Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Polis mohon ekstradisi

Oleh ASSIM HASSAN assim.hassan@utusan.com.my Raja Petra Raja Kamaruddin KUALA LUMPUR 20 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (gambar) jika benar dia kini berada di sebuah pangsapuri mewah di London.

Pemuda Pas tidak bijak - Abdul Ariffahmi

KOTA BHARU 20 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau segera melepaskan jawatan. Menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu membayangkan demikian ekoran gesaan terbaru, kali ini oleh Dewan Pemuda Pas negeri dengan harapan isu yang terus berlegar tidak menjejaskan parti dan kerajaan. Beliau menyifatkan kenyataan pimpinan Dewan Pemuda Pas negeri itu menggunakan media sebagai suatu yang tidak bijak dan tidak selari arahan pucuk pimpinan parti sendiri. Dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini beliau berpendapat, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya telah dinyatakan dan hampir selesai. "Isu ini telah reda dan kenyataan ini (yang dibuat Dewan Pemuda Pas negeri) pastinya memberi ruang kepada pihak musuh mengambil kesempatan," katanya yang juga sebagai Exco Dewan Pemuda Pas negeri. Abdul Ariffahmi mengulas lap

Ketuanan Melayu boleh hilang

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN utusanperlis@utusan.com.my Ibrahim Ali bersalaman dengan hadirin pada majlis pelancaran Perkasa Perlis di Kangar, semalam, KANGAR 20 Dis. - Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu semakin ketara ditunjukkan terutama di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Menurutnya, sejak kebelakangan ini golongan bukan Melayu terutama Cina dan India semakin berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan bumiputera di Malaysia. "Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli politik itu kian berani bertindak kerana puak-puak ini bersekongkol dengan PKR dan Pas," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkasa Perlis yang dihadiri kira-kira 500 orang di Hotel Putra Palace di sini malam tadi. Ibrahim memberitahu

Ketidaksefahaman : PR tidak akan didaftarkan

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa. Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi. Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog supaya menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat. Penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka adalah satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger Pas anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Pusat di Markas Tarbiyyah Pas, Taman Melewar dekat sini, hari ini.

Dr. Mahathir gembira kehidupan penduduk Langkawi berubah

LANGKAWI, 20 Dis — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan gembira kerana kehidupan penduduk Langkawi telah bertambah baik hasil pembangunan pesat di pulau legenda itu. GAMBAR HIASAN : Inilah Pantai Chenang pada tahun 1986. Gambar ini adalah koleksi photo peribadi saya. Ketika ini, jelas dilihat betapa pembangunan Langkawi belum berlaku dan pemandangan ini, tidak wujud lagi kerana, Pantai Chenang telah dibangunkan sebagai sebuah  tempat pelancungan terkenal dengan adanya Hotel bertaraf 5 bintang. Katanya beliau mendapati banyak rumah yang daif serta serba kekurangan kini berubah kepada rumah-rumah batu dalam tempoh beberapa tahun pembangunan ini sebahagian besarnya kerana Langkawi mempunyai kilang pengeluar simen di Teluk Ewa, Ayer Hangat. Ini merupakan sebahagian daripada pembangunan pesat yang dialami di Langkawi dan turut dirasai penduduk Langkawi, katanya pada majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Persatuan Mencegah Dadah Ma

Retorik parti pembangkang

Oleh Zulkiflee Bakar    KALAULAH rumusan mahu dibuat mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam, tiada apa-apa yang menarik selain pakatan tersebut menggambarkan seolah-olah merekalah manusia pilihan dan paling layak memimpin Malaysia. Bagi mereka, hanya pakatan mereka sahaja pilihan terbaik untuk memulihkan negara ini kononnya daripada segala kepincangan sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Lihat sahaja isi kandungan ucapan tiga pemimpin utama pakatan itu bermula daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketiga-tiga mereka memaparkan senario seolah-olah kalaulah pembangkang tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, maka musnahlah Malaysia. Tafsiran yang dibuat ialah sepanjang 52 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, segala-galanya buruk belaka. Oleh itu mahu tidak mahu PRU13 perlu dijadikan medan pertempuran bagi

Pembangkang cuba runtuhkan negara

IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara. ''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi. ''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan. Semasa pengundian tersebut

Raja Petra berada di London : Siapa biaya kediaman mewah?

GAMBAR dari luar apartmen mewah di Gloucester Bayswater, London yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Raja Petra Raja Kamaruddin.(gambar kecil) KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang sebelum ini dilaporkan berada di Melbourne, Australia, kini dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London. Menurut sumber, Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu. Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. Bagaimanapun, sumber terbabit tidak menyebut berapa lama pengendali laman web tersebut mendiami pangsapuri itu. Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur ha

Ariffahmi Segera letak jawatan - Dewan Pemuda Pas Kelantan

KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan. Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut. Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu. Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil. Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti

Apa sudah jadi siasatan menantu Nik Aziz?

KOTA BHARU 17 Dis. - Perkembangan siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menimbulkan tanda tanya apabila masih tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini. Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa malah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mohd. Jaafar Hussen ketika ditemui pemberita hari ini enggan mengulas lanjut dan menjelaskan, kes itu bukan di bawah kendalian pihaknya. Beliau memberi alasan kes itu disiasat secara langsung oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya. "Kes itu dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM. Anda boleh bertanya kepada mereka. "Ini isu yang sangat sensitif, saya hanya boleh mengulas kalau dapat lampu hijau," katanya selepas menutup Seminar Pencegahan Rasuah Kontraktor-Kontraktor Negeri Kelantan 2009 di sini hari ini. Pada 25 November lal

Betullah Hassan Ali akan disiasat kerana menegur 'isu arak' di Selangor

Siasatan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali tidak menyentuh dakwaan mengatakan beliau menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, siasatan hanya berkisar mengenai beberapa isu di Selangor yang membabitkan parti itu. “Laporan beberapa akhbar mengatakan siasatan akan menumpukan kepada sisu cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang didakwa dimainkan oleh Hassan dan beberapa pemimpin lain adalah tidak tepat. “Siasatan ini tiada kena mengena dengan cadangan itu kerana isu kerajaan perpaduan, Pas sudah tutup buku, siasatan ini lebih banyak berkisar kepada masalah dalaman kita sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk mengheret Pas Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu. Keputusan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung da

Pakatan Pembangkang Bergolak di Sebalik Menang Enam Pilihan Raya

JIKA dilihat pada angka, barisan pakatan pembangkang menang 62, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009. Ia adalah bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan). Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Dari satu aspek, kemunculan pakatan pembangkang dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka. Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh d

GEMPAR- MEMANG SAH PEMBUBARAN PKR IJOK SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG!

Pada pukul 2:30 tengahhari ini, kesemua Cabang dan Ranting PKR di Ijok akan isytihar tutup. Ini berikutan ketidak puasan hati ahli-ahli PKR di kawasan tersebut yang telah hampa dengan kepimpinan dan ketidak prihatinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada kawasan ADUN sendiri. Pengisytiharan keluar ini melibatkan lebih 1,000 ahli. Majlis pengumuman ini akan dihadhiri oleh Dato Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor pada pukul 2:30 nanti. Penutupan semua ranting dan cabang PKR di Ijok adalah satu tamparan hebat besar buat Khalid sebagai Menteri Besar merangkap Ketua 'Pakatan Rakyat' Selangor. Di peringkat negeri, dia dilihat pentadbir yang lemah dan tidak berupaya memberi kepimpinan dan mengangani masaalah negeri Selangor tetapi hanya bermain politik hingga ditegur berkali-kali oleh DYMM Sultan Selangor. Khalid akan menjadi ADUN PKR di kawasan yang PKR tidak wujud sama sekali. Bagaimanakah dia berupaya untuk mewakili dan berkhidmat untuk kawasan

Cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, siapa yang kena jual?

Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik Anwar. Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan ke

GEMPAR-1000 Ahli PKR Ijok Keluar Dari Parti- Dun Selangor Bubar

Info yang diterima pada lewat malam tadi dari rakan Blogger Saudara Oyabun dijangkakan akan berlaku pembubaran cabang PKR Ijok yang mana merupakan kawasan MB Selangor Khalid Gagap pada tengah hari ini. Di jangka kan seramai 1000 ahli PKR akan keluar dari Parti. Dato Noh Omar juga di jangkakan akan hadir ke lokasi pembubaran cabang PKR ini. Apakah ini satu permulaan penolakan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Khalid Gagap? Ataupun rakyat Selangor sudah tidak tahan dengan karenah Pakatan Pas, Dap dan Pkr yang nampaknya hanya menabur janji kosong semasa pilihanraya yang lalu? Apa yang pasti satu lagi episod Hitam dalam Pakatan Pembangkang Pas, Dap dan Pkr ini akan berlaku. Malah dengan pembubaran Cabang PKR ini juga ada kedengaran desas desus akan PEMBUBARAN DUN SELANGOR pula. Di harapkan Dun Selangor dapat dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya untuk menentukan pilihan hati Rakyat Selangor itu sendiri. Psssttt....Hassan Ali dah ready untuk apa sahaja.......he he he PA

Strategi Malaysian Malaysia!

Sebenarnya dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, kita tidak berasa dibezakan dan tidak berasa terancam tetapi apabila ada pihak yang membangkitkan soal ‘kontrak sosial’ maka apa yang selama ini diyakini sebagai nilai untuk jaminan hidup bersama telah dirasakan sebagai ancaman. Hal ini adalah lebih merupakan soal perasaan atau emosional dan bukannya rasional. Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) pernah berucap di Parlimen yang ketika itu masih dalam Malaysia dengan menimbulkan soal hak bagi setiap kaum untuk bercakap dalam bahasa ibunda di rumah masing-masing yang tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Realitinya tidak ada pihak yang hendak menyekatnya, tetapi oleh kerana bahasa Melayu pada ketika itu diletakkan sebagai bahasa rasmi negara maka apabila LKY menimbulkan soal itu, timbul syak wasangka seolah-olah kerajaan akan menguatkuasakan peraturan itu di rumah. Inilah kebijaksanaan LKY memainkan api perkauman untuk kepentingan mendapat sokongan terhadap Malaysi

Tindakan terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir sidang: PM

Nazri, Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Parlimen. Beliau GAGAL untuk memastikan kehadiran yang mencukupi pada hari tersebut. COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil. Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu. "Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi. Perdana Menteri diminta mengulas keadaan di mana Bajet 2010 diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi saja menerusi

Hijrah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik

Najib Tun Razak BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1431H pada tahun ini dalam suasana tawaduk, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sambutan ini mempunyai keunikan dan signifikan besar kepada perjuangan dan perkembangan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari ini. Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah satu perancangan strategik yang dijana melalui pemikiran berasaskan daya kreativiti dan inovasi melalui penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’, sesebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan. Khaira Ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi. Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha pembanguna

Pas hilang kuasa mutlak?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my   "Marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu, Islam memimpin perubahan. Pas ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat." Kata-kata ini dilafazkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jun lalu. Berdasarkan kepada ucapan ini, Pas mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menjadi parti utama di pentas politik nasional. Tetapi semua impian Pas itu hanya akan menjadi sekadar impian jika Konvensyen Pakatan Pembangkang pada Sabtu ini merealisasikan matlamat pakatan itu mewujudkan satu landasan gabungan parti yang mutlak bagi menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermakna PKR, DAP dan Pas akan bertanding dalam pil

HASUTAN PERKAUMAN MELAMPAU (Blog Anti Hipokrit)

BUKTI apa lagi yang diperlukan untuk MENYIASAT HARAM JADAH ini? Jika ini kenyataan Ahmad Ismail UMNO Bukit Bendera, sudah tentu gegak gempita Malaysia dan PM 1Malaysia akan meminta maaf bagi pihak UMNO (Bacul) Tetapi si Haram Jadah ini dengan beraninya melanggar Perlembagaan, Sensitiviti kaum dan Hidup bernegara semata-mata mempertahankan idea KECINAANnya. PAS!!! Inilah THE REAL ASSOBIYAH yang kamu dok kata selalu pada UMNO. Dan seperti biasa dia tahu, tiada tindakan yang akan dikenakan. Inilah masanya untuk BN merampas semula Pulau Pinang dari genggaman Haram Jadah LGE. Bukti sudah ada, dan masih belum dinafikan oleh tuan punya badan iaitu Khalifah Lim Guan Eng. Dan jika benarlah itu kenyataannya terbuktilah niat sebenar DAP dan Lim Guan Eng yang sedang mabuk dengan kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang . - Apakah salahnya Melayu di mata mereka ini semua? - Apakah dosanya Melayu kepada kaum yang pada mulanya datang ke Tanah Melayu dengan tongkang dan diberi Kerakyatan se

India Malaysia bersyukurlah

SAYA merujuk kepada artikel saudara Zaini Hassan bertajuk Alkisah India di India dan India di Malaysia. Saya boleh dikategorikan sebagai DKK seperti yang disebutkan oleh saudara Zaini Hassan dalam cuitan beliau. Saya ingin menceritakan pengalaman serta kisah yang diceritakan oleh ayah saya mengenai asal- usul orang India di Malaysia. Saya ke Madurai, Tamil Nadu, tempat asal ibu saya baru-baru ini. Kebanyakan orang India yang berada di Malaysia pada hari ini sama ada Islam atau Hindu berasal dari wilayah ini. Kisah suasana di India telah diceritakan dengan tepat dan terperinci oleh saudara Zaini dalam artikelnya. Sewaktu di India, saya berulang kali bersyukur kepada datuk dan moyang saya yang membuat keputusan nekad untuk berpindah ke Tanah Melayu pada zaman itu. Saya sering juga berkata kepada ayah saya, jika datuk dan moyang saya masih hidup, sudah pasti mereka adalah orang yang saya akan peluk erat dan ucap terima kasih kerana membawa keturunan kami ke Tanah Melayu. Saya mu

Nik Aziz tidak konsisten?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my   APAKAH pendirian sebenar Datuk Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran banyak pihak apabila secara tiba-tiba pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan itu memuji keberanian Perdana Menteri melawat wilayah yang bergolak di selatan Thailand pada 9 Disember lalu. Dalam kenyataan yang dibuat selepas merasmikan "Seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan," di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, Nik Abdul Aziz menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani. Malah Mursyidul Am Pas itu juga berkata, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand minggu lalu dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan. Mungkin dari satu segi kita boleh sahaja menerima pujian yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada Najib kerana sememangnya lawatan Perdana

3.7 juta belum daftar mengundi

PUTRAJAYA 15 Dis. - Kira-kira 3.7 juta orang rakyat yang melepasi umur 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Menurutnya, peratus terbesar yang belum berbuat demikian merupakan orang Melayu, diikuti kaum India dan Cina. ''Mereka seharusnya sedar tanggungjawab sebagai pengundi untuk menentukan masa depan rakyat dan negara ini. ''Jangan ingat jika anda mendaftar hari ini, esok boleh mengundi. Sekurang-kurangnya empat hingga lima bulan diperlukan oleh SPR untuk memasukkan senarai nama anda dalam Daftar Pemilih yang disahkan untuk mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Mengikut rekod SPR, DAP paling aktif dalam membantu badan itu mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu. Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembab adalah MIC dan Gerakan. Kerjasama SPR dengan

Umno Lancar Program Juara Rakyat Bermula Jan Depan

MELAKA, 14 Dis (Bernama) -- Umno akan melancarkan program raksasa "Umno Juara Rakyat" bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga. "Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh, di sini Ahad malam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang. Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktir

Anak Nik Aziz cabar Exco...Exco mana tu?

  Siapa dengan Arifahmi ni? Saja bertanya sebab tak kenal mana satu Nik Amalina KOTA BHARU 14 Dis. - Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar salah seorang anggota Exco kerajaan negeri ini meletakkan jawatan. Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Aruiffahmi Ab Rahman itu difahamkan merujuk kepada musibah yang melanda keluarganya baru-baru ini. Melalui tulisannya hari ini dalam blognya, Seri Suri yang baru dimulakan kelmarin mencatatkan: "Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?" Beliau mengulas mengenai tulisannya terdahulu yang dihantar ke dalam satu blog bagi mempertahankan suami dan ayahnya apabila didakwa diserang dengan fitnah. Ia berkait dengan kemelut yang melanda dalam PMBK sehingga memaksa suaminya yang dilanti

BTN lahirkan berjuta rakyat patriotik - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA 14 Dis. - Di sebalik tuduhan parti-parti pembangkang bahawa kursus yang dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN) berunsurkan perkauman, agensi itu sebenarnya telah melahirkan berjuta rakyat yang cintakan negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sekiranya BTN memainkan sentimen perkauman, sudah lama negara ini hancur. "Sebaliknya, negara ini baik dan bertambah kuat dari setahun ke setahun kerana ada BTN. "Punca orang tidak bergaduh dalam negara ini kerana ada BTN," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar 1Malaysia yang dihadiri kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. Menurut Ahmad, kritikan terhadap BTN berpunca apabila kerajaan pakatan pembangkang di Selangor ingin menganjurkan kursus mereka sendiri iaitu Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES). "Kalau mereka hendak buat kursus buatlah, sudah tentu mereka juga akan cerita tentang da

Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis

Dr. Mahathir Mohamad menerima cenderamata daripada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr. Nordin Kardi selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni UUM di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 13 Dis. - Keseimbangan kedudukan antara kaum amat penting bagi memastikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan baik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.   Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak juga usaha kerajaan untuk memperbaiki keseimbangan itu dianggap sebagai langkah yang bersifat perkauman semata-mata. "Kita amat bernasib baik. Kita tidak macam negara lain, selalu ada kekacauan kaum sehingga menjejaskan ekonomi. Sebab itu perlu ada kestabilan kaum baru pembangunan negara dapat berkembang baik. "Untuk mencapai matlamat ini, kita mungkin dianggap rasis tetapi percayalah jika satu kaum terlalu ke depan manakala kaum lain ketinggalan jauh ke belakang, akan wujud perasaan tidak puas hati lalu mengakibatkan kesan buru