Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

YB Pas hutang income tax hampir RM1juta

Mungkin inipun Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS tidak tahu menahu juga. Bekas Setiausaha Menteri Besar Kelantan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan masih belum melangsaikan cukai pendapatannya yang berjumlah hampir satu juta ringgit. Menurut sumber dari dalam Perhubungan PAS Kelantan yang memberitahu Kickdefella, ADUN tersebut telah memohon supaya pembayaran cukai pendapatannya yang tertunggak itu dilangsaikan oleh Perhubungan PAS Kelantan menerusi pemberian konsesi balak atau projek yang boleh ditolak kepada mana-mana pelabur untuk mendapatkan jumlah yang setimpal. Untuk rekod, ADUN berkenaan dikenakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM781,000.00. Persoalannya sekarang, berapakah jumlah wang yang dimiliki oleh ADUN PAS itu sehingga dia boleh dikenakan cukai pendapatan sedemikian tinggi. Dari mana pula sumber wang yang diperolehinya itu? Adakah dia menggunakan hubungannya dengan Nik Aziz, atau kedudukannya dalam parti untuk mempe

Pas cabar Kickdefella

Syed Azidi memang rapat dan akrab dengan Pemimpin Pas. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai orang yang bertanggungjawab menaja aktiviti fitnah keji mereka selama ini. KOTA BHARU – Dewan Pemuda Pas Kelantan mencabar blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan individu terbabit dalam gerak saraf Pas dengan peruntukan RM4 juta untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalang terbabit perlu didedah sebelum isu dibincangkan di peringkat kepimpinan Pas negeri bagi mendapatkan respons dan tindakan yang bakal diambil. "Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini kerana tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya dan kita cabar Kickdefella dedahkan siapa individu terlibat dalam kes tersebut," katanya kepada kepada pemberita, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai peruntukan RM4 juta itu, Ahmad Fadhli yang juga Setiau

Jangan Bincang Isu Perkauman Secara Terbuka, Ulangi Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum. Beliau diminta mengulas perang mulut antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan MCA berikutan sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu. "Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana bertema "Malaysia As A Maritime Nation - Are We There?" di Institut Maritim Malaysia di sini. Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil te

Terima RM4juta : Umno Kelantan sifatkan Pas sebagai keji

KOTA BHARU: Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas kekal memerintah Kelantan. Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan Pas dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan. Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya. "Ini satu perbuatan yang keji. Pas perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada me

TAHNIAH EZAM! Teruskan perjuangan untuk tegakkan maruah Negara.

KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut. "Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara. Dalam pada itu,  Utusan Malaysia  difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau

'Dah kalah terima sajalah'

JOHOR BAHRU 27 April - "Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu." Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin. Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN. "Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik. "Kita dah terima keputusan dan BN dah menang. Pihak yang terlibat sepatutnya terima hakikat dan kenyataan itu, tak sewajarnya bangkitkan sebab-musabab kerana mereka tak puas hati dengan apa yang telah berlaku," tegasnya. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sulta

Zaid kena tempelak : 'Patut cermin diri, bukan tunding jari' - SPR

SEBAIK sahaja diajukan kritikan Datuk Zaid Ibrahim tentang dakwaannya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap berat sebelah, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof terus mempersoalkan motif calon PKR yang kalah itu.   "Apa yang tidak bersih, apa yang berat sebelah," kata Pengerusi SPR itu. Lantas beliau mengajak Zaid menilai paparan 'score-sheet' di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Baharu (KKB) malam kelmarin - lokasi pengumuman kemenangan P.Kamalanathan dari BN. Yang tertera ialah di saluran-saluran kawasan pengundi Cina, BN kalah kesemuanya. Ini boleh dilihat di saluran 1,2 dan 4 Kampung Baru Cina KKB dengan PKR masing-masing mencatat 203, 256 dan 207 undi, manakala BN sekadar mendapat 77, 73 dan 56 undi. Begitu juga di Kampung Baru Batang Kali, PKR mendapat 220 undi, manakala BN 58. Di Kampung Baru Rasa, situasi sama juga berlaku dengan BN sekadar meraih 75 undi berbanding 301 PKR. Namun di saluran kawasan majoriti pengundi Melayu, pencapa

Siasatan ke atas Ariffahmi, Nik Aziz diteruskan

KOTA BHARU 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pengarahnya, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, pada masa yang sama, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi sekiranya maklumat yang diperoleh tidak lengkap. Beliau berkata, sebelum ini, kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat pendakwa raya bagaimanapun ia dipulangkan kepada SPRM untuk meneruskan siasatan. "Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan disebabkan itu saya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut. "Pada masa yang sama, kita akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan dan jika ada aduan lain atau tidak lengkap kita mungkin akan memanggil Nik Aziz dan Abdul Ariffahmi," katanya. Beliau berkata

Kemenangan BN bukti dasar Najib diterima rakyat

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib. Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah di

BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pengundi Cina

Datuk Seri Najib Tun Razak, P.Kamalanathan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan BN di Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru. HULU SELANGOR, 26 April (Bernama) -- Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut. Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008. "Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu. "Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan maj

BN MENANG : Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008. Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi. Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi. Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen

Kemenangan BN Di Hulu Selangor Akan Tandakan Kebangkitan BN Di Seluruh Negara

HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor esok akan menandakan kebangkitan BN bukan hanya di Hulu Selangor tetapi di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata hanya parti yang ada gagasan, dasar-dasar terperinci dan wawasan akan mampu membawa perubahan pada rakyat dan negara. Kemenangan di Hulu Selangor, juga kata beliau akan menghantar isyarat kepada dunia yang kerajaan Barisan Nasional mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia berbanding parti pembangkang yang hanya tahu berpolitik setiap masa dengan menghina dan memfitnah orang lain. "Fitnah terbaru, mereka kata saya akan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Saya tak ada masa untuk berdebat dengan dia kerana saya kena menjaga kesejahteraan rakyat dan negara," katanya pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan

Nik Aziz didesak dedah senarai penerima balak di Kelantan

KOTA BHARU 24 April – Badan Perhubungan UMNO Kelantan mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi penjelasan sebenar berhubung pemberian habuan balak dan hutan simpan sepanjang beliau menerajui kerajaan. Ketua Penerangannya, Dali Hussin berkata, bukanlah suatu yang mengejutkan apabila isu balak itu didedahkan oleh blogger dengan paparan sebilangan dokumen sebagai bukti berhubung isu tersebut. "Nik Abdul Aziz mungkin tidak tahu apa yang berlaku dan tidak mahu ambil tahu selain berceramah sedangkan ia bukan suatu persoalan kecil biarpun yang dianggap menyerang kepimpinannya hanyalah seorang blogger. "Blogger itu adalah seorang anak Kelantan dan dia berhak ambil peduli terhadap apa-apa kepincangan yang diketahuinya berlaku berterusan kerana ia tidak menguntungkan Pas, rakyat dan negeri. "Soal ini dikaitkan dengan sebahagian daripada moral dan barisan kepimpinan negeri, tanggungjawab dan amanah yang dipegang oleh mereka dan sejauh ma

UNDI BN : Bukti transformasi minda rakyat

Esok adalah hari penentu bagi Pengundi khususnya rakyat di Hulu Selangor untuk memilih Wakil mereka di Parlimen sekaligus wakil untuk pembangunan kawasan setempat. Ilmu khusus kepada setiap pengundi, mungkin tidak ada. Namun sebagai pengundi, kita harus tahu wakil yang mana yang mampu membawa perubahan atau perubahan kepada kawasan kita. Perkiraan ilmunya amat mudah. Bagi memastikan perubahan dan kemajuan terus sampai ke kawasan kita, wakil yang bakal kita pilih mestilah dari Parti yang mendapat mandat di Peringkat Pusat iaitu Barisan Nasional. Inilah synchronisasi yang terbaik kerana pastilah akan ada hubungan baik antara Hulu selangor dan Kerajaan Pusat. Hikmah berlakunya pilihanraya kecil ini memang tidak dinafikan. PRK ini telah menarik perhatian semua pemimpin untuk melihat Hulu Selangor secara dekat. Peluang inilah yang disebutkan 'hikmah'. Rakyat dapat mendekati pemimpin dari sekecil-kecil pemimpin sehinggalah kepada mereka yang bertaraf Menteri

Ezam punyai lebih banyak bukti

KUALA LUMPUR 23 April - Lebih banyak bukti baru akan didedahkan tidak lama lagi yang mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, tindakan itu akan dibuat jika Anwar masih mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menjawab segala pendedahannya sebelum ini. ''Baru-baru ini saya telah mendedahkan hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz yang merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam. ''Saya telah berikan tempoh seminggu kepada beliau untuk menjawab dan membuat penafian. ''Sekiranya tiada jawapan saya akan terus mendedahkan bukti-bukti baru supaya rakyat mengetahui bahawa beliau ialah 'boneka Israel' dan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kelmarin, E

Selamatkan Malaysia daripada Anwar - Muhyiddin

HULU SELANGOR 23 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, slogan 'Selamatkan Malaysia' yang dilaung-laungkan pembangkang sepatutnya ditukar kepada 'Selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim' kerana ketua pembangkang itu terlalu banyak melakukan fitnah dan pembohongan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Anwar menuduh rakyat zalim dan tidak adil hanya semata-mata kerana beliau (Anwar) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat. Katanya, kes itu tidak melibatkan kerajaan kerana merupakan kes peribadi antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan dan dibicarakan selepas bekas pembantunya itu membuat laporan polis. ''Apakah itu salah kerajaan? Apakah itu menunjukkan kita zalim sehingga dia pergi ke seluruh dunia dan buat cerita bukan-bukan termasuk kepada ahli Parlimen Australia," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Taman Sentosa, di sini, malam ini. Timbalan

Najib Mahu Hulu Selangor Sertai Arus Transformasi Negara Dengan Memilih Calon BN

HULU SELANGOR, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penduduk di Hulu Selangor membuat perubahan pada 25 April ini bagi menyertai arus utama perubahan dan transformasi yang melanda negara ketika ini. Beliau berkata Selangor merupakan sebuah negeri yang penting dan mahu perubahan pertama di Selangor dilakukan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). "Saya mahu penduduk Hulu Selangor membuat perubahan besar 25 April ini. Saya mahu negara kita maju. Saya mahu masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bekerja sebagai 1Malaysia. Kita akan bekerja sebagai 1Malaysia untuk teruskan transformasi Malaysia," katanya dalam ucapan ringkas ketika bertemu dengan penduduk di Hulu Yam Barat di sini. Najib mengadakan pertemuan dengan penduduk Hulu Yam di restoran Weng Heng yang terletak di persimpangan utama pekan Hulu Yam Lama. Pilihan raya kecil itu menyaksika

Zaid 'kaki lompat' - Dr. Mahathir

HULU SELANGOR 22 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai 'kaki lompat' yang perlu ditolak oleh pengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Menurut beliau, semua pihak mengetahui Zaid mempunyai sejarah bermula dengan dilantik menjadi menteri sebelum melompat menyertai PKR dan kemudiannya 'melompat' ke Hulu Selangor dari Kelantan. Lebih-lebih lagi tegas beliau, Zaid mewakili pakatan pembangkang yang bukannya merupakan sebuah parti yang baik untuk memperjuangkan nasib rakyat. Beliau berkata, dari segi bahasa perkataan pakatan itu sendiri membawa konotasi negatif seperti berpakat untuk membuat kejahatan dan ia dibuktikan oleh perjuangan pembangkang yang sekadar mahu merampas kuasa dan bukannya ikhlas untuk memerintah. "Calon Barisan Nasional (BN) di sini cukup pandai bercakap, fasih pula berbahasa Melayu, inilah calon yang baik tetapi sebaik manapun calon itu, kala

Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All

KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For Al l yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All . Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya. "Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu. "Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini. Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ker

Tun Mahathir Minta Pengundi Hulu Selangor Pilih BN

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon Barisan Nasional (BN). Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di sini. "Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah. Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu. "Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya. Bercakap mengenai calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata b

PKR semakin parah : Ketua, Setiausaha Pemuda PKR Kelantan Keluar Parti

BEKAS Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad (dua kiri) dan setiausahanya, Ezry Zainal Abidin (dua kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapha Mohamed di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, 22 April. HULU SELANGOR: Menjelang tiga hari sebelum proses pembuangan undi di Hulu Selangor dijalankan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar moralnya apabila semakin ramai ahli dan pemimpin meninggalkan parti itu. Hari ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan Setiausahanya, Ezri Zainal Abidin masing-masing mengisyhtiharkan keluar parti serta merta dan menjadi ahli Umno. "Kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Pusat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Selain itu kami sebagai anak Kelantan juga telah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) serta barisan kepimpinannya di Kelantan," katanya pada sidang akhbar di

Ezam akan serah bukti kaitan Anwar dengan Yahudi

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi. Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok. Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut. Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

Anwar terdesak rakan AS sedar beliau talam dua muka: Najib

BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila rakannya di Amerika Syarikat (AS) mula sedar beliau adalah pemimpin talam dua muka. Perdana Menteri berkata, kenyataan Anwar berhubung isu Apco menyedarkan mereka yang Anwar tidak berpegang kepada prinsip sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan politik. "Dia (Anwar) ini suka perlekeh AS maka dia ditempelak balik sebab kawan-kawan dia lihat dia pemimpin talam dua muka. Kerana selama ini banyak pemimpin AS termasuk yang keturunan Yahudi menjadi kawan baik dia. "Tetapi sekarang ini dia bawa balik cerita Apco ada kaitan Yahudi. Jadi mereka kata, apa pulak nak jadikan ini isu, ini tidak benar sama sekali, maka dia (Anwar) dah rugi di AS. "Kenapa? Boleh jadi nak sangat menang di Hulu Selangor. Kerana nak menang, dia cakap apa yang orang sini boleh terima untuk dapat keuntungan politik walaupun rugi di sana (AS). "Ini jelas terbukti sekali lagi mainan

"Saya Keluar PKR Kerana Parti Itu Timbulkan Rasa Cemas Keatas Orang Melayu" - Dr Halili

HULU SELANGOR: Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat menegaskan, antara sebab utama mengapa beliau meninggalkan parti itu kerana mendapati PKR menimbulkan 'rasa cemas' di kalangan orang Melayu. Beliau berkata, PKR sudah tersasar daripada perjuangan asalnya dan kini lebih mementingkan kuasa. "Secara amnya sebab saya meninggalkan PKR kerana saya sudah tidak kenal lagi parti itu. "Ramai antara mereka hanya sibuk mencari kuasa, gila kuasa sampai terlupa tujuan asalnya (penubuhan)," kata beliau ketika berucap pada ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Taman Sri Liam, Ulu Yam Baharu, di sini semalam. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga pengarah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor; Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon BN P.Kalamanathan.

Orang semakin sedar siapa Anwar

KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau. Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya. "Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR. "Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr.