juga tidak sepatutnya menjadi pilihan Pas.
Sedarkah Nik Aziz akan hasrat tersembunyi Lee Kuan Yew untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan takluk Singapura? Siapa yang majoriti dalam Pakatan Pembangkang sekarang? Kenapa DAP terus membiarkan Anwar mengepalai Pakatan? Lihatlah dengan 'mata hati', InsyaAllah akan ditunjukkan Allah jalan yang sebenar-benarnya.

Oleh itu, tidak perlulah pemimpin-pemimpin utama Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdolak dalih dalam soal ini. Cakap sahajalah, sebenarnya pemimpin Pas melihat UMNO sebagai musuh yang paling nyata.

Tanpa membuat perhitungan politik yang betul, pemimpin Pas begitu yakin bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka mengambil alih tempat UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Pas begitu percaya melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan dihargai dan diberikan tempat utama dalam pakatan pembangkang. Kalau itulah impian Pas, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi di siang hari.

Ini kerana DAP dan PKR tidak akan membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama. Selain itu, kalau Pas mahu kekal mempertahankan dasar Islamnya, kenapa perlu tergesa-gesa hendak mewujudkan sebuah sayap yang dikhaskan untuk bukan Islam yang menyokong parti itu.

Bolehkah dasar Islam tersebut diperkembangkan apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa di dalam Pas nanti?

Sebenarnya, usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya, bukan kerana kesemua pemimpin dan ahli Pas menolak usaha murni tersebut tetapi disebabkan segelintir sikap pemimpin Pas.
Tahukah Nik Aziz bahawa siapa dalang dan penja DAP selama ini...PAP & Singapura. Kenapa Singapura beria-ia untuk menaja dan amat gembira untuk melihat Pulau Pinang diterajui DAP...Rujuklah Dengan ALLAH...InsyaAllah akan ada jawapannya.

Mereka ini hanya mengaku dirinya Islam tetapi tidak berakhlak sebagai seorang Islam termasuklah memaki hamun dan mencerca serta menuduh ulama yang tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai gelaran.

Pemimpin seumpama ini sudah menerapkan politik kebencian, bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya, mereka mahu UMNO dibenci sampai ke mati tanpa mempedulikan apa pun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, tidak kira siapapun, asalkan orang itu menyebelahi UMNO maka dia harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Atas sebab itulah, apa pun alasan dan usaha yang cuba dilakukan bagi menyatukan dua parti Melayu tersebut, ada sahaja hujah dangkal dan jumud yang dikeluarkan oleh puak berkenaan.

Namun begitu sebagai umat Islam kita tetap mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seumpama ini agar memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam soal berkenaan.

Janganlah melihat atau terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama itu bukan kerana politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia disebabkan, apa pun berlaku UMNO tidak perlu 'menyembah' Pas untuk mencari kuasa politik tetapi Pas mungkin terpaksa 'melutut' kepada PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan. - Utusan Malaysia

Komen:

Biasanya Nik Aziz akan menjadikan contoh dan Sunah Rasulallah bagi setiap perbuatannya. Sikit-sikit kaitkan Sunah dan amalan Rasulallah S.A.W.

Namun dalam kes perpaduan dan perdamaian sesama Islam UMNO-Pas, tidak pulak Nik Aziz menjadikan sifat pemaaf Rasulallah sebagai pedoman dan ikutan sebaliknya lebih kepada meneruskan rasa dendam kesumat yang seolah-olah 'tidak dapat dimaafkan'.

Isytiqhorohlah!. Pohonlah kebaikan dan mintalah petunjuk jalan yang terbaik kepada Isalam di Malaysia. Islam kuat kerana Melayu yang kuat. Namun jika Melayu lemah dan berpecah, Islam akan turut terkesan dan lemah...Isytiqhorohlah.

Wednesday, July 14, 2010

Isu Pasir Curi : Bukti Kepimpinan Pakatan Gagal atau Sengaja???

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kegiatan melombong pasir tidak terkawal di Selangor jelas membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang gagal menguruskan hal yang begitu kecil walaupun negeri itu mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negeri yang mempunyai pakar seperti Anwar, sepatutnya isu-isu seumpama itu tidak sepatutnya timbul kerana penyelesaiannya terlalu mudah.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan wujud elemen-elemen rasuah dalam isu pasir berkenaan.

‘‘Saya lihat kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti tidak mampu hendak uruskan hal-hal begini. Selangor ada penasihat dan dia pakar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘‘Ada penasihat ekonomi tetapi tidak tahu hendak uruskan soal pasir. Apa susah, tangkap sahajalah mereka yang lakukan kesalahan ini. Hukum mereka yang melakukan kesalahan ini. Saya tidak tahulah, mungkin juga ada elemen-elemen rasuah,’’ katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di sini hari ini.

Beliau mengulas kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal apabila 20 hektar tanah, kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk mendapatkan hasil tersebut.

Bagaimana Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar mengakui kegiatan itu diketahui oleh kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Abdul Khalid berkata, kegiatan itu mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukan di Bukit Changgang seperti dilaporkan media.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula mendakwa kegiatan mencuri pasir yang berleluasa di negeri itu didalangi gangster dipercayai dilindungi oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, sekiranya kegiatan itu dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan diambil, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah melakukan perkara syubhah.

Beliau berkata, kerajaan negeri berkuasa untuk menghentikan segera kegiatan tersebut kerana perkara berkaitan pasir dan tanah adalah di bawah kuasa mereka.

‘‘Saya tidak mahu menuduh tetapi apa yang saya katakan ini mungkin boleh berlaku. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku tetapi tiada tindakan diambil itu bermakna mereka melakukan syubhah.

‘‘Dalam Islam hukum mereka yang melakukan syubhah sama dengan mereka yang melakukan kesalahan. Saya tidak tahulah Parti Keadilan Rakyat parti apa. Parti bukan Islam agaknya,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui banyak pihak bimbang dengan keadaan itu terutama penduduk kampung berhampiran kerana ia melibatkan kerosakan alam sekitar.

‘‘Semua orang bimbang apabila alam sekitar yang indah diganggu hanya tujuan untuk kepentingan diri. Mereka dengan rakus mengorek pasir tanpa sebarang kawalan.

‘‘Sudah tentu ia boleh merosakkan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kegiatan ini jika tidak dibendung segera akan memberi kesan terhadap sumber air dan khazanah negeri,’’ tambahnya.

Sumber : Utusan

Komen :

Pada hemat saya, isu ini sengaja dibiarkan kerana ianya merupakan 'lubuk duit' kepada kantong PKR terutama untuk menyediakan Parti itu untuk PRU ke 13 nanti.

Kecurian seperti ini bukan boleh ditutup begitu saja kerana banyak mata yang melihat. Mana perginya Wakil Rakyat Pakatan yang dulunya 'gah' kononnya nak pertahankan 'hak rakyat'? Takkan dia tak tahu atau sengaja butakan mata dan pekakkan telinga kerana...masyukkkk.

Lebih-lebih lagi di Selangor. Selangorkan ada Penasihat Ekonomi. Mana perginya Penasihat ini atau perbuatan mencuri ini adalah hasil dari nasihatnya? 

Rasanya rakyat dah boleh lihat sendiri bukti kerakusan dan halobanya Pakatan dalam mengumpul kekayaan peribadi, baik untuk parti mahupun untuk kantong YB mereka.

Berjuta-juta ringgit kerugian yang memberi kesan langsung untuk rakyat negeri Selangor. Ratusan juta pendapatan Kerajaan Negeri yang sepatutnya untuk pembangunan rakyat serta negeri telah dipersiakan.

Bagi yang pernah mengenali Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, inilah sebenarnya cara beliau 'buat duit' untuk 'perjuangkan perjuangannya'. Perbuatan mencuri pasir ini hanyalah perkara kecil baginya kerana masih ada perkara dan dosa yang lebih besar yang telah dilakukannya.

Sunday, July 11, 2010

Penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
 
Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

"Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar (Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA)," katanya seperti yang dipetik dalam blog, Culture of Life News.

Pendedahan oleh Meinel Supkis itu dibuat selang sehari selepas Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, Anwar membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Temu bual tersebut dakwa Trevino, terpaksa dilakukan dalam usaha Anwar - yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai kelompok Yahudi - meyakinkan kembali para pelobi Yahudi tersebut bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Dalam pada itu, tambah Meinel Supkis dakwaan bahawa ketua pembangkang itu merupakan alat kepada CIA, turut disokong oleh kenyataan rakan rapat Anwar sendiri iaitu Paul Wolfowitz.

Menurutnya, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia dilaporkan sebagai berkata: "Apa yang dilakukan oleh Anwar (kenyataan anti-Yahudi) salah tetapi memikirkan bahawa beliau sedang berjuang untuk dirinya serta karier politik selepas dilabelkan sebagai boneka Yahudi, kecuaian itu perlu diperbetulkan."

Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat dalam tulisannya itu menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi.

"Saya harap dia tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan," katanya. - Utusan

Saturday, July 10, 2010

Pertelingkahan Pas-DAP : Karpal & DAP Menyakitkan hati - Nasruddin Tantawi

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan.

''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain.

''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuangan mereka dan sepatutnya mereka juga perlu menghormati dasar perjuangan Pas. Ini yang dinamakan adil,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz di muka depan Utusan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan Karpal meminta Pas menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul.

Ini kerana, jelas Nik Abdul Aziz, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegas Nik Abdul Aziz, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.

Ia sebagai reaksi terhadap kenyataan Karpal sebelum ini yang telah meminta Pas menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Dalam perkembangan sama, Nasrudin berkata, pendirian dan dasar Pas tidak pernah berubah iaitu Islam akan terus menjadi dasar perjuangan parti walaupun menjadi salah satu anggota pakatan pembangkang.

''Sebagai barisan hadapan parti, DPP akan tetap mempertahankan dasar Islam yang kita bawa. Islam terus menjadi asas perjuangan kami dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila,'' katanya.

Nasrudin dalam perkembangan berkaitan percaya kenyataan Karpal itu tetap bersifat peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan.

''Saya lihat secara positifnya kenyataan Karpal ini tidak disambut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bagi saya ia adalah kenyataan Karpal semata-mata,'' katanya.

Sumber : FlowersofNation 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...