Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, November 30, 2009

Nik Aziz guna agama untuk politik: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Niat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan adalah kesalahan besar daripada segi agama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai tokoh agama sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang seagama dan sebangsa dengannya.

"Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama.

"Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

Terdahulu Muhyiddin berucap merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap Nik Abdul Aziz itu tidak mencerminkan ketokohan agama seperti yang selama ini diuar-uarkan mengenai pemimpin itu.

"Saya tidak pernah mendengar dalam sejarah hidup saya... (ada orang) buat doa jahanamkan manusia lebih-lebih lagi seagama dan sebangsa. Saya fikir (doa itu) suatu yang menyalahi tuntutan agama. Saya tidak tahu apa hukumnya. Mungkin orang agama tahu," katanya.

Beliau berkata sudah menjadi lumrah pemimpin Pas menggunakan agama untuk kepentingan politik dan dalam hal ini, rakyat harus sedar mengenai parti yang menggunakan agama serta menyeleweng daripada ajaran agama Islam. - Berita Harian

Najib Musykil Dengan 'Doa' Nik Aziz

PORT OF SPAIN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Perdana Menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

"Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya," kata beliau yang berada di Port of Spain untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir Ahad.

Menurut Perdana Menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

"Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas," kata Najib.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun hadapan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Menyentuh krisis dalaman MCA, Najib berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan. Saya telah pun menyerahkannya kepada timbalan saya Tan Sri Muhyiddin Yassin (untuk menyelesaikan masalah itu)," katanya.

"Jika tidak, saya mungkin perlu bercakap dengan kumpulan (yang berbalah) itu," kata Najib. - Mstar Online

Enggan dedah identiti Kolonel Mat makan diri

KOK LANAS: Keengganan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendedahkan identiti sebenar orang yang dikenali dengan Kolonel Mat, akan memakan dirinya sendiri, selain memberi kesan kepada pentadbiran Pas Kelantan dan parti itu.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa, berkata Nik Aziz harus berani membuat pendedahan siapa sebenarnya Kolonel Mat itu bagi membersihkan namanya selain nama pihak lain yang turut dihubungkaitkan dengan pelbagai kemelut dalam kerajaan negeri atau Pas sebelum ini.

Katanya, tindakan Mursyidul Am Pas itu untuk terus menyembunyikan identiti Kolonel Mat dilihat tidak profesional kerana ia bukan saja memberi kesan kepada diri dan kerjaya politik beliau, malah akan juga memberi kesan kepada ahli Pas.

"Nik Aziz harus berani untuk mendedahkan identiti sebenar Kolonel Mat kerana ada pihak nanti akan membuat tuduhan terhadap beliau dengan mengatakan kenyataannya itu tidak berasas.

"Jadi elok sangat Nik Aziz mendedahkan identiti itu (Kolonel Mat), apakah orang itu pihak Pas sendiri atau benar membabitkan orang Umno. Dari nada suara Menteri Besar itu, ia menunjukkan wujud satu konspirasi yang besar (untuk menjatuhkannya)," katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidiladha Warga Petani Kada di Dataran Warisan Kada, Kok Lanas, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai Kolonel Mat, individu yang disebut sebagai dalang yang berusaha untuk menjatuhkan Nik Aziz dan Pas di Kelantan.

Jumaat lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata, Kolonel Mat adalah dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkannya, namun tidak mendedahkan nama sebenar individu itu. - Berita Harian

Tiba masa Nik Aziz bersara

Oleh NIZAM HAMID dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
utusankedah@utusan.com.my


LANGKAWI 29 Nov. - Kenyataan- kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau seperti sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut turut menyebabkan Mursyidul Am Pas itu kini dilihat begitu berbeza dengan pemimpin lain parti tersebut termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Malah katanya, doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz pada khutbah solat Jumaat di Kota Bharu kelmarin membuktikan hakikat tersebut.

''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.

Mengulas doa yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan itu kelmarin, beliau berkata, ia bukan kali pertama dilakunya.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga telah membuat doa yang sama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Bagan Pinang sebelum ini dengan meminta Perdana Menteri termasuk beliau sendiri 'pergi jahanam' dan dianggap sebagai orang jahat.

Ahmad Zahid berkata, doa-doa yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz itu juga boleh dilihat dalam laman You Tube

''Kelmarin sekali lagi dia membuat doa yang sama di Kota Bharu.

''Saya fikir tidak ada gunanya beliau membuat doa seperti itu kerana ia akan menyusahkan pemimpin Pas yang lain," katanya.

Sebab itulah katanya, Nik Abdul Aziz berbeza pendapat dengan pemimpin Pas yang lain.

Tambah beliau, mungkin sudah tiba masanya Nik Abdul Aziz bersara daripada politik sebelum beliau mengeluarkan lebih banyak doa yang tidak sepatutnya. - Utusan

Dakwaan Nik Aziz diragui


Datuk Harun Taib


  • Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berasa pelik dan tercari-cari akan kewujudan ‘Kolonel Mat’ yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  • Hanya Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama ‘Kolonel Mat’.
  • Kata Harun, para pemimpin Pas lain juga tidak mengenali siapa sebenarnya ‘Kolonel Mat’.
  • Nik Abdul Aziz pula enggan mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ walaupun ketika diasak oleh pihak media.
  • Ketika ditanya dan diasak oleh pemberita Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Cukuplah... cukup-cukup."
  • KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu.

    Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, mungkin Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama Kolonel Mat itu.

    Malah beliau turut yakin, para pemimpin lain parti Pas juga tidak mengenali siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

    “Saya rasa hanya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) seorang saja yang tahu dan kenal siapa sebenarnya Kolonel Mat, kalau tanya saya siapa dia (Kolonet Mat) saya memang tak tahu.

    “Malah, saya rasa pemimpin Pas lain juga tak kenal atau tahu siapa Kolonel Mat ini, hanya Tok Guru saja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Harun ditanya siapa sebenarnya Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz yang didakwa bertindak sebagai dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Mursyidul Am Pas itu.

    Ditanya mengenai kesahihan wujud konspirasi menjatuhkan Nik Abdul Aziz, Harun hanya menjawab: “Itu saya tidak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya.’’ - Utusan

    Sunday, November 29, 2009

    Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam

    KOTA BAHARU, 29 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

    Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

    Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

    "Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

    "Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

    Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. -- BERNAMA

    Anwar gugat Pas?

    PENDEDAHAN Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa perjalanan parti itu tidak seimbang dan bergegar sepanjang masa kerana wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan, mengundang persoalan besar.

    Menurut Nasruddin, disebabkan wujud suara luar, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan parti berkurangan selain trend menghentam secara terbuka. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri.

    Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat,” katanya menerusi blog yang turut disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin.

    Awang melihat kenyataan Nasruddin cukup berani dalam mengakui masalah dalaman parti itu yang kemelutnya kian merumitkan.

    Persoalannya pengaruh atau suara luar manakah yang dimaksudkan? Ia terserah kepada tafsiran tetapi beberapa pemimpin Pas mengaitkannya dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

    Sudah banyak kali Awang menulis termasuk dalam ruangan ini tentang bagaimana pengaruh Anwar meresap ke dalam Pas sehingga parti itu terpecah dua. Satu kumpulan terdiri daripada pemimpin yang menyokong dan berkongsi aspirasi Anwar, yang dirujuk sebagai Erdogan. Tidak perlu disebut nama, semua ahli Pas tahu siapa mereka. Satu kumpulan lagi menyokong arus perdana yang diterajui sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

    Kekalahan Hadi bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu dan tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu pimpinan beliau, menjadikan golongan itu lebih berpengaruh.

    Yang pasti hari demi hari, bibit-bibit perpecahan Pas makin ketara. Semua ini berlaku sejak parti tersebut mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP. Atas percaturan politik mengikut strategi Anwar, golongan Erdogan berjaya mempengaruhi Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat agar lebih akur kepada kedua-dua parti dalam pakatan itu.

    Belum pernah dalam sejarah, elemen parti lain meresap sebegitu hebat ke dalam Pas. Akibatnya, imej dan kekuatan tersendiri Pas yang bertahan bertahun-tahun lamanya, tergugat. Golongan Erdogan tidak lagi meletakkan kepentingan parti itu di puncak kerana lebih teruja dengan agenda menempatkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa. Paling menghairankan, mereka tiada keyakinan kepada pemimpin Pas untuk memerintah kerajaan pusat.

    Pada seminar khas Pas baru-baru ini, ada perwakilan menegur Harakah kerana lebih menonjol memberikan liputan kepada Anwar berbanding pemimpin Pas. Malah kedengaran cakap-cakap bahawa organ media Pas itu turut menerima bantuan kewangan daripada PKR.

    Pada Awang, kesilapan terbesar Pas ialah membiarkan pengaruh Anwar merebak ke dalam parti itu. Tetapi belum terlewat untuk Hadi bingkas tegas mempertahankan keutuhan dan kewibawaan Pas. Kumpulan Erdogan perlu dineutralkan jika pun tidak dapat dibersihkan sama sekali. Awang lega kerana para penyokong Hadi sudah berani bertindak untuk menyelamatkan parti itu daripada musuh sebenar, yang berada di depan mata dan di dalam selimut yang sama. - Utusan

    Saturday, November 28, 2009

    2 tahun tempoh kritikal bagi BN : Gerak kerja berkesan perlu untuk kembalikan semula sokongan: Muhyiddin

    KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dua tahun akan datang sebagai tempoh kritikal bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

    Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan semua parti komponen BN supaya menggunakan tempoh kira-kira 730 hari itu untuk melaksanakan perubahan seiring kehendak rakyat.

    Katanya, tempoh dua tahun itu adalah jangka masa yang pendek dan akan berlalu dengan pantas, justeru, mesti dipenuhi dengan gerak kerja yang perlu untuk membantu rakyat dengan memberi tumpuan kepada bidang yang mesti didahulukan.

    Bercakap kepada Berita Harian berhubung isu, permasalahan dan penyelesaian yang perlu dihadapi BN dan Umno, beliau yang juga Ketua Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata: "Dua tahun ini saya fikir tempoh yang kritikal. Masa tidak panjang kerana masa berlalu cepat dan kita nak pastikan dalam tempoh itu sudah ada perubahan.

    "Dalam tempoh itu juga rakyat sudah boleh menilai ada kewajaran untuk memberikan sokongan dan kepercayaan pada BN atau tidak."

    Beliau berkata, bagi ibu kota, kerajaan mesti menyegerakan tindakan yang mampu meningkatkan lagi keselesaan dan taraf hidup warga kota selain menyelesaikan isu berkaitan Projek Perumahan Rakyat (PPR), pemindahan penduduk setinggan, pendekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mengurus penjaja tidak berlesen serta peningkatan penjaja asing tanpa lesen sehingga memonopoli peluang dan ruang yang sewajarnya untuk peniaga tempatan.

    Selain bercampur aduk isu nasional, permasalahan itu dimanipulasikan pembangkang sehingga menyumbang kepada kekalahan 10 daripada 13 calon BN bagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum lalu.

    Diminta mengulas mengenai tindakan yang diambil bagi menangani pelbagai isu warga kota pula, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata: "Untuk itu kita (BN) bersetuju untuk membangunkan Pusat Khidmat BN di semua kawasan Parlimen (dalam Wilayah Persekutuan) di mana segala isu dan masalah berbangkit atau dihadapi masyarakat, akan kita uruskan dan diambil tindakan.

    Soal kemiskinan di bandar raya juga diambil kira sama ada dia di kalangan (penduduk) kawasan setinggan, masyarakat penjaja atau sebagainya. Itu sebahagian daripada perhatian yang kita akan beri."

    Ada 714,852 pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan ketika pilihan raya umum lalu, dan angkanya dijangka meningkat sehingga 5 peratus atas inisiatif pelbagai parti untuk meningkatkan sokongan masing-masing.

    Ditanya usaha untuk mengembalikan kerusi BN yang diduduki pembangkang, Muhyiddin berkata: "Itu kita ada strategi tertentu. Kita tak payah nak umumkan kepada orang ramai kerana itu satu daripada matlamat kita." - Berita Harian

    'Konspirasi jatuhkan saya' : Jahat juga puak2 Pas ni ye!

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM

    KOTA BHARU 27 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan dalam Pas sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.

    Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas percaya, seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.

    Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.

    "Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A.

    "Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

    Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai polemik yang timbul termasuk isu siapa bakal penggantinya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya semalam bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan daripada kerajaan Pas Kelantan.

    Dakwaan tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini semalam.

    Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diikuti dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk melaga-lagakannya dengan Nik Abdul Aziz.

    Beberapa hari selepas itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula meminta Nik Abdul Aziz menamakan bakal penggantinya agar tidak timbul kekalutan dalam kerajaan negeri terbabit.

    Pada masa yang sama, anak kepada Nik Abdul Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat meminta supaya tidak ada pihak yang menyekat bapanya daripada meletakkan jawatan.

    Kenyataan Nik Abduh itu dilihat sebagai menyerang balas pihak tertentu yang dikatakan sengaja menggunakan media arus perdana untuk mendapat pengiktirafan daripada Nik Abdul Aziz bagi meraih sokongan ahli Pas. - Utusan

    Friday, November 27, 2009

    Nik Abdul Aziz perlu namakan pengganti - Mustapa Mohamed

    RANTAU PANJANG 26 Nov. - Barisan kepimpinan Pas Kelantan perlu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hanya dengan cara ini nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Abdul Aziz sekarang bercelaru dengan masalah dalaman parti.

    Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi Pas negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah.

    "Sudah jelas mereka akan kekurangan tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana lebih menumpukan kepada masalah dalaman parti.

    "Setakat ini kita tidak nampak lagi bahawa hal ini akan selesai. Isu pengganti ini memanglah satu isu yang harus diputuskan lebih cepat," katanya.

    Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Rantau Panjang di sini hari ini.

    Konflik dalaman Pas Kelantan semakin parah baru-baru ini sehingga menyebabkan Nik Abdul Aziz mengarahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

    Sehubungan itu, banyak pihak mula mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Mursyidul Am Pas itu sebagai pentadbir negeri ini termasuklah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

    Mohd. Amar semalam menyarankan Nik Abdul Aziz agar menamakan penggantinya lebih awal untuk mengelakkan timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.

    Dalam hubungan ini Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

    "Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.

    "Macam kita di peringkat Pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya. - Utusan

    BTN: Muhyiddin bidas Selangor

    Oleh SAHBULAH DARWI dan KAMIL MASLIH

    MUAR 26 Nov. - Kursus yang dianjurkan Biro Tata Negara (BTN) bertujuan memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini dan bukannya menukar pendirian rakyat supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan kursus itu jelas satu percubaan untuk menghalang usaha Kerajaan Pusat menerapkan semangat rakyat supaya menyintai negara berdasarkan konsep 1Malaysia.

    "Semua modul kursus BTN bukan untuk menarik rakyat menjadi ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN). Kursus itu langsung tiada niat jahat malah ia amat baik untuk perpaduan negara.

    "Bukan kita hendak tukar orang menjadi ahli UMNO atau BN. Ia hanya menjelaskan tentang dasar kerajaan dan soal perpaduan," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 31 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kompleks Sri Pekembar di Pagoh, di sini hari ini.

    Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Dr. Shaharuddin Salleh dan ADUN Bukit Serampang, Tahir Taat.

    Semalam, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

    Halimah berkata, langkah itu diambil kononnya kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh BN hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

    Tambah beliau, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.

    Muhyiddin tidak menolak kemungkinan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu itu berpunca daripada gambaran kurang tepat pihak tertentu mengenai BTN.

    "Memang pun program itu telah diolah baru supaya lebih mantap dan lebih menjurus kepada konsep 1Malaysia," katanya.

    Beliau juga berkata, Abdul Khalid tidak berhak untuk menyekat kakitangan Kerajaan Pusat dan swasta menyertai kursus BTN yang diadakan di negeri itu.

    Katanya, BTN adalah agensi yang terbukti berjaya membantu membangkitkan semangat perjuangan, membantu memajukan negara dengan dasar-dasar murni kerajaan.

    "Dia tak nak, kita tak boleh buat apa-apa sebab tak boleh dipaksa, kalau pegawai kerajaan negeri tidak mengapa, tapi pegawai Persekutuan tidak tertakluk, dia boleh masuk BTN.

    "Saya tidak tahu ada menteri besar lain atau ketua menteri nak buat juga begitu," katanya. - Utusan

    Hidupkan Aidiladha dengan ibadah korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

    Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban.

    Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

    Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

    Dalam Islam pengagihan daging korban ke negara luar adalah diharuskan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah (yang fakir miskin). (al-Hajj: 28)

    Isu pengganti Nik Aziz : Nik Amar dan Husam tunjuk malu

    KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

    Sekali gus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

    Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

    Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.


    "Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

    Mengulas kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

    "Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

    Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

    Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta Menteri Besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

    "Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

    Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian. - Berita Harian

    Wednesday, November 25, 2009

    Husam tidak mahu jawatan MB Kelantan

    KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

    Beliau berkata, Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan.

    "Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

    "(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap sindrom down di Kampung Becah Keranji dekat sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam Pas Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

    Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya I hingga III.

    Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata, Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

    Sehingga kini, Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontroversi.

    Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

    Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

    Mengulas kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda Pas yang berkaliber, Husam berkata, beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

    "Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk mengenakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. - Berita Harian

    Ahli Parlimen Pas pertahan Nik Aziz

    KUALA LUMPUR 24 Nov. - Ahli-ahli Parlimen Pas hari ini 'berlumba-lumba' cuba menzahirkan tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai satu tindakan berintegriti.

    Dengan tidak menyentuh langsung mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas PMBK melainkan ketika ditanya wartawan, beberapa Ahli Parlimen Pas berusaha memperlihatkan apa yang berlaku itu adalah satu pengorbanan.

    Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz dan keluarga telah melakukan pengorbanan yang besar untuk parti dan memastikan perjuangan Pas dapat diteruskan.

    "Tok Guru sanggup korbankan keluarga dan menantu sendiri, apa yang ditunjukkan menjadi contoh yang baik.

    ''Saya anggap apa yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan menjadi contoh dan peringatan kepada pemimpin-pemimpin Pas hari ini dan akan datang bahawa parti serta perjuangan adalah segala-galanya," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

    Semalam, Nik Abdul Aziz meminta Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO PMBK selepas Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihat Mursyidul Am Pas itu mengarahkan menantu beliau agar berbuat demikian.

    Nik Aziz bagaimanapun menafikan arahan berkenaan dibuat ekoran siasatan SPRM terhadap menantunya dan sebaliknya menjelaskan tindakan itu bagi mengekang fitnah.

    Bekas pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella yang diarahkan berhenti dari PMBK serta-merta baru-baru ini berharap, peletakan jawatan Abdul Ariffahmi akan mengembalikan hak rakyat.

    Salahuddin bagaimanapun ketika ditanya mengenai siasatan SPRM ke atas menantu Nik Abdul Aziz pula berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan pihak berkenaan.

    "Apa yang berlaku dan yang sedang dalam siasatan kita serahkan kepada SPRM, saya tidak mahu masuk campur apa yang menjadi tugas SPRM," katanya.

    Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa turut cuba melaungkan sentimen yang sama dalam satu sidang akhbar berasingan dengan mengucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan menantu beliau.

    "Ahli Parlimen Pas mengalu-alukan apa yang dilakukan itu, ia adalah contoh kepada orang ramai," katanya.

    Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd. Nasir Zakaria berkata, Nik Abdul Aziz telah mengambil satu langkah yang cukup proaktif dalam isu melibatkan menantunya itu. - Utusan

    Fikiran saya kusut - Nik Aziz

    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

    KOTA BHARU 24 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Menurut Menteri Besar itu, keadaan tersebut menyebabkan beliau berdiam diri dan enggan mengulas perkara itu kepada pihak media sebelum ini kerana ingin mencari ketenangan.

    Jelasnya, situasi yang sama pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak berhubung dengan orang ramai lebih sebulan apabila isteri baginda, Siti Aisyah difitnah.

    "Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai.

    ''Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung dengan Allah, minta doa, sebelum subuh kita bangun, kalau boleh menangis sebagai saksi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.

    Bagaimanapun kata Nik Abdul Aziz, beliau berasa lega sekarang kerana isu itu dianggapnya sudah selesai berikutan arahannya kepada Abdul Ariffahmi supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK semalam.

    Beliau menafikan keputusan yang dibuatnya itu kerana tekanan kepimpinan Pas Pusat.

    "Ini yang dipanggil berpakat, tegur menegur, itu asas Islam. Saya tekan Pusat, Pusat tekan saya. Masa saya cadangkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) baru-baru ini, ada orang setuju, sebab itu saya tekan dia (Pusat).

    "(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A'lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi," ujarnya.

    Semalam, rombongan Pas Pusat terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr. Hatta Ramli menemui Menteri Besar.

    Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar mengarahkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik kepimpinan kerajaan negeri.

    Ia berikutan pelbagai polemik dalam parti dan rakyat negeri ini yang mempertikai kewajaran menantu Menteri Besar itu dilantik ke jawatan tersebut yang boleh menjejaskan imej Pas dan kepimpinan negeri.

    Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Nik Abdul Aziz untuk menentukan tarikh sebenar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi.

    Katanya, ia adalah atas budi bicara Menteri Besar sebagai Pengerusi PMBK untuk menentukan perkara tersebut.

    Dalam masa yang sama, Mohd. Zaki menolak dakwaan bahawa Pas Kelantan sudah tidak dapat memberi teguran kepada Nik Abdul Aziz sehingga memerlukan campur tangan Pas Pusat.

    "Ini proses biasa dalam parti. Kita kena faham parti yang menguasai kerajaan, maknanya apa sahaja yang berlaku dalam negeri yang diperintah oleh Pas, kepimpinan Pusat berhak beri pandangan.

    "Sebagaimana Tok Guru kata tadi, Pas Pusat berhak beri pandangan dan ada ketikanya Tok Guru sebagai Mursyidul Am berhak beri pandangan kepada presiden dan jawatankuasa Pas Pusat seperti isu EGM baru-baru ini,'' katanya.

    Tambahnya, segala yang diputuskan dalam Pas berlaku secara kolektif dan semua pandangan dari setiap peringkat sama ada Pusat, negeri atau bawahan diambil kira. - Utusan

    Chin Peng tidak dimaafkan

    Oleh ZULKIFLI JALIL

    Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7 di Dewan Persidangan Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA


    PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.

    Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad.

    ‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal.

    ‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin bahawa Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pernah dilakukan oleh PKM kepada rakyat dan pejuang negara sewaktu pemberontakan suatu ketika dahulu.

    Dalam temu ramah yang diadakan di Bangkok, Thailand bulan lepas, Chin Peng berkata, walaupun PKM tidak berniat membunuh ‘orang tidak berdosa’, namun beliau mengakui ada kalanya mereka melakukan kesilapan dalam beberapa tindakan.

    Muhyiddin berkata, kerajaan malah rakyat yang pernah menghadapi musibah semasa keganasan PKM dahulu pasti tidak akan melupakan kekejaman komunis.

    ‘‘Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap sentimen (kemarahan) yang masih membara ini, kita putuskan tidak akan terima kepulangannya,” kata beliau.

    Dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban. - Utusan

    Tuesday, November 24, 2009

    SPRM akan siasat CEO PMBK biarpun letak jawatan

    KOTA BHARU 24 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman walaupun beliau meletak jawatan.

    Menurut sumber SPRM, siasatan itu merupakan prosedur biasa berikutan timbulnya pelbagai dakwaan dalam PMBK.

    "Sehingga kini pihak SPRM sedang mengumpulkan segala bukti dan dokumen yang telah diperoleh apabila pihak kami datang ke PMBK pada awal bulan ini dan siasatan terhadap kes itu sudah separuh selesai,” katanya ketika dihubungi di sini. - Utusan

    Isu Nik Aziz, menantu selesai: Hadi

    KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai.

    Beliau berkata campur tangan Pas pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

    "Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat.

    "Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

    Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

    Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan. - Berita Harian

    Tertipu ‘lakonan’ Anwar

    Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

    KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya.

    Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu.

    “Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan.

    “Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Anwar membuat dakwaan itu bagi menjelaskan kenapa beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki selepas Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini.

    Dua hari selepas itu, Anwar kemudiannya bersetuju keluar selepas satu kenyataan jaminan keselamatan dihantar ke Kedutaan Turki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada hari yang sama.

    Dalam tempoh sebulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi dan seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan dan keluar parti.

    Senario itu menyaksikan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Christina Liew yang meletak jawatan, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar parti.

    Pada 23 Ogos lalu ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh juga bertindak meninggalkan PKR.

    Zamil berkata, para penyokong PKR perlu merenung perkembangan yang berlaku dalam parti itu kebelakangan ini dan bukannya memberi sokongan membuta tuli.

    Katanya, sebagai pemimpin yang berada dalam PKR, golongan yang keluar parti atau meletak jawatan itu lebih sedar apakah yang sedang berlaku.

    “Tapi nampaknya penyokong ini tidak sedar-sedar termasuklah masih menganggap dakwaan Anwar bahawa nyawanya terancam adalah sesuatu yang benar,” katanya. - Utusan

    Sunday, November 22, 2009

    Anwar dianggap pengecut lengahkan dakwaan

    KUALA LUMPUR: Umno menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengecut kerana memanipulasi kuasa mahkamah ketika berdepan bekas rakan karibnya, Datuk S Nallakarupan berhubung isu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

    Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata taktik yang digunakan Anwar ketika berdepan dakwaan Nallakarupan dan menyaman bekas rakan karibnya itu adalah dengan ‘menyerang musuh sebelum musuh menyerang.’

    “Kita sudah masak dengan taktik dia. Gunakan mahkamah untuk melanjutkan kesnya. Kali ini guna mahkamah bagi mengarah bekas rakan karibnya membekalkan butiran isu itu,” katanya.

    Beliau mengulas dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor bahawa Anwar menggunakan peguam untuk meminta bukti bagi melengahkan perjalanan kes terhadapnya termasuk dalam isu pendedahan Nallakarupan. - Berita Harian

    Husam letak jawatan?

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM

    KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

    Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

    Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

    Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

    Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

    Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

    “Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

    “Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

    Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

    Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

    Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

    “Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

    “Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.

    Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

    Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

    “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

    “Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya. - Utusan

    Hukum Hadiah buat seseorang berpangkat


    من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

    Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

    Saturday, November 21, 2009

    Anwar tidak mampu berdepan Nallakarupan di mahkamah

    KUALA LUMPUR 20 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mampu berdepan dengan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan di mahkamah dalam isu menerima duit RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut menggunakan peguam untuk meminta bukti bagi melengah-lengahkan perjalanan kes .

    Katanya, ini taktik biasa Anwar dengan memanipulasikan setiap ruang teknikal yang boleh memberi keuntungan kepadanya.

    "Ini bukan untuk cari kebenaran tapi taktik nak lari daripada Nallakaruppan.

    "Saya pelik kerana dia penasihat PKR yang kononnya berjuang mencari keadilan tapi dia sendiri yang cuba melengah-lengahkan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. (Magnum).

    Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu ialah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

    Sementara itu, Ezam mendakwa tindakan Anwar menyaman Nallakrupan juga bukan untuk mencari kebenaran sebaliknya untuk mengelak daripada bersemuka secara politik.

    Katanya, dakwaan Nallakarupan itu satu cabaran berbentuk politik dan Anwar juga wajar menjawabnya melalui saluran yang sama.

    "Bagi kita Nallakarupan membuat satu cabaran politik, kenapa nak dialihkan kepada pertarungan undang-undang, adakah dia tidak berani bersemuka?

    "Anwar tidak mahu jawab sebab dia tahu Nallakarupan akan lawan habis-habisan, dari segi politik dia tahu banyak mengenai Anwar, Azizah (Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin (Naib Presiden PKR, Azmin Ali)," katanya.

    Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum menyaman Nallakaruppan, Anwar satu ketika dahulu telah menyaman bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar kerana membuat kenyataan politik bahawa negara akan huru hara jika beliau menjadi Perdana Menteri.

    Seperti kebiasaan, kata Ezam, kes itu belum ada perkembangan dan beliau percaya saman Anwar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman juga akan dilengah-lengahkan. - Utusan

    Friday, November 20, 2009

    Pakatan Campuran Gagal Berfungsi

    By administrator | Category: Berita Eksklusif

    angan-angan-perak

    Parti-parti pembangkang, khususnya pakatan campuran yakni PAS, DAP dan PKR gagal memainkan fungsi untuk turut serta menyumbang dalam menjana pembangunan negara malah perjuangan mereka tidak menepati situasi masyarakat tempatan apabila peranan mereka ditolak kerana dianggap ketinggalan.

    Melihat kepada perkembangan terkini khususnya di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang menyaksikan bahawa, harapan untuk pembangkang mengekalkan tapak mereka di kawasan tersebut adalah nipis memandangkan rakyat menolak perjuangan mereka yang dianggap satu penipuan.

    Menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai model, pembangkang cuba meniru konsep perkongsian kuasa itu. BN, terbukti berjaya menjadi satu entiti yang membawa kepada kesejahteraan rakyat, kemajuan dan kemakmuran Negara, tetapi bagaimana pula penubuhan pakatan pembangkang yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat?
    Apa yang jelas, cara pakatan pembangkang mengunakan tipu helah bagi memenangi undi tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat apatah lagi telah terbukti bahawa perjuangannya tidak berpijak kepada hakikat sebenar sebagaimana yang dikehandaki oleh pelbagai lapisan rakyat yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka.

    Malah sejak mutakhir ini pula sikap dan sandiwara mereka semakin terserlah dengan lakonan mantap para pemimpinnya; gagal memberikan jawapan atas persoalan rakyat berhubung krisis yang menimpa lantas melampiaskan pula kesalahan kepada pihak lain sebagai menutup isu yang ada.

    Sejak awal perseteruan mereka ini, terserlah bahawa perbuatan mencari-cari kesalahan kerajaan dan memperbesarkan isu yang berbangkitseringkali dimonopoli sebagai satu tarikan bagi mengekalkan populariti dan menarik perhatian masyarakat terhadapa mereka. Namun demikian, rakyat telah memperlihatkan kematangan mereka berfikir serta memberikan sokongan kepada kerajaan Pusat dengan berlandaskan perkembangan semasa.

    Umumnya, masyarakat sering disajikan dengan ceramah-ceramah pembangkang yang ternyata dijadikan sebagai platform bagi memburuk-burukkan agenda kerajaan termasuklah menimbulkan spekulasi, provokasi dan akhirnya persepsi songsang terhadap kerajaan.

    Tindakan pakatan pembangkang yang menggunakan kesempatan diberi seringkali memperbesar-besarkan isu kecil, kemudian mengutip derma daripada orang ramai sudah tidak releven lagi lantas ia semacam menyanggah kemahuan sebenar rakyat.

    Sebaliknya BN terus menerus menghulur pertolongan, bantuan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan prasarana serta menjana pelbagai pembangunan supaya rakyat bertambah selesa tanpa melihat kepada idealogi politik mereka malahan sumbangan sama rata diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya.

    Lantaran itu, pelbagai penilaian telah dibuat ke atas perjuangan pakatan pembangkang selepas memerintah diberi kesempatan mentadbir lima negeri menerusi kemenangan dalam pilihan raya umum lalu tetapi hasilnya tidak satu pun keputusan dicapai memperakukan perjuangan mereka terutamanya dalam perkembangan kemajuan dan pembangunan.

    Lebih teruk lagi, apabila wakil rakyat pembangkang yang diberikan kepercayaan gagal memanfaatkan peluang yang ada lantas taksub dengan kepentingan dan agenda politik sendiri tanpa melihat kepada pilihan utama masyarakat tempatan terutamanya dalam aspek pembangunan yang dijana serta kebajikan masyarakat yang terbela.
    Sesungguhnya, rakyat menolak pemimpin yang hanya pandai bercakap seperti dilakukan oleh pembangkang yang ternyata ceritanya memang sedap tetapi hasilnya tidak ada. - UMNO online

    Thursday, November 19, 2009

    SPRM ambil alih siasatan dokumen pemilikan Azmin, Shamshida bernilai RM8 juta

    KUALA LUMPUR 18 Nov. - Polis menyerahkan siasatan berhubung dakwaan isu pemilikan saham oleh beberapa individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang didakwa mencecah RM8 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis telah menyerahkan kesemua dokumen dan keterangan bekas Setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari kepada SPRM, petang semalam untuk memulakan siasatan.

    Menurutnya, pihak SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung isu sama sebelum ini dan dipercayai 'terganggu' disebabkan kekurangan keterangan dan bukti.

    "Sekarang kita dapat keterangan dan bukti baru, jadi kita serahkan kepada SPRM memandangkan suruhanjaya itu telah menjalankan siasatan awal sebelum ini," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

    Semalam, Anuar membuat laporan polis dan menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan isu pemilikan saham itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Perdana di sini.

    Antara dokumen yang diserahkan termasuk baucar dipercayai pembelian saham serta penyata bank membabitkan nilai pemprosesan sehingga RM2 juta.

    Seorang lagi individu yang terlibat seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Taharin.

    Anuar juga menamakan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pemilikan saham itu termasuk Anwar kerana dokumen-dokumen bertarikh 1992 hingga 1994 tersebut berlaku ketika Ketua Pembangkang itu memegang portfolio Menteri Kewangan.

    Sebelum ini, Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vigneswaran mendedahkan memiliki dokumen berkaitan pembelian saham itu.

    Azmin kemudian menafikan dakwaan tersebut kerana maklumat dalam dokumen itu adalah tidak benar.

    Sementara itu, ditanya sama ada polis membuktikan kesahihan dokumen tersebut sebelum menyerahkannya kepada SPRM, Musa berkata:

    "Dalam laporannya pengadu (Anuar) hanya meminta kita menyiasat mengenai pemilikan saham dan menamakan beberapa individu. Sahih atau tidak, itu bukan pihak kita. Kita serahkan kepada SPRM untuk menentukannya".

    Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya telah maklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana kes tersebut melibatkan saham. - Utusan

    Krisis MCA semakin kusut - TPM Persoal Pelan Perpaduan











    • Krisis dalaman MCA semakin kusut apabila mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu semalam mengumumkan keputusan drastik termasuk menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November ini.
    • Mesyuarat juga melucutkan keanggotaan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun serta tujuh lagi dalam Lembaga Presiden.
  • Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tetap mahu ahli-ahli MCA menghadiri EGM tersebut menyifatkan keputusan CC sebagai operasi pancung sejak mesyuarat 3 November lalu.

  • Ka Siong berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya.


  • KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kemelut kepimpinan MCA semakin parah apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini memutuskan menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua yang dirancang oleh ‘kumpulan 16’ pada 28 November ini.

    Dalam perkembangan yang sama, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat turut mengumumkan pelucutan keanggotaan sembilan ahli Majlis Presiden MCA yang kesemuanya terlibat dalam merancang untuk mengadakan EGM tersebut.

    Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun turut terlibat dalam pengguguran itu.

    Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Tee Keat berkata, 23 ahli CC telah memutuskan terdapat kecacatan pada resolusi EGM kedua tersebut.

    “Dalam perbincangan hari ini, kami mendapati resolusi yang dicadangkan oleh kumpulan 16 ahli CC yang bertegas mengadakan mesyuarat itu, tidak bertepatan dengan perlembagaan parti,” katanya.

    Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha; Setiausaha Agung, Datuk Wong Foon Meng dan lima ahli CC, Senator Heng Seai Kie, Gan Ping Sieu, Datuk Seri Tan Chai Ho, Datuk Lee Chee Leong serta Datuk Ti Lian Ker.

    Tee Keat berkata, rancangan mengadakan EGM kedua itu telah didebatkan pada mesyuarat CC tersebut yang turut dihadiri oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    “Sebanyak 23 ahli CC menolak dan membantah untuk mengadakan EGM kedua kerana mendapati kecacatan resolusinya dan ia juga melanggar perlembagaan parti. Bagaimanapun 10 ahli CC menyokong dan dua ahli mengambil pendirian berkecuali,” katanya.

    Sehubungan itu katanya, EGM kedua tersebut tidak seharusnya diadakan kerana mesyuarat CC telah menolak rancangan berkenaan.

    Tambah Tee Keat, mesyuarat hari ini turut mempertikaikan notis yang diedarkan kepada para perwakilan di seluruh negara kerana menggunakan kepala surat MCA tanpa restu parti sekali gus melanggar perlembagaan parti.

    Pada sidang akhbar itu Tee Keat turut mengumumkan telah menggunakan kuasanya sebagai Presiden mengikut Artikel 46 perlembagaan parti untuk melucutkan sembilan ahli CC daripada Majlis Presiden.

    Tujuh anggota CC yang turut digugurkan ialah Lee Wei Kiat, Dr. Hou Kok Chung, Datuk Wee Jeck Seng, Gan Hong Su, Yoo Wei How, Wong Nai Chee dan Datuk Chor Chee Heung. - Utusan

    Wednesday, November 18, 2009

    BN sedia tanding DUN Kota Siputeh

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.

    Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan akur dan menghormati sebarang keputusan mahkamah serta menghadapinya mengikut peraturan.

    "Jika kita boleh merayu, kita rayu. Apa saja mahkamah putuskan, kita akan terima," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

    Sementara itu, di ROME, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong dan kemungkinan diadakan pilihan raya kecil perlu dijadikan iktibar oleh semua wakil rakyat BN.

    Timbalan Perdana Menteri yang kecewa dengan sikap sesetengah wakil rakyat BN, juga mengingatkan mereka mengenai tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bahawa kehadiran tidak memadai jika hanya untuk memenuhi korum, sebaliknya perlu membawa masalah rakyat untuk dibincangkan dan diselesaikan.

    Beliau yang juga Ketua Whip Dewan Rakyat berkata, wakil rakyat perlu menghapuskan sikap negatif seperti malas menghadiri persidangan dewan, sebaliknya memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan rakyat dan pengundi.

    "Saya kecewa (ketidakhadiran wakil rakyat ke persidangan dewan) kerana alam situasi genting sekarang kita perlukan semua wakil rakyat Parlimen mahupun DUN menghadiri persidangan dewan.

    "Itu tanggungjawab penting wakil rakyat... melaksanakannya sepenuh hati dan tidak boleh abaikan atau tidak beri perhatian," katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Keselamatan dan Jaminan Makanan Dunia 2009 di sini, semalam.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong, sekali gus memerlukan pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan itu.

    Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif, daripada BN tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

    Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana Adun tidak menghadiri sidang DUN tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, kerusi diwakilinya akan menjadi kosong. - Berita Harian

    Monday, November 16, 2009

    Nudin Awang the RM65k man

    Nik Aziz and Nudin Awang share more than just initials. It seems that Nudin was the guy who offered to pay the PAS' spiritual leader's VIP package to Mecca. Nik Aziz said there was no conflict of interest. But my sources said Nudin Awang (aka Nordin Mardi because he was a driver with Mardi before he got his riches) has benefited from the Kelantan state government that Nik Aziz's PAS administers. He's more than just a billboard operator.

    Nudin is a director of Great Eastern Mills Bhd (GEM), which is a joint venture between Penang-based SEAL Inc Bhd and Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK), a subsidiary of the Kelantan State Economic Development Corp. (SEDC).

    Despite its timber concessions GEM, somehow, managed to stay an unprofitable venture. There are whispers about hiving off profits to SEAL Inc, but it's something that needs to be proven. But profitable or not, it hasn't stopped the Kelantan government from awarding generous concessions to GEM.

    According to my sources, it is Nudin's task as director to ensure that the concessions keep coming from the Kelantan PAS government to GEM. And he's been doing quite a good job. In 2005 alone the unprofitable venture was given a timber concession area of some 4048 ha (about 10,000 acres) by the state government. The Kelantan SEDC signed the timber concessions on 14/3/2004, according to records. The concession is said to be worth easily in excess of RM20 million, which should make GEM a profitable company but it's somehow not.

    During this time, Nik Aziz or Tok Guru was Chairman of the Kelantan SEDC and KPK. Which is why, I reckon, the Malaysian Anti-Corruption Agency is investigating the PAS leader, and also why NA had to cancel his plan [here]to accept NA's offer to sponsor his trip to Mecca on that VIP package. - taken from rocky's bru

    Sunday, November 15, 2009

    UMNO tidak gentar Anwar burukkan PM

    PONTIAN 14 Nov. – UMNO tidak gentar dengan usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memburuk-buruk peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka dengan kritikan, namun biarlah ia membina dan bertanggungjawab.

    “UMNO tidak gentar dengan ancaman itu dan belum mengetahui bentuk serangan yang akan dilakukan ke atas Perdana Menteri, namun kita bersedia untuk membalas balik sekiranya memerlukan.

    “Namun, jika serangan ke atas Perdana Menteri hanya merupakan satu fitnah dan berbentuk peribadi, ini menunjukkan pembangkang di negara ini masih lagi tidak matang,” katanya mengulas usaha Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

    Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan gelanggang serba guna di kawasan Parlimen Pontian di Kampung Jawa, di sini semalam.

    Empat gelanggang yang diserahkan iaitu di Kampung Permatang Sepam, Pekan Benut, Pekan Kampung Jawa dan Bandar Pontian berharga RM150,000 setiap sebuah.

    Ahmad berkata, tindakan pem bangkang yang memburuk-burukkan imej Perdana Menteri di luar negara juga disifatkan sebagai tidak bermoral dan hanya merugikan rakyat di negara ini.

    “Bagi Anwar, Datuk Seri Najib merupakan halangan besar untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Lantas dia berusaha sedaya untuk menjatuhkannya melalui serangan peribadi,” katanya.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak sewajarnya melemparkan tuduhan atau kritikan tanpa mempunyai fakta yang kukuh.

    “Sebagai pembangkang di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka seharusnya menyampaikan harapan dan kehendak pengundi yang telah memilih mereka.

    “Namun keadaan seperti itu tidak berlaku kerana mereka hanya pandai mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan tanpa mengakui kejayaan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN,” katanya sambil meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang menguasai beberapa negeri seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan contoh yang baik. - Utusan

    Video pengakuan Hassan Ali tentang 'bai'ah'...


    Saturday, November 14, 2009

    Azmin, isteri, ipar didakwa beli saham bernilai

    pengarang@utusan.com.my

    SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.

    Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

    Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.

    Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.

    “Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.

    “Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

    Bagaimanapun Azmin gagal dihubungi bagi mengulas dakwaan itu.RM8j? - Utusan

    Najib lantang : Malaysia tolak dasar perlindungan


    Najib Tun Razak menjawab soalan delegasi pada Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Suntec, Singapura, semalam. - BERNAMA

    SINGAPURA 13 Nov. - Malaysia memberi mesej jelas pada sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik bahawa ia menolak sebarang dasar perlindungan dan mahu rundingan Pusingan Doha disempurnakan.

    Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

    Sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin, beliau menegaskan sokongannya terhadap perdagangan bebas dan memastikan bahawa usaha dilaksanakan bagi mencapainya.

    Dengan merujuk kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, beliau berkata: "Apa yang saya suka terhadap dasarnya ialah dia penyokong perdagangan bebas walaupun saya mungkin tidak menyukai dasar-dasarnya yang lain."

    Najib kemudian menyebut bahawa dia mengulangi iltizam pemimpin-pemimpin dunia dalam sidang APEC tahun lalu di Lima, Peru yang bersepakat menolak dasar perlindungan sebagai cara terbaik memulihkan kestabilan dan pertumbuhan ekoran krisis ekonomi dunia.

    Sementara Pusingan Doha merujuk kepada rundingan Agenda Pembangunan Doha Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terhenti ekoran kegagalan pencapaian persetujuan pada Julai tahun lalu dan diharapkan dapat diselesaikan tahun depan.

    Kenyataan Najib adalah sebagai jawapan kepada kebimbangan banyak pihak bahawa kerajaan-kerajaan di dunia cenderong untuk mengamalkan dasar perlindungan ekoran kemerosotan ekonomi baru-baru ini.

    Perdana Menteri memberi jawapan itu ketika menjadi panel dalam Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif APEC di bawah tajuk Adakah krisis global benar-benar berakhir?

    Sidang itu dihadiri oleh ketua-ketua eksekutif korporat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan mengenai perdagangan dan ekonomi serta ahli-ahli akademik.

    Terdahulu dalam ucapan panel sidang itu, Najib berpendapat bahawa krisis global itu sudah berakhir tetapi dengan dua syarat.

    Pertama katanya, soal sama ada keadaan ekonomi yang pulih ini dapat bertahan dan kedua, sama ada ia dapat kembali pada keadaan sebelum berlalunya krisis.

    Beliau kemudian menyebut bagaimana negara-negara yang mempunyai pasaran dalaman yang lebih besar seperti China, India dan Indonesia dapat mengharungi ekonomi menurun dengan lebih baik berbanding dengan negara-negara yang berhubungan besar dengan pasaran global seperti Malaysia dan Singapura.

    Menurutnya, sebagai sebuah negara perdagangan boleh dikatakan Malaysia tidak dapat melepaskan hubungannya dengan barat apabila krisis ekonomi ini berlaku.

    Dalam hal ini, katanya sikapnya menolak dasar perlindungan adalah bertujuan supaya pemulihan ini dapat dipertahankan.

    Dalam hal ini beliau percaya cara bagi mengekalkan pemulihan ekonomi adalah tidak menarik balik pakej fiskal awal daripada sepatutnya sebelum pemulihan sebenar berlaku dalam sektor swasta.

    Sehubungan ini, Najib juga menyatakan keperluan dunia mengkaji semula rupa bentuk kewangan global supaya kawalan dapat dibuat ke atas produk-produk derivatif yang luar biasa kerana jika tidak, ia boleh melumpuhkan perjalanan ekonomi.

    Beliau juga menyatakan keperluan diwujudkan model baru, strategi baru dan ekonomi baru dan meninggalkan cara lama di mana pembuatan barang-barang dibuat di timur sementara ia diguna oleh pihak barat.

    Menjawab soalan daripada perwakilan, Najib menyebut mengenai langkah-langkah yang dibuat oleh Malaysia bagi memastikan kadar pertumbuhan yang dikehendaki.

    Antaranya ialah liberalisasi sektor-sektor kecil, pertumbuhan bank Islam, menghapuskan garis panduan pelaburan langsung berhubung dasar Bumiputera.

    Beliau menjelaskan bahawa tanpa pakej rangsangan, Malaysia tidak akan mampu mencapai kadar pertumbuhan tiga peratus. Tetapi sungguhpun begitu, beliau mahukan pencapaian supaya menambah dua peratus lagi iaitu sampai lima peratus dengan kerajaan lebih berusaha dengan pendekatan mesra perniagaan. Perdana Menteri berharap dalam pasca krisis ini, Malaysia akan mencapai kadar pertumbuhan lima peratus pada hujung tahun ini.

    Untuk tujuan ini, katanya, Malaysia akan mencari sumber pertumbuhan baru dan beranggapan bahawa sektor swasta tidak cukup berusaha. Berkaitan ini beliau akan mengumumkan satu model ekonomi baru pada penghujung tahun ini. - Utusan

    Friday, November 13, 2009

    Pas amal bai'ah sumpah setia laknat

    KUALA LUMPUR 13 Nov. — Pas mengakui ia hanya mengamalkan bai”ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai”ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

    Beliau berkata, amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

    "Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai”ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.

    "Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti,” katanya pada sidang media berhubung isu bai”ah di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

    Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai”ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. - Utusan

    Pening rakyat dgn isu bai'ah ni...video ni mcmana pulak?

    Manoharan tak puas hati kepemimpinan MB Selangor

    SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Pada sesi perbahasan Bajet 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, wakil rakyat DAP itu secara terbuka mengkritik Abdul Khalid yang didakwa membuat kenyataan tidak wajar mengenai isu demonstrasi membawa kepala lembu pada Ogos lalu.

    Beliau berkata, demonstrasi depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu ada kaitan secara langsung dengan Umno, sekali gus bercanggah dengan kenyataan Abdul Khalid yang sebelum ini berkata, demonstrasi itu bukan didalangi Umno.

    Manoharan berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan berhubung demonstrasi itu kerana kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah dan pihak terbabit sudah didakwa.

    “Saya kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang kata demonstrasi tiada kaitan dengan Umno. Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan ini kerana kes ini sudah didakwa di mahkamah.

    “Kita semua tahu Umno terbabit secara langsung dalam kes demonstrasi kepala lembu,” katanya yang pertama kali diberi peluang membahaskan Bajet 2010 pada sidang DUN Selangor.

    Isnin lalu, Abdul Khalid ketika menjawab soalan wakil rakyat Sungai Pelek, Yap Ee Wah pada sesi soal jawab mengakui demonstrasi membawa kepala lembu itu bukan didalangi Umno, walaupun peserta demonstrasi itu penyokong Umno.

    Manoharan turut mengkritik Bajet 2010 kerajaan Selangor kerana tidak memperuntukkan, walaupun RM1 daripada RM1.3 bilion peruntukan keseluruhan, khusus kepada kaum India yang didakwa memainkan peranan penting kepada kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri itu. - Berita Harian

    'Tidak berniat jadikan isteri sebagai cagaran' - Khalid

    Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman
    bhnews@bharian.com.my


    Baiah pendinding daripada khianati parti: Khalid

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata beliau tidak berniat menjadikan isterinya sebagai cagaran apabila mengangkat baiah cerai talak tiga ketika pilihan raya umum lalu tapi ia sebagai halangan untuknya melompat parti.

    Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam dan ahli Lujnah Politik Pas Pusat berkata, baiah itu adalah pendinding untuknya daripada mengkhianati parti jika menerima sogokan daripada luar parti.

    "Kalau orang tidak faham, tindakan itu seperti membunuh diri tetapi bagi Pas ia sebagai benteng penghalang wakil rakyat melompat parti.

    "Isteri bukanlah dijadikan cagaran tapi ia adalah sebagai hadiah kerana demi isteri, kita tidak akan melakukannya.

    "Baiah ini juga seperti tindakan panglima tentera Islam, Tariq Ziad membakar kapal armada lautnya selepas berjaya menyeberangi Selat Gibaraltar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

    Malah, katanya, isterinya turut berbangga beliau berbuat demikian kerana mempertaruhkan sesuatu yang berharga.

    Ditanya bagaimana suatu ketika nanti jika beliau tidak bersetuju dengan pucuk kepemimpinan parti, Khalid berkata, beliau akan meletak jawatan dalam parti dan bukannya melompat parti.

    Bagaimanapun Khalid mendakwa baiah talak tiga bukanlah sesuatu yang wajib kerana wakil rakyat diberi pilihan untuk melakukannya.

    Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata baiah talak tiga dianggap tidak sah kerana amalan itu tidak pernah diarahkan Pas pusat.

    "Ia bukan daripada Pas pusat, bukan dari Majlis Syura. Ada apa-apa yang berlaku dalam parti, Pas akan bertanggungjawab.

    "Bagi saya perkara ini tidak berbangkit dan bukan isu yang besar. Tapi saya tegaskan apa yang berlaku itu bukan dari parti, bukan keputusan parti, bukan pendirian parti," katanya. - Berita Harian

    Thursday, November 12, 2009

    CEO PMBK didesak letak jawatan - Kickdefella

    Oleh Wan Faizal Ismayatim
    wfaizal@bharian.com.my

    KOTA BHARU: Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz, mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kepincangan dalam pengurusan perbadanan itu dan sedia mendedahkan segala maklumat berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Sehubungan itu, beliau mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan bagi menjaga nama baik Kerajaan Kelantan khususnya Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

    Katanya, sebagai bekas penjawat awam dan rakyat Malaysia, beliau bertanggungjawab membantu siasatan jika dilakukan oleh SPRM terhadap PMBK.

    "Saya minta Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO demi menjaga nama baik Kerajaan Pas dan Menteri Besar. Saya rasa saya mewakili sebahagian besar kakitangan PMBK, wakil rakyat Pas dan pimpinan Pas negeri yang banyak merasai kemelut akibat kedudukan Abdul Ariffahmi.

    "Soal penyelewengan itu biarlah pihak berkuasa tentukan, seseorang itu tidak didapati bersalah selagi tidak dibuktikan, kita dalam syarikat ada prosedur dan bukan hak saya untuk menjatuhkan hukuman, tetapi bagi saya sudah cukup nama tok guru (Nik Aziz) dicemari,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan penulis blog, Kickdefella, mendakwa kontraknya dalam PMBK ditamatkan serta-merta kelmarin.

    Beliau turut menafikan membuat laporan berkaitan kepincangan pengurusan PMBK kepada SPRM, sebaliknya berkata, beliau tidak terbabit dalam isu berkenaan. - Berita Harian

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...