Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Zahrain pertahan dakwaan

PULAU PINANG 30 Jan. – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tetap mempertahankan kenyataannya yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya. Menurut bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu, beliau tidak mempunyai sebarang agenda peribadi apabila mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya mahu menjaga kepentingan negeri itu. Tegasnya, jika ada pihak yang cuba menuduh tindakan tersebut bersifat peribadi atau mengaitkan keluarganya dalam pemberian tender bagi pengurusan Kelab Golf Bukit Jalil, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Menurutnya, beliau percaya ramai lagi pemimpin dalam pakatan pembangkang yang bersetuju dalam perkara itu sekali gus menggesa mereka supaya tidak lagi berkompromi dengan Setiausaha Agung DAP itu. ‘‘Siapa yang kenal lama dengan Guan Eng pasti tahu apa yang saya cakap itu sememangnya benar, jadi cukup-cukuplah daripada nak terus mempert

Anwar mungkin pohon penangguhan lagi : Perbicaraan kes liwat Anwar, pihak pendakwaan bersedia untuk Selasa ini

KUALA LUMPUR: Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama. Sama ada perbicaraan yang sudah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lalu sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata, kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Pada 1 Dis tahun lalu, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Jan bagi perbicaraan. Namun, perbicaraan

Desakan Khairy letak jawatan bukan baru: Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan bukanlah satu perkara baru bahkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal dengan memilih calon lebih sesuai ketika pemilihan sayap parti itu tahun lalu. Dengan nada sinis, mantan Perdana Menteri itu berkata, sepanjang pengetahuannya tidak pernah berlaku kes seorang Ketua Pemuda dilarang berkempen dalam pilihan raya kecil negeri atas alasan ia boleh menjadi faktor kekalahan. "Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang. "Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi. "Pasal ap

Muhyiddin lancar laman web rasmi "my-malaysia.com.my"

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan laman web rasmi politik beliau sempena Dialog Idealisme Generasi Muda anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, semalam. Laman web rasmi pertama yang dibangunkan itu khusus untuk Timbalan Perdana Menteri membentangkan aktiviti dan perjalanan perjuangan politiknya serta kemasyarakatan, selain berhubung dengan rakyat melalui media baru bagi mendapatkan pandangan umum yang boleh membantunya mewujudkan kesejahteraan sekali gus melonjakkan pembangunan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Laman web itu mempunyai ruang interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my, turut memuatkan koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya. Muhyiddin berkata, laman web berkenaan adalah cara beliau berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat menggunakan saluran komunikasi media sosial atau baru. "Hari ini, saya lancarkan laman web

PM gesa seluruh rakyat beri khidmat sukarela

Golongan miskin perlu dibantu tanpa perbezaan kaum PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta seluruh rakyat Malaysia yang berkemampuan berganding bahu memberi khidmat sukarela dalam pelbagai kegiatan amal bagi memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik tanpa membezakan warna kulit, bangsa dan agama. Perdana Menteri berkata, sumbangan dan bantuan itu perlu berdasarkan keperluan asas rakyat negara ini terutama yang kurang bernasib baik. Malah, katanya, kerajaan sememangnya amat mengalu-alukan semangat sukarelawan kerana penyertaan mereka dalam kegiatan amal dapat mengharmonikan negara sekali gus membawa kesejahteraan rakyat. "Inilah semangat 1Malaysia yang perlu dipegang semua pihak kerana kita adalah rakyat satu bangsa dan negara dan semangat seperti ini akan mengukuhkan lagi perpaduan rakyat," katanya berucap pada Majlis Perasmian Kem Kesihatan dan Perubatan 1Malaysia di Kuala Pahang, dekat sini, semalam. Kem sehari yang dikunjungi lebih 1,000 penduduk sekitar

'Krisis politik parti pembangkang serius'

PKR tolak kepemimpinan DAP antara bukti: PM PEKAN: Krisis politik parti pembangkang, terutama di Pulau Pinang kini pada tahap amat serius dan bukan sekadar masalah dalaman saja, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang kononnya masalah yang dihadapi itu hanya disebabkan perselisihan pendapat adalah tidak benar, sebaliknya membabitkan perbalahan serius antara pemimpin mereka. Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan Umno atau Barisan Nasional (BN) sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang. "Krisis politik pembangkang seperti yang berlaku di Pulau Pinang adalah satu penolakan yang jelas terhadap kepemimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. "Pertelagahan di kalangan pemimpin pembangkang itu bukan sekadar berselisih pendapat tetapi juga satu tanda hilang keyakinan sama sekali terhadap dasar dan apa yang dilakukan kepemimpinan sedia ada.  "Ini menggambarkan penerimaan terhad

Dolak-dalik Ku Li

Ubah pendirian isu hasil minyak dituntut Kelantan KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah diselar kerana berdolak-dalik dalam isu hasil minyak di Kelantan, terutama pendirian terbarunya yang menyokong bayaran royalti dan bukannya wang ihsan. Sambil mempersoalkan perubahan pendirian beliau berbanding ketika menjadi Pengerusi Petronas pada 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada Terengganu dan Kelantan, Tengku Razaleigh juga didakwa cuba bermain politik dan mahu mengelirukan rakyat Kelantan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lalu yang mendakwa kerajaan Kelantan patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan bertentangan dengan kenyataan yang dibuatnya pada Oktober 2000. "Kenyataan Tengku Razaleigh pada 2000 itu amat nyata bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak mengikut Akta Petrol

Kecewa Mungkin Sebabkan Zahrain Naik Berang Dengan Lim Guan Eng

PULAU PINANG, 30 Jan (Bernama) -- DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi. Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat. "Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf," katanya kepada pemberita di sini Sabtu. Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri. Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri. Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang dikt

Pergeseran Antara PKR Dan DAP Sudah Lama Berlaku - Kata BN Pulau Pinang

PULAU PINANG, 29 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di negeri itu sudah lama berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih teraju pentadbiran kerajaan negeri daripada BN selepas pilihan raya umum 2008. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata gabungan pembangkang merupakan perkahwinan yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi rakyat. "Mereka (pembangkang) kini telah menampakkan belang mereka yang sebenar dan sudah terdapat tanda-tanda berlaku keretakan dalam pakatan ini," katanya dalam satu kenyataan Jumaat. Teng mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis. Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri yang

Blogger minta ikat jamin dikurangkan

SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer minta dibicarakan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar. Tertuduh, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, didakwa menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam blognya satu artikel bertajuk ‘Dah mampos buat cara mampos la’ oleh Aduka Taruna. Kandungan artikel itu menyatakan, ‘Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.’ Khairulnizam didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen berkenaan di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut S

Azmin tidak bertanggungjawab - Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak bertanggungjawab apabila menuduh ahli pergerakan itu terlibat dalam insiden membakar gereja di sekitar Lembah Klang. Katanya, tuduhan Azmin itu jelas berniat jahat dengan mempunyai maksud tersirat kononnya UMNO adalah dalang insiden terbabit. Justeru, beliau mencabar Azmin membuktikan dakwaan itu bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab dan benar-benar cintakan negara. “Kenyataan itu mengundang rasa tidak puas hati ahli UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda. Ia dibuat seolah-olah Pemuda menjadi dalang terhadap serangan tersebut sedangkan hakikatnya UMNO tidak terlibat. “Jika ada rakyat Malaysia yang percaya dengan kata-katanya lalu mengambil keputusan membalas tindakan itu ke atas Pemuda UMNO, siapa yang harus dipersalahkan. Si pembakar gereja atau Azmin yang mereka-reka cerita? “Kenyataan itu

Isu bakar Gereja : Kerja pembangkang terus tuduh UMNO - Najib

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan parti pembangkang tanpa usul periksa terus menuduh parti itu sebagai pelakon utama dalam setiap kejadian buruk yang berlaku di negara ini. ''Ini kaedah yang biasa dilakukan oleh parti pembangkang... yang pertamanya mesti tuduh UMNO, belum ada apa-apa bukti tetapi terus tuduh UMNO. Ini adalah modus operandi mereka,'' katanya. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Najib diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa Pergerakan Pemuda UMNO terlibat dalam kes membakar gereja di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. Azmin berkata, beliau akan mendedahkan mereka yang terlibat dalam kes serangan itu dalam masa terdekat. Selain Azmin, beberapa ahli pembangkang lain turut menuding jari kepada UMNO dalam insiden penemuan bung

Umno komited lakukan transformasi ikut PM - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno adalah sebuah parti yang kuat dan memperjuangkan kepentingan negara serta komited dalam melakukan transformasi melalui kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen Umno dan kerajaan sudah terbukti dan rakyat boleh menilainya melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). "Kita sudah jelas dengan prestasi kita. Kita lebih komited, lebih berani dan lebih bersedia. Ini adalah satu proses yang luar biasa. Jadi, jangan perkecil dan hanya melihat badan bukan kerajaan (NGO) saja," katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, semalam. Beliau ditanya dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap kemunculan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Melayu dan Islam sejak kebelakangan ini membuktikan keti

Gagal Menjalan Tugas Ketua : Exco Pemuda nafi desak Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan wujud desakan daripada Exco pergerakan itu supaya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin meletak jawatan. Razali berkata, laporan sebuah laman blog yang mendakwa dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan semula pergerakan itu diadakan dalam mesyuarat Exco, kelmarin adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya mereka mencabar semua ahli supaya melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak mampu menggalas tugas yang semakin mencabar dalam pergerakan itu. “Apa yang berlaku, masing-masing dahagakan peranan untuk meningkatkan kerja dalam parti dan apa yang dinyatakan mungkin disalah tafsir dan diguna pihak tertentu yang berkepentingan. “Yang disebut sebenarnya, kalau tidak mampu, kita letak jawatan. Maknanya bukan Ketua saja tapi semua Exco. “Itu cabaran, bukan seperti digambarkan dalam blog, seolah-olah semua mahu letak jawatan,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama pemim

Dua anggota Kastam, seorang kakitangan PTG didakwa rasuah

Dari kiri: Penguasa Kastam, Kamarudin Ismail, Pembantu Penguasa Kastam, Syahrol Md.Zain dan pekerja rendah awam gred R1, Johairi Ahmad mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah berhubung kegiatan penyeludupan pasir ke Singapura. JOHOR BAHRU 29 Jan. – Dua anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan seorang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berhubung kegiatan penyeludupan pasir ke Singapura, tahun lalu. Penguasa Kamarudin Ismail, 49; Pembantu Penguasa Syahrol Md. Zain, 31, dan pekerja rendah am di Pejabat Pengarah PTG, Johairi Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan masing-masing ketika dihadapkan ke tiga mahka mah berasingan . Kamarudin dari Bahagian Perkhidmatan Teknik, Menara Kastam Johor menghadapi tiga tuduhan menerima suapan daripada Zacharias Kho bagi mempercepat, melulus dan memudahkan permohonan penjenisan barangan yang dikemukakan ke bahagian tersebut. Bagi tuduhan

Gagasan 1Malaysia bukan cakap kosong

NAJIB dan Rosmah bersalam dengan orang ramai pada majlis sambutan  Thaipusam di Kuil Seri Subramaniyar, Batu Caves, malam tadi. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang diamalkan kerajaan sekarang bukan sekadar cakap kosong kerana semua kumpulan etnik dan agama di negara ini akan mendapat pembelaan sewajarnya. Perdana Menteri menegaskan, prinsip itu selaras dengan agama Islam yang menjadi teras negara ini iaitu berlaku adil kepada sesiapa pun tanpa mengira kaum dan agama serta saling menghormati antara satu sama lain. “Islam tidak pernah mengajar umatnya menyerang rumah ibadat agama lain kerana Islam yang sebenar perlu berlaku adil kepada sesiapa pun tanpa mengira agama. “Nabi Muhammad SAW sendiri mengajar penganutnya untuk menghormati agama lain dan itulah yang kerajaan sekarang amalkan kepada semua kaum di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Thaipusam di Kuil Seri Subramaniyar, Batu Caves, di sini, malam

Wan Azizah antara saksi alibi kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis hari ini. "Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam SN Nair dan Partners," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, dalam satu kenyataan. Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu. Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lalu untuk memberi kenyataan. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Semalam, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhka

Kes kepala babi di Masjid : Polis siasat dari mana kepala babi diperoleh

KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan pakar forensik dan veterinar untuk membuat kajian termasuk menentukan spesies dan asal babi hutan yang kepalanya diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya dua hari lalu. "Kita percaya ia sedikit sebanyak akan dapat membantu kita dalam menyiasat kes itu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Katanya, polis sedang menyiasat kemungkinan ia diperoleh dari premis yang menghidangkan makanan haiwan eksotik. "Kita sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dari penjual-penjual makanan hutan dan eksotik di sekitar Lembah Klang dan membuat pemeriksaan ke premis-premis tersebut," katanya. Muhammad Sabtu berkata, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan kerana maklumat yang diperoleh berhubung kes itu tidak kukuh. "Kita telah mengadakan mesyuarat bersama polis Selangor bag

Penolong pegawai nafi rasuah

  NORHANIZATUAZWIN didakwa terima RM10,000  di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam atas dakwaan menerima suapan RM10,000 sebagai balasan meluluskan permohonan tempoh permit bagi kebenaran khas untuk mengalih batuan, Mac tahun lalu. Norhanizatuazwin Samsuni, 29, didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Sesyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sebagai Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, secara rasuah memperoleh suapan iaitu bayaran peringkat 2(a) dan sebahagian daripada peringkat 2(b) untuk rumah beralamat C-4-25, Rumah Pangsa Kajang Impian berjumlah RM10,000. Kesalahan yang dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi itu untuk meluluskan permohonan Tempoh Permit bagi kebenaran khas menggali bahan atau batuan (mendapan kelodak atau tanah merah) di tanah PN8602, Lot 7705 Mukim Hulu Langat, 5 Februari 2009. Norhanizatuaz

'PKR tak mampu pertahan prinsip'

Tak serius tangani isu Zulkifli KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Zaid Ibrahim, menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mampu mempertahankan prinsip utama perjuangannya. Beliau berkata, keputusan PKR yang ingin merujuk kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ke Lembaga Disiplin parti jelas membuktikan dakwaannya itu dan menyifatkan PKR tidak serius dalam menangani isu itu. “Hairan juga keadaan ini, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang manusia yang tidak boleh disentuh oleh parti, entah mengapa ada keistimewaan itu. Sebab itulah Zulkifli menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai ‘Firaun Kecil’ atau ‘Little Napoleon’. “Sementara itu, Zulkifli Nordin setiap minit akan terus menghina pendirian Pakatan dalam TV Umno dan surat khabar Umno dan tidak akan peduli arahan parti, sama seperti yang sudah dia lakukan pada masa-masa yang lepas. “Selepas hari ini, saya yakin PKR tidak mampu mempertahankan s

Wang ihsan Kelantan RM20j dan Ibrahim Cabar Pas Untuk ke Mahkamah

KOTA BHARU 27 Jan. - Rakyat Kelantan bakal menerima wang ihsan kira-kira RM20 juta selewat-lewatnya pada Mac ini hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Pusat dengan syarikat petroleum negara, Petronas. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed ( gambar ) berkata, ia merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil gas yang dikeluarkan di Medan Bumi Selatan, Blok PM 301 berdekatan perairan Kelantan sejak Mei 2008. Beliau berkata, wang tersebut akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum diagihkan selepas jawatankuasa wang ihsan bermesyuarat dan menentukan jenis projek yang akan dilaksanakan. "Ingin saya jelaskan bahawa jumlah tersebut melibatkan pengeluaran gas di Blok PM 301 sahaja manakala bagi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) yang diusahakan sejak tahun 1979, Kelantan tidak berhak berdasarkan undang-undang laut di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). &qu

Bahana bila miliki kuasa

Oleh Zulkiflee Bakar pengarang@utusan.com.my   SUATU ketika dahulu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas begitu bangga mendabik dada dengan menganggap kononnya merekalah parti yang paling sempurna, tiada cah keting, tiada perbalahan dan tiada pertelingkahan. Bagi mereka, segala tabiat buruk berpolitik hanya ada dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO. Mereka memperbesar-besarkan isu perebutan jawatan dan pertelingkahan dalam komponen BN dan menguar-uarkan bahawa era pemerintahan parti itu kini berada di penghujung. Pas terutamanya sering menampakkan bahawa dalam apa juga situasi sekalipun mereka yang terbaik, begitu juga PKR yang cuba menggambarkan parti mereka dipimpin oleh individu-individu yang tiada masalah moral, apatah lagi akan terlibat dalam rasuah atau penyelewengan. Semua itu hanya akan dilakukan oleh BN, dakwa mereka. Tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah jelas membuktikan bahawa selagi bernama parti politik maka selagi itu, Pas dan PKR juga tidak

Isu Allah: Anwar Dibidas Burukkan Imej Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibidas kerana dikatakan memberi gambaran tidak tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya dalam akhbar luar negara bagi tujuan politik. Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras, berkata Anwar juga sedang giat melobi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara untuk memburukkan imej kerajaan berhubung isu kalimah 'Allah'. "Perbuatan beliau bersekongkol dengan negara luar termasuk media asing amat membimbangkan kerana apa yang sebenarnya berlaku di negara ini berhubung isu kalimah Allah telah diputarbelitkan," kata beliau dalam blognya. Katanya Penasihat PKR itu menuduh kononnya kerajaan gagal menangani isu serangan ke atas beberapa gereja Kristian dan rumah ibadat agama lain tiga minggu lalu. "Tindak-tanduk itu merupakan satu pengkhianatan dan memberi gambara

Nordin dakwa Anwar bersikap seperti 'diktator'

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersikap seperti 'diktator' dan tidak akan mendengar pandangan ahli partinya kerana beliau bimbang muslihat yang disusun, akan musnah di tangan pengikut sendiri. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, sejak awal penubuhan parti itu, segala keputusan ditentukan oleh Anwar seorang diri. Sehubungan itu katanya, beliau tidak terkejut jika lebih ramai ahli PKR terutama yang memegang jawatan tinggi akan mengikut rentak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Pahang. "Saya yakin Azan meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap Anwar yang egois dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. "Perkara ini telah terjadi kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor, yang sanggup keluar parti kerana tidak mahu menurut kehendak Anwar yang bersikap seper

Kerana Islam, Melayu & Raja-Raja Melayu : Zulkifli Nordin dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada Pas, akan dirujukkan kepada Lembaga Disiplin PKR. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya hari ini. Katanya, lembaga itu diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah. "Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat PKR di sini. Beliau berkata, sementara siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak harus memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan prose

Bersatu realisasi Malaysia maju

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan MOHD. RAFIE AZIMI pengarang@utusan.com.my Najib Tun Razak mendengar soalan yang dikemukakan oleh Ahmad A.Talib dalam program Soal Jawab di Seri Pentas TV3, malam tadi. – BERNAMA KUALA LUMPUR 25 Jan. – Perdana Menteri mengakui hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju akan terbantut dan boleh dipintas oleh negara jiran lain jika semua pihak tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senario dunia hari ini berbeza berbanding semasa Wawasan 2020 dilancarkan dahulu dengan pertumbuhan ekonomi dunia pada masa itu amat memberangsangkan. Bagaimanapun menurut beliau, situasi dunia sudah jauh berubah dengan pelbagai krisis ekonomi yang langsung tidak terduga seperti krisis Asia 1997 dan global pada tahun lalu yang menyebabkan kadar pertumbuhan majoriti negara menjunam dan menguncup dengan ketara. “Keadaan itu menyebabkan semua negara terpaksa menunggu beberapa tahun untuk kembali pulih semula sekali gus aga

AMK Selangor desak Zulkifli dipecat dari PKR

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai melampaui batas kerana telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri. "Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar dalam laman blognya, http://anwaribrahimblog.com. Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam. Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk "Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman" yang disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini, kelmarin. Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu

Khalid perlu minta maaf secara terbuka

SHAH ALAM - “Saya sedia tarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dengan syarat, beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Islam negara ini dan Sultan Selangor,” kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin. Menurutnya, beliau sentiasa menghargai perbezaan pendapat dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR), namun tidak semestinya melampaui batas sehingga menyentuh isu keagamaan. “Semasa Konvensyen PR tahun lalu, pemimpin parti sendiri mengumumkan Dasar PR untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, menghormati kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dalam negara ini. Tapi kini, apakah pendirian Khalid?” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau turut mengesahkan menerima e-mel daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis yang dibuatnya. “Saya sudah pun memberi penjelasan juga melalui e-mel kepada beliau dan menjelaskan bahawa

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri. Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan. Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung ke

Wartawan Buat Laporan Polis Berhubung Hina Sultan Melalui Youtube

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam Isnin. Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas. "(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali." "Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ibnu Khus

Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Khalid

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen kawasan Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zulkifli daripada PKR berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin. Dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Jalan Masjid Indi