Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Bukti Rakaman Anwar Maki Hamun PAS & DAP?

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim. Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

DAP Banyak Buat Rakyat Marah

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar fail) menganggap, DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu  menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat. Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. “Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya. “Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya.   Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau

Tukang Kempen Azmin Didakwa Buat Kacau Di Kudat

PETALING JAYA: Gara-gara berbeza sokongan terhadap dua calon timbalan presiden Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, Ketua cabang Kota Merudu Anthony Mandiau didakwa membuat kacau dengan menyimpan kertas senarai pencalonan pengundian di cabang Kudat sehingga pengundian sedikit tergendala pagi tadi. FMT difahamkan cabang Kudat menyokong Zaid Ibrahim manakala di Kota Marudu lebih kepada Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden. Menurut ketua cabang Kudat Mursalim Tanjul, Anthony yang didakwa ‘tukang kempen’ Azmin bertindak dengan mengambil dokumen (kertas senarai pencalonan) daripada petugas ekoran sokongan di cabangnya berbeza di Kota Merudu. "Ada petugas daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) maklumkan kepada saya Anthony buat kacau. Dokumen senarai calon itu diambil oleh Anthony daripada petugas. Saya difahamkan perkara itu timbul kerana sokongan di Kudat tidak selari dengan cabang Kota Marudu. Kami di Kudat menyokong penuh Zaid Ibrahim,