Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Terkini : Fairus tinggalkan PKR dan sertai UMNO.

  KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini. Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak. Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu. Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah. Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai. Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu. Fairus keputusan melepas jawatan Adun

Tiada Pengecualian Berhubung Siasatan Dakwaan Rasuah Terhadap Nik Aziz

KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa tiada pengecualian terhadap kes siasatan rasuah ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melibatkan tajaan mengerjakan haji dan isu penyelewengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata tidak ada pihak yang boleh dianggap "terkecuali" dalam kes seperti ini termasuk Menteri Besar itu dan siasatan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Malahan, katanya, siasatan yang dibuat ke atas Nik Abdul berhubung kes rasuah adalah mengikut prosidur biasa undang-undang negara ini, katanya. "Siasatan kita standard dan siasatan SPRM tidak terikat kepada sesiapa," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Menyerah Tugas antara Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Hussin dan Timbalan Pengarah Akademi SPRM, Nasaruddin Mohd Nor di sini, pada Ahad. Beliau berkata demikian bag

Kami bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah : 25 tahun Jambatan Pulau Pinang

  JAMBATAN Pulau Pinang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini. Pada 13 April, 1985, jambatan sepanjang 13.5 kilometer , dengan empat menara di bahagian tengahnya dan terletak 33 meter dari aras laut, siap dibina dalam tempoh empat tahun selepas Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berjumlah RM850 juta bagi menjadikannya suatu kenyataan. Pembinaan jambatan ini adalah antara peristiwa penting dalam sejarah moden Pulau Pinang kerana sebelum itu orang ramai bergantung kepada perkhidmatan feri untuk berulang-alik antara pulau berkenaan dan Butterworth. Jambatan unik ini direka bentuk oleh anak jati Pulau Pinang iaitu mendiang Tan Sri Prof Ir Chin Fung Kee, iaitu pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan bekas pemangku Naib Canselor Universiti Malaya. - Berita Harian

Pemimpin Islam jadi 'balaci'

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang cuba membatalkan sambutan itu dan mereka yang dimaksudkannya sebagai bajingan tersebut. Katanya, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang yang akan mengikut segala rentak yang dimainkan oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini. "Dan yang paling malang, ada di kalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. "Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget ke kiri. Bila mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kiallah kita berzapin ke kanan," katanya sewaktu membacakan khutbah sembahyang Jumaat, semalam. Entri be

Anwar tidak jujur dengan Pas

BACHOK 27 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama ketika berdepan krisis moral. Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat. ``Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya. “Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Ezam berkata, bagi memastikan agen

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan. Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan. Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR. ''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini. Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering,

Najib Mahu Rakyat Manfaatkan Laman Sosial Bagi Menjana Ekonomi

PEKAN, 27 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini memanfaatkan laman sosial bagi menjana ekonomi menerusi perniagaan secara online. Beliau berkata, laman-laman sosial yang semakin popular di kalangan masyarakat masa kini tidak seharusnya dijadikan platform untuk bersuka-suka semata-mata. "Saya meminta masyarakat tidak sahaja menggunakan Internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi cuba gunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online," katanya ketika berucap melancarkan Tanjung Agas Real-Time Broadband (TARB) di sini. Turut hadir Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Tanjung Agas Technology Sdn Bhd dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Najib berkata banyak laman sosial atau sesawang tempatan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan atau mencari maklumat yang lebih bermanfaat untuk menjana ekonomi da

Si ibu yang 'buta'

SITI Nor Hanim Aziz, ibu Syafiah Humaira yang meninggal dunia akibat didera teman lelakinya menyiram air mawar di pusara anaknya manakala abang mangsa, Mohd. Shafiq dan datuknya, Aziz Shahar (dua dari kanan) menabur bunga di tanah perkuburan Sungai Choh, Rawang, Selangor  Khabarnya mempunyai anak berumur 1 tahun lebih hasil hubungan terlarang dengan 'sipembunuh'. Kini si ibu ni, sedang mengandung 4 bulan, juga hasil dari hubungan dengan sipembunuh...hubungan terlarang. Harap tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa seperti JAIS untuk menyedarkan siibu yang 'khayal' dan mencelikkannya dari terus 'buta'... Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu. Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria , 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6

Kerana ibunya 'buta' : Anak mati didera kekasih ibu

KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam. Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan. - Kosmo Komen Blog : Kejadian begini sering berlaku dek kerana ibunya yang 'buta'.  Bukan buta mata tetapi buta hati kerana mengiyakan nafsu hati yang mahu bertemankan pasangan yang tidak punya hati dan seumpama binatang. Biarlah pepatah 'cinta itu buta' hanya pepatah dan biarlah cinta itu ya

Ini yang buat pembangkang menangis : PM's walkabout tinjau Festival Kraf

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menterjemahkan keprihatinannya terhadap masa depan industri kraf tangan negara dengan mengadakan tinjauan mesra ke Festival Kraf yang dianjur bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2010.   NAJIB Tun Razak diiringi Rosmah Mansor mencuba pakaian yang diukur oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali ketika melawat ke Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2010 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, semalam. Turut menyambut Perdana Menteri, Dr. Rais Yatim (kiri). Perdana Menteri tiba di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang menjadi lokasi festival itu kira-kira pukul 3 petang bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ketibaan mereka disambut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf. Perdana Menteri dan isteri kemudian meluangkan masa lebih sejam untuk melawat galeri pameran dan jualan kraf tan

Umat Islam digesa atasi penyakit dalaman

PUTRAJAYA 26 Feb. - Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu. Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini. Tegas beliau, fenomena berkenaan amat merugikan umat Islam kerana mereka akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain. "Sehingga kini umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing. "Sesungguhnya penglibatan umat Islam dalam amalan berpolitik secara kepartian memerlukan kebijaksanaan, kematangan serta pendewasaan agar kita tahu batas sempadan sesuatu perbezaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Mau

Elak perpecahan demi negara

Oleh SUZALIE MOHAMAD GAGASAN 1Malaysia adalah kesinambungan daripada agenda perjuangan negarawan terdahulu demi melihat Malaysia mencapai status negara maju dan aman. Status yang hendak dicapai itu adalah berlandaskan acuan sendiri yang membezakan pendekatan asimilasi seperti mana dilaksanakan di kebanyakan negara-negara maju lain yang mana identiti kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan identiti nasional yang sama. Melenyapkan dan menggantikan etnik bukan pendekatan gagasan 1Malaysia. Prinsip utama gagasan itu adalah memanfaatkan keunikan kepelbagaian kaum sebagai satu kekuatan yang menjana pembangunan dan kemajuan negara. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus memahami hasrat pendekatan itu supaya keamanan dan kestabilan negara dapat dicapai. Hanya apabila setiap rakyat dari latar belakang kaum, agama dan fahaman yang pelbagai bersatu padu, barulah Malaysia akan terus maju dan aman. Gagasan itu bertujuan membudayakan rakyat bersikap menerima seadanya keunikan kepelbaga

Muhasabah sambut Maulud Nabi

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON    IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam. Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud "Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya".   Namun setelah lebih 1400 tahun Nabi Muhammad SAW diutuskan dengan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT serta memperelok akhlak manusia, terdapat segelintir masyarakat Islam yang masih tidak mengerti ajaran mulia yang dibawa olehnya. Perkara ini dapat dilihat daripada sudut kepercayaan, amalan syariah dan akhlak mulia yang sepatutnya sebati dalam diri individu Muslim. Ketiga-ti

Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat. Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami. “Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya. “Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di

Suhakam sahkan anak Raja Petra tidak didera

  SUNGAI BULOH: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamarudin, bahawa anaknya, Raja Azman, didera dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh. Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam, berkata Raja Azman, 34, sendiri menyatakan pada pertemuan mereka tadi bahawa beliau menelan bilah pisau cukur sebagai protes selepas diasingkan daripada tahanan lain. Siva berkata, pengasingan itu perlu bagi tujuan siasatan terhadap Raja Azman kini ditahan reman kerana kes curi dan menunggu perbicaraan. Beliau berkata, Raja Azman kini sudah pulih selepas menjalani proses pembuangan bilah mata pisau cukur itu Sabtu lalu. Raja Petra sebelum ini mendakwa anak keduanya itu cenderung mencederakan diri sendiri kerana didera kakitangan penjara dari segi mental dan fizikal. - Berita Harian

SPRM Kelantan selesai siasat kes Nik Aziz

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sudah selesai menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, berkata kertas siasatan itu kini berada di Bahagian Pendakwaan untuk tindakan lanjut. "SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan kini berada di Bahagian Pendakwaan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi. Sehubungan itu, Ahmad Khusairi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPRM tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu. - Berita Harian

Muhyiddin hairan tindakan Ku Li berhubung isu royalti minyak

  PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan. Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung perkara itu. "Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu. "(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan," katanya selepas melancarkan Transformasi Politeknik di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang terus mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan. Terbaru, Ten

Nallakaruppan anggap Wan Azizah 'pelakon' hebat

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat. Datuk S. Nallakaruppan yang secara sinis mencadangkan pengurniaan itu, bersedia mengemukakannya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan. Beliau yang juga bekas rakan karib Anwar berkata, anugerah itu kelak akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood. "Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu. Dakwa beliau,

Tan Tidak Akan Minta Maaf Kepada Guan Eng

PETALING JAYA,24 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini. Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti. "Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara di sini Rabu. Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah. -- BERNAMA

Mahathir Harap BN Timbang Keahlian Terus

HETHEL (NORFOLK), 24 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional perlu menimbang cadangan menerima keahlian terus kerana ia membawa banyak manfaat. Bercakap kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat pasukan lumba kereta Lotus di sini pada Selasa, beliau berkata bahawa pada masa lepas, BN (ketika itu Parti Perikatan) pernah mengamalkan sistem itu tetapi masalah timbul apabila ahli-ahli terus, iaitu mereka yang bukan daripada mana-mana parti komponennya, mahu menjadi calon dalam pilihan raya dan ini tidak disenangi parti-parti komponen. "Disebabkan itu, keahlian terus Perikatan ini dimansuhkan. Tetapi keadaan mungkin sudah berubah dan sebab itu kita harus menimbangnya semula," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN akan mengadakan satu konvensyen penghujung tahun ini untuk membincangkan cadangan meminda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang me

Muyhiddin nafi tak senada konsep 1Malaysia

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Lim Kit Siang kononnya beliau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai konsep 1Malaysia adalah mengarut dan sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin kerajaan. Timbalan Perdana Menteri berkata, parti pembangkang sudah kehabisan isu sehingga Lim membuat kenyataan beliau dan Perdana Menteri kelihatan tidak senada dalam konsep 1Malaysia. "Saya fikir, Kit Siang tidak faham pendirian saya kerana kepalanya penuh dengan masalah lain. Ada masalah dalam krisis politik pembangkang yang meletakkan dirinya dalam keadaan terdesak. "Sebab itulah dia nak mengalih tumpuan orang ramai terhadap pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan saya sendiri. Siapa yang patut berasa ragu mengenai pendirian kami dalam Kabinet. "Kit Siang jangan anggap kita terjebak dengan cara politik mereka. Kita tahu apa nak buat, kita dah buat apa yang betul dan tepat," katanya selepas menyaksikan demonstrasi robotik pela

Kepala Kit Siang Penuh Masalah : Muhyiddin

MUAR, 23 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penasihat DAP Lim Kit Siang mempunyai pelbagai masalah dalam kepalanya sehingga terdorong menuduh beliau tidak menyokong sepenuhya gagasan 1Malaysia. Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan tidak berasas oleh Lim itu merupakan satu perangkap untuk melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia. Ia juga membuktikan parti-parti pembangkang kehabisan isu yang boleh digunakan terhadap kerajaan, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi Robotec oleh pelajar-pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Pagoh di sini pada Selasa. Beliau adalah juga Anggota Parlimen Pagoh. "Saya fikir Lim Kit Siang tidak faham tentang pendirian saya (tentang gagasan 1 Malaysia) kerana di dalam kepalanya penuh dengan pelbagai masalah, ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh parti pembangkang." "Kesemua masalah ini meletakkan Kit Siang dalam keadaan tert

Najib sendiri jumpa rakyat

Oleh ROHANA MAN rohana.man@utusan.com.my NAJIB Tun Razak sambil diiringi Abdul Taib Mahmud (kiri) bersalaman dengan penduduk Rumah Panjang Radin, Lachau Ulu sempena majlis perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sri Aman, Sarawak, semalam. "Baguslah kalau pemimpin selalu jumpa rakyat," kata seorang peniaga, Lim Teck Heng, 47, ketika ditemu ramah Bernama di Petaling Street, Kuala Lumpur pada 4 April tahun lalu. Ketika temu ramah itu diadakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan lawatan mengejut di kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina itu. Tempat-tempat lain yang Najib turut lawati adalah kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfield yang digelar 'Little India'. Lawatan itu diadakan tidak sampai 24 jam Najib dilantik sebagai Perdana Menteri (PM). Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di h

Untuk tawan Kelantan : Tok Pa lancar Facebook

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara rasmi menyertai komuniti maya apabila melancarkan Facebooknya - usaha terbaik mendampingi rakyat dengan berkongsi idea dan pandangan.  Facebook Mustapa mula diaktifkan sejak 21 Disember 2009 dan sejak dua bulan lalu telah mempunyai seramai 669 peminat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk dari luar negara. Pelancaran laman sosial itu diadakan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Selain Facebook yang baru dilancarkan itu, beliau turut mempunyai medium komunikasi maya lain seperti laman web UMNO Jeli, www.umnojeli.net dan laman komuniti Jeli, Kelantan, www.jeli.my yang juga boleh diakses secara talian oleh orang ramai. Mustapa melihat penggunaan media sosial sep

Hairan sikap Nik Aziz persoal kewibawaan mahkamah

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perbicaraan Penasihat Parti Keadilan Nasional (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai usaha bersepadu untuk mengkucar-kacirkan sistem pengasingan kuasa di negara ini. Malah sokongan padu diterima oleh Anwar daripada rakan pakatan pembangkang yang lain termasuk membenarkan campur tangan pihak luar jelas memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Penganalisis politik, Prof. Dr. Abdul Majid Mohd. Isa berkata, yang jelasnya rentetan daripada perbicaraan Anwar itu pihak pembangkang semakin tidak menghormati sistem demokrasi yang selama ini menjadi tunggak pemerintahan negara. ''Saya sendiri hairan melihat sikap Nik Abdul Aziz yang sanggup mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman hanya disebabkan Anwar. Adakah Nik Abdul Aziz tidak sedar yang Anwar sedang menghadapi tuduhan liwat? ''Berbanding dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awan

Hadi Awang, Kit Siang perlu gantikan Anwar

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Para pemimpin pembangkang perlu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya. Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara. Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah. Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar. ''Dalam sistem demokrasi berparlimen, seseorang pemimpin yang menghadapi pertuduhan mahkamah sama ada daripada kerajaan atau pembangkang perlu melepaskan jawatan demi menghormati ahli-ahli parti dan masyarakat secara amnya.

Masyarakat Jakun gesa Nik Aziz mohon maaf

MB samakan pemimpin lompat parti dengan Orang Asli KUALA LUMPUR: Masyarakat Orang Asli Suku Jakun mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya di Kota Bharu, Rabu lalu, menyamakan pemimpin pembangkang yang lompat parti seperti jakun. Wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama. "Kami (Orang Asli suku Jakun) amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu. Beliau tidak seharusnya menyamakan tindakan pemimpin politik yang keluar parti seperti jakun. "Jangan kaitkan soal politik dengan kaum. Ia benar-benar mengguris hati Orang Asli suku Jakun. "Oleh demikian, kami amat berharap Nik Aziz memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau itu," katanya menghubungi Berita Harian, semalam. Masyarakat suku Jakun kebanyakannya berada di Pahang dan Johor dengan bilangannya melebi

Dakwaan Umno Selangor Pecah Dua Taktik Pembangkang Alih Perhatian Krisis Dalaman - Noh

SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata tanggapan kononnya UMNO Selangor berpecah dua adalah tipu helah pembangkang. Katanya, pembangkang mendakwa terdapat dua kem, satu diterajui beliau dan satu lagi oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Pembangkang sebenarnya mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis dalaman PAS Selangor di mana sebenarnya wujud dua kem - kem Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dan kem Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, wujud masalah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabangnya di Ijok, dakwa Noh. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shuhaimi Shafiei yang mendakwa UMNO Selangor berpecah kepada dua kem. Bagi pembangkang, kalau mereka tidak dapat menyelesaikan satu masalah,

Muhyiddin Mahu Semua Pemimpin Umno Membuang Segala Sengketa

BANDAR JENGKA, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata tempoh pilihan raya akan datang yang dijangka dua tahun lebih lagi bukanlah tempoh yang panjang untuk mengembalikan semula kekuatan Umno yang mengalami "tsunami politik" pada pilihan raya umum lepas. "Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita. Kita kena balik semula, berjuang untuk pertahankan agama dan bangsa," katanya ketika berucap menutup Konvensyen Umno Pahang di sini Ahad. Muhyiddin berkata pemimpin dan anggota Umno juga perlu kembali menilai diri, kelemahan diri dan membuat perubahan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno. "Selepas pilihan raya

Sikap sederhana tangkis golongan ekstremis: Najib

NAJIB bersama Rosmah menggaul yee sang pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Pandamaran, Klang malam tadi. Turut hadir ketua komponen Barisan Nasional, Menteri Kabinet serta Isteri. KLANG: Datuk Seri Najib Razak menegaskan insiden terpencil seperti gereja dibakar dan surau dicampak dengan kepala khinzir yang berlaku di beberapa tempat baru-baru ini bukan bererti kegagalan 1Malaysia, sebaliknya ia membuktikan satu keperluan gagasan itu untuk negara. Perdana Menteri berkata, jika rakyat mengambil jalan tengah dan bersikap sederhana, golongan ekstremis lambat-laun tidak ada tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana pelbagai kaum kini dilihat menyokong gagasan 1Malaysia. "Kalau peribahasa Melayu sebut 'tuah ayam nampak di kaki', tuah Malaysia nampak di rakyatnya. Rakyat yang unik berbilang kaum, tidak ada di negara lain. Jangan anggap ini masalah. "Jangan berasa kecewa kalau terjadi insiden...jadikan it

Sikap Hadi dipuji : Pembangkang perlu contohi Hadi - TPM

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my   KUALA LUMPUR 20 Feb. – Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang campur tangan asing termasuk perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pucuk pimpinan parti itu tidak sehaluan dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap yang sama sepatutnya ditonjolkan oleh pemimpin pembangkang lain apabila sesuatu isu itu menyentuh mengenai kedaulatan negara. “Pendirian sebegitu harus menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang yang lain. Jangan dalam soal berkaitan kedaulatan negara pun ia mahu dipolitikkan sehingga timbul tanggapan yang ketara berbeza. “Sepatutnya apabila berkait dengan kepentingan nasional, pendirian yang sama perlu diambil dan ia sesuatu yang kita hormati jika pemimpin bersikap begitu (tolak campur tangan asing),’’ katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penul

Pas bantah campur tangan asing

KUALA TERENGGANU: Pas menentang sebarang campur tangan kuasa asing termasuk Australia terhadap proses perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu negara asing menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara, termasuk proses perbicaraan Anwar. Bagaimanapun, katanya, Pas mahukan proses perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil dan mengikut tuntutan agama. "(Bagi) saya sebagai rakyat Malaysia, (perbicaraan kes liwat Anwar) tak perlu ada campur tangan asing. Apa lagi negara luar, Barat dan negara bukan Islam. Jika kita melakukan dengan adil, orang asing takkan berani campur tangan," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas berikutan campur tangan Ahli Parlimen Australia terhadap perbicaraan kes liwat Anwar. Akhbar baru-baru ini, memetik agensi berita asing melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kecil