Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Demi 1 MALAYSIA : UNESCO diminta kaji sistem pendidikan Malaysia

Berita Lain : Pakej lebih baik PPSMI >>>lagi

PM sifatkan debat tidak bawa faedah

‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya. >>>lagi

Manek Urai – Rakyat Perlu Mendermakah?

Perlu bijak urus pengetahuan - PM

Ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, katanya. >>>lagi

Petang bermakna bagi penuntut baru UiTM

Pas cuba tutup pembohongan - Muhyiddin

Tambahnya, UMNO yang wujud lebih awal daripada Pas meletakkan Islam di depan dengan memasukkan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama yang diperjuangkan dan syiarnya ditinggikan. >>>lagi

Tiada 'cah keting' di Manek Urai - TPM

"Mungkin di peringkat Pas ada tetapi kita tidak ada. Tetapi itu soal dia, kita tidak campur, pada masa sekarang kita perlu kerja keras. Jangan fikir mudah untuk menang," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai di Pusat Operasi BN di sini hari ini. >>>lagi

Isu Kotak Ezam : Kenapa mesti tanya Anwar?

1. Saya ada terbaca mstar online dan salah satu berita yang dipaparkan ialah 'Kemunculan sulung Ezam di PJS : Disambut 'meriah' kawan dan lawan". 2. Ezam sewaktu dipecat UMNO dulu, merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO di situ. Sewaktu mula memegang jawatan itu, Ezam adalah merupakan Timbalan Ketua Bahagian termuda iaitu pada usia 29 tahun. 3. Apabila DSAI dipecat, Ezam mengikut DSAI kerana Ezam adalah Setiausaha Politik DSAI di Kementerian Kewangan. 4. Berbalik kepada cerita kotak ni, ianya mula disebarkan Ezam di dalam ceramahnya pada bulan Ogos 1999 di Pasir Salak. >>>lagi

Terkini : Tuan Aziz Tuan Mat calon BN di Manek Urai

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi. >>>lagi

Keterlanjuran Nik Aziz : 'Minta ampun kepada Tuhan'

"Itu adalah tuduhan daripada seorang Islam kepada Islam yang lain dan ia adalah amat berdosa. Sama ada berdosa kecil atau berdosa besar, itu kita serah kepada Nik Aziz sendiri menilainya. Sebagai seorang ulama, mesti dia lebih tahu," ujarnya. "Jangan hukum kita. Pas pun pernah kata UMNO ini kafir, tapi tak tahulah siapa yang kafir, siapa yang Islam. Bagi saya, dia bukan merapu tetapi lebih daripada merapu dan agaknya Pas sudah lari daripada perjuangan Islam yang diperkatakan diperjuangkan parti itu," katanya. >>>lagi

Perlu kerja kuat di Manek Urai - PM

''Apa yang penting sekali kita dapat menyampaikan mesej kepada pengundi kita bahawa BN ikhlas untuk membela masa depan mereka," katanya. ''Kita juga akan meletakkan bakal wakil rakyat yang boleh memberi khidmat bakti kepada orang ramai di Manek Urai,'' tambahnya. >>>lagi

1Malaysia semakin diterima - PM

"Ini bererti kalau kita ada satu ikatan seperti ini, satu ikatan yang kukuh dan teguh, berlainan daripada ibarat kita ini seperti 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing', bererti kita bergerak secara bersendirian," ujar beliau. "Inilah asas yang paling penting sekali, tidak ada gunanya jika kita ada ramai bijak pandai, tidak ada gunanya hasil mahsul dari bumi Malaysia, tidak ada gunanya kita ada teknologi yang paling tinggi tetapi segala-galanya tidak berpaksi kepada kesatuan dan perpaduan," katanya. >>>lagi

Desak minta maaf - Ahmad Maslan

"Saya berharap orang Melayu sedar tindak-tanduk yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bukan sahaja menolak kerajaan perpaduan tetapi mencetuskan tindakan yang melampau," tegas beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. >>>lagi

Malaysia negara Islam Moden, Progresif & Maju - Obama hubungi Najib

Najib Tun Razak sedang berbual dengan Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur malam tadi. Katanya, Malaysia turut dipuji kerana pada masa yang sama sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai. Obama turut memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju. >>>lagi

Hanya terbaik dibantu - PM

"Jadi selepas itu kita gaduh kenapa tak capai sasaran 30 peratus. Kenapa? Kerana ketirisan yang cukup besar. Ia bukan sebab pembahagian kontrak. Perangkaan pembahagian sudah cantik tetapi pelaksanaan kontrak itu," katanya. >>>lagi

Nik Aziz makin keterlaluan – Mustapa

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam. “UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia. >>>lagi

DPM: Recovery is our priority

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Government was working hard to ensure Malaysia would come out of the global economic crisis faster than other developing nations. >>>more

Keluar kemelut ekonomi lebih awal - TPM

MUHYIDDIN bersama Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn (dari kanan); Dr Zambry; Speaker DUN Perak, Datuk R Ganesan; Penasihat Menteri Besar, Datuk S Veerasingam; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Datuk Bandar Ipoh; Datuk Roshidi Hashim di sebuah kedai kopi di sekitar kawasan Little India, di Ipoh, semalam. ''Kita harap dapat keluar daripada kemelut ekonomi lebih awal berbanding negara rantau ini dan negara maju lain. Banyak negara dunia termasuk Eropah dan negara jiran, Singapura terjejas teruk akibat kemelut ekonomi ini. Menurut Muhyiddin, pakej rangsangan ekonomi negara yang diumumkan kerajaan berjumlah RM67 bilion harus dipastikan memberi tumpuan kepada pelaksanaan ke arah mengukuhkan keadaan sosio ekonomi rakyat dan aspek pembangunan negara. >>>lagi

Melayu boleh hilang kuasa- Hishammuddin

Orang Melayu diingatkan kuasa mereka akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sangat bimbang dengan kelewatan orang Melayu untuk bangkit dan menyedari hakikat bahawa kuasa mereka boleh hilang bila-bila masa. >>>lagi

Rencana : Konsep kerajaan perpaduan tidak akan berkubur

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri adalah satu-satunya agenda besar untuk mencapai perpaduan nasional melalui 'penyatuan dalam kepelbagaian.' >>>lagi

Kolokium 1 MALAYSIA : Halatuju ekonomi bumiputera

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dengan kerjasama Utusan Malaysia yang menjadi media rasmi menganjurkan Kolokium 1 Malaysia yang bertemakan ‘Hala Tuju Ekonomi Bumiputera’. Ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan bagaimanakah kedudukan ekonomi bumiputera melalui konsep tersebut. >>>lagi

BN umum calon Manek Urai Ahad - Najib

Contohi parti Cina - Mufti Perak

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. >>>lagi

Lima cadangan mantapkan Baitulmal - PM

DPM: Barisan will win over people’s trust

“But given time and initiatives that we have taken to strengthen the party, people will see that we are a serious Government. Hopefully, we will regain the lost ground and strengthen what we have had for the last 52 years,” he added when commenting on Pakatan Rakyat’s decision to reject the formation of a unity government. >>>more

Khazanah, Boustead maju taman tema pendidikan

Kecewa kerajaan perpaduan ditolak

“Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas. “Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” Dato' Ibrahim Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. >>>lagi

Rakyat boleh nilai pembangkang - TPM

Rakyat boleh menilai sendiri pendirian pakatan pembangkang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara berikutan penolakan idea penubuhan kerajaan perpaduan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Secara umum, masyarakat boleh menilai sendiri kerana saranan itu datang dari mereka (pakatan pembangkang). >>>lagi

TPM minta diplomat tarik pelabur

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu para diplomat Malaysia terus gigih berusaha mencari pasaran baru bagi mempromosi barangan dan perkhidmatan tempatan untuk menarik pelabur asing ke negara ini. Muhyiddin memberitahu, sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pelajaran, pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan mampu membawa pulangan besar sekali gus bertahan semasa krisis seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. >>>lagi

Unit khas kendali jenayah luar sempadan negara - Hishamuddin

Agama : Ulama guna wadah politik sebagai jalan perjuangan perlu fahami mereka umpama khadam, bukan tuan

Ulama yang ikhlas memperjuangkan Islam dalam arena politik hendaklah memiliki sensitiviti jiwa yang halus, sentiasa memperbaharui niat dan menilai strategi dijalankan, bukan untuk keuntungan partinya semata-mata, bahkan hendaklah melihat daripada sudut lebih luas dan terbuka serta menerima pandangan parti lain demi kepentingan agama. >>>lagi

Konspirasi media baru: PM

Pas tunduk kepada tekanan – Shafie

“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut. >>>lagi

BN tetap teguh – Najib

“Tidak timbul (isu) kerajaan BN lemah sebab pelawaan itu (cadangan kerajaan perpaduan) datang daripada Pas dahulu. “Maknanya kalau tidak ada kerajaan perpaduan ke, apa benda pun, kerajaan kita (BN) masih kukuh dan mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang kita gariskan,” katanya. >>>lagi

Kesihatan 1 MALAYSIA : Patuhi langkah kesihatan elak H1N1 - Perdana Menteri

''Kita ambil berat penyakit ini. Ia mudah merebak kerana penyebarannya boleh berlaku secara mengejut, justeru kita mesti menghindarkan apa yang telah dinasihati untuk mengelak perkara yang lebih buruk berlaku," katanya. >>>lagi

1 MALAYSIA : Kerajaan belum putus naik syarat ekuiti pegangan bumiputera - PM

TAK NAK ALONG : Perangi ah long - Hishammuddin

''Mana ada manusia yang tergamak meletakkan bunga dan faedah begitu besar berganda-ganda dan selepas itu ugut keluarga dan sanak-saudara peminjam. Saya tidak faham hendak buat duit pun janganlah secara itu. Apa sudah jadi dengan budaya kita,'' soalnya. >>>lagi

Program ECEC pelaburan terbaik - Rosmah

Rencana : Misi Hishammuddin di Terengganu

Kalau kawanku adalah 'Syaitan'...aku tetap tolak kebaikan

Fahami katun ini : Bagaimana seorang adik telah menfitnah abangnya demi menyelamatkan dirinya. Samalah seperti yang saya ceritakan tentang Anwar (inilah yang berlaku dalam tahun 1998)..ertinya dia memang buat tetapi ilmu hasutannya yang hebat, maka dia telah menjadi 'hero' dan melompat keseronokan...Wallahualam. 1. Dari berkawan dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan 'syaitan' dan bila 'syaitan' menjadi kawanku sudah tentu aku tolak semua kebaikan dan memilih kejahatan yang boleh menyesatkan rakyat serta memecah-belahkan perpaduan. 2. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil keputusan Pakatan Pembangkang yang diikuti oleh Pas. 3. Mana tidaknya, tokey mereka (Ketua Pembangkang) adalah seorang yang cukup hebat ilmu hasutannya. >>>lagi

Kerajaan Perpaduan : Dah agak dah...

1. Pengumuman yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang mengenai Kerajaan Perpaduan sememangnya telah dijangkakan. 2. Barisan yang duduk di kerusi yang bermesyuarat itu semuanya tidak boleh dipercayai sama sekali. 3. Walaupun sedih, namun penulis bersyukur kerana BN sekarang lebih bebas meneruskan usaha membantu dan menyatu-padukan 1 MALAYSIA mengikut agenda yang telah dirancang sebelum ini. >>>lagi

Rencana : UMNO perlu 'dakwah' Pas untuk kestabilan

Apa yang penulis maksudkan ialah jika demi kepentingan rakyat dan negara, maka UMNO juga perlu ada inisiatif merealisasikan kerjasama dengan Pas. UMNO perlu menjalankan 'dakwah' ke atas Pas agar sekurang-kurangnya Pas boleh mengatur langkah untuk meninggalkan pentas pakatan pembangkang jika benar-benar ikhlas dengan niatnya. >>>lagi

Forum : Orang Melayu sudah bosan

Sudah sampai masanya kita semua Melayu sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang duduk semeja membincangkan masalah-masalah mereka. Tidak kira dari segi masalah sosial, ekonomi, sahsiah atau kerohanian. Kalau kita terus bermain politik, saya bimbang anak-anak cucu Melayu kita di masa depan akan terus tenggelam dalam dunia khayalan. Silap-silap orang Melayu negara kita akan menimpa nasib yang sama seperti nasib Melayu Singapura. >>>lagi

Sarawak contoh amal 1Malaysia - PM

"Rakyat Sarawak adalah contoh apa yang saya maksudkan dengan ‘Perpaduan Melalui Kepelbagaian’, seperti yang mereka sama-sama hormati budaya dan perayaan kumpulan etnik mereka yang pelbagai," katanya dalam posting terbaru melalui blognya www.1Malaysia.com.my. >>>lagi

Ekonomi 1 MALAYSIA : Sektor perkhidmatan diperkasa - PM

"Peratusan sektor perkhidmatan akan ditingkatkan kepada 70 peratus dan ia akan menjadi lambang kemajuan negara pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada upacara pecah tanah Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas di sini hari ini. >>>lagi

Najib arah PBT keluarkan banyak lesen, jangan tekan peniaga kecil

"Saya harap PBT jangan beri tekanan yang tidak patut kepada para peniaga dan penjaja atau menyebabkan amalan tidak sihat. Jangan sekat jalan, ini menyebabkan orang ramai susah hendak datang, saya tidak mahu perbuatan seperti ini. "Bantulah mereka, bagi lesen secepat mungkin. Kita sebagai kakitangan kerajaan atau ahli politik patut memegang amanah yang diberi kepada kita," katanya. >>>lagi

Mulakan lembaran baru Pas-UMNO - TPM

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan. >>>lagi

TV Islam diwujudkan

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam hari ini bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. >>>lagi

Anak Bapak : Anak Raja Petra tukar pengakuan

Pada 19 Mei lalu, Raja Azman dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan. Anak kedua editor laman web Malaysia Today , Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah. Inilah yang dikatakan 'anak bapak'. Berani buat tetapi tidak berani tanggung. Ilmu bapaknya baru saja diturunkan kepadanya kerana sebelum ini, dia telahpun mengaku bersalah namun sekarang menukar pengakuan kepada tidak bersalah. Yang penting lepas ni, wang jaminan akan disediakan untuk membolehkan 'anak bapak' ini 'mengikut' jejak bapaknya...lari. Kesian kepada Raja Azman ini, bapanya (Raja Petra) terlalu komited dengan penulisan 'menjaga tepi kain orang' sehinggakan anak dipersiakan. >>>lagi Utusan Malaysia

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan : Pindaan Perlembagaan – Peringkat Proses Dapatan Input

Datuk Seri Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berharap supaya melalui pindaan perlembagaan ini ia akan dapat mengurangkan jurang di antara pucuk pimpinan dan akar umbi di samping dapat memperjelaskan perjuangan parti UMNO sebagai sebuah parti yang dekat dengan rakyat. >>>lagi

Sesuatu yang baik wajib dilakukan - PM

''Saya tak tau apa di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik (Abdul) Aziz sebab pada kita, sesuatu yang mendatangkan kebaikan, adalah satu yang harus diusahakan... malah lebih pada harus, kita wajib untuk membuat perkara-perkara yang baik. >>>lagi

Jangan letak terlalu banyak syarat - Hishamuddin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak. >>>lagi

Pendidikan Malaysia dikagumi - TPM

Rencana : Pendirian terbaru Pas perkukuh kuasa Melayu

Fikirkan & Isytiqhorohlah : 1. Hadi dan rakannya dalam Pas yang kelihatan begitu beriya-iya mengetengahkan idea kerajaan perpaduan ini dipercayai mewakili golongan yang masih meyakini konsep politik perkongsian kuasa itu. 2. Pas memang percaya kepada perkongsian kuasa dan mereka sekarang sedang berkongsinya dengan PKR & DAP. 3. Apakah tindakan Hadi dan rakannya merupakan 'Gerakan ALLAH' yang kita semua (kaum Muslimin & Muslimat sekelian) percaya akan KekuasaanNya. 4. Kenapa tidak ada yang berani bersuara (di kalangan Pas), untuk mengingatkan mereka (Nik Aziz, Haji Hadi & Nasharuddin), bahawa kemungkinan ALLAH yang membuka pintu hati Haji Hadi untuk melakukan 'hijrah besar' demi kebaikan ummah. 5. Sekiranya hasrat Hadi ini berlaku dan terlaksana (InsyaALLAH), Pas tetap mengamalkan konsep kongsi kuasa cuma rakan kongsinya kali ini adalah Pertubuhan Melayu yang terbesar di Malaysia iaitu UMNO. >>>berita penuh Berita Harian

Nizar Al-DhAP lebih besar punya pembohong

1. Membaca komen Nizar yang mengatakan Menteri Dalam Negeri 'bohong besar' kerana menyatakan penglibatan Polis adalah mengikut undang-undang. 2. Yang kelakaunye, Nizar Al-DhAP ni lagi 'besar punya pembohong' apabila mengatakan tindakannya terpekik, terlolong kerana disampuk syaitan DAP sebagai spontan. 3. Besar punya spontan, siap ambil kain lilit, ikat kat songkok dan lepas tu melolong...ini yang dikatakan spontan? 4. Kalau benarlah ianya spontan, Alhamdulillah Syukur kerana Nizar tidak disampuk tetapi jika ianya benar-benar dirancang, maka celakalah dan azabkanlah si pembohong besar ini (Nizar) dengan sebesar-besar bala dan musibah kerana menipu 1 MALAYSIA. 5. Penulis dah terlalu getik dengan wayang Nizar Al-DhAP ni dan berharap dengan terbacanya ayat di perkara 4 diatas, semoga ALLAH membuka pintu hati Nizar untuk kembali sujud dengan penuh qusyuk dan tawadduk memohon keampunan ALLAH kerana memecah-belahkan 1 MALAYSIA. 6. Bersaksikan gambar-gambar di atas dan juga AL

PKR & DAP adalah syaitan

1. Sejarah telah membuktikan apabila Melayu (UMNO & Pas) bersatu, hak rakyat dari etnik yang lain tidak pernah diabaikan. 2. Yang akan berubah hanyalah 1 MALAYSIA yang semakin kuat dan ampuh serta tidak dapat dimanipulasikan oleh pengkhianat dan pendengki Negara. 3. Apabila Nik Aziz bersungguh-sungguh menolak idea cetusan Presiden Pas, suatu kenyataan yang patut diterima adalah Nik Aziz sudah terlalu ego dan tidak mahu bersama untuk Perpaduan Ummah. >>>lagi

Integrasi antara wilayah selari dengan 1Malaysia - PM

Kekuatan 1Malaysia rentasi antarabangsa - PM

SPM: 10 mata pelajaran kekal - TPM

MUHYIDDIN Yassin bertemu dengan Menteri Pelajaran New Zealand, Anne Tolley di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

‘Perpecahan Melayu teruk’ - Mufti Perak

Panas : Nik Aziz gelar Nasharuddin 'sampah'

1. Hairan juga bila mendengar kenyataan Nik Aziz berhubung hasrat Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin. 2. Cara penyampaian Nik Aziz jelas menggambarkan betapa dia tidak mahu Perpaduan PAS dan UMNO (Melayu & Islam) berlaku. 3. Jika kita fikirkan dan lihat 'sedalam-dalamnya' kedua-dua orang kuat PAS ini, tiada perbezaan yang ketara kecuali perbezaan usia iaitu tua dan muda. 4. Hasrat menyatukan PAS dan UMNO oleh peminpin muda ini jelas mendapat halangan keras orang lama (tua) PAS ini. 5. Apakah faktor usia yang membuatkan Nik Aziz seolah-olah tidak boleh menerima idea orang muda ataupun kemungkinan Nik Aziz semakin 'alpa' dengan kuasa yang dipegangnya ataupun mungkin dah nyanyuk...Wallahualam. 6. Nik Aziz telah lebih 19 tahun menjadi MB Kelantan. Kalau dulu (1999) Nik Aziz pernah berkata, jika PAS memerintah, setiap wakil rakyat hanya dibenarkan memegang jawatan untuk 2 penggal sahaja. 7. Maknanya, cakap Nik Aziz pun bukannya betul sangat. Kata orang Kelantan kec