Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

POLITIK 1MALAYSIA : Kerajaan P. Pinang perlu tanggungjawab

KUALA LUMPUR 30 Julai - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah di Kampung Buah Pala. Beliau berkata, mereka telah menabur pelbagai janji kepada penduduk kaum India di kampung itu pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi gagal menunaikannya. ''Macam mana mereka (pakatan pembangkang) janji. Mereka kata akan membantu mendapatkan tanah itu kepada penduduk kampung tersebut jika menang dalam pilihan raya. ''Tetapi mereka telah mengabaikan penduduk kampung selepas menang dalam pilihan raya. Ini tidak wajar. Mereka harus mengambil tanggungjawab untuk selesaikan masalah penduduk di sana,'' katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di sini hari ini. Dalam pada itu, Samy Vellu berkata, jika kerajaan negeri sedia menukar tanah tersebut kepada penduduk kampung berkenaan, MIC

ILTIZAM 1MALAYSIA : Bajet 2010 kurangi beban rakyat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet 2010. "Ia juga selaras dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web baru Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah. Awang Adek berkata

Kesihatan 1MALAYSIA : H1N1: 11 kem PLKN ditutup

Oleh ROKIAH ABDULLAH rokiah.abdullah@utusan.com.my. PULAU PINANG 30 Julai - Sebanyak 11 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara ditutup setakat ini berikutan terdapat tanda-tanda jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penutupan kem yang kesemuanya terletak di Semenanjung itu melibatkan kira-kira 4,500 pelatih dan 200 petugas. Justeru, katanya, semua aktiviti PLKN yang tergendala akibat arahan penutupan itu akan disesuaikan semula mengikut modul yang telah dirancang selepas kem tersebut dibuka. ''Kita telah hantar pulang kesemua pelatih yang terlibat ke kampung masing-masing bagi tempoh sekurang-sekurangnya seminggu bagi mereka dikuarantin di rumah sambil mengikuti panduan dan nasihat daripada doktor. ''Jika ada lagi kem yang menghadapi tanda-tanda jangkitan H1N1 ini, kita akan melakukan tindakan yang sama," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi kali

Keselamatan 1MALAYSIA : ISA: Amaran KDN

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD pengarang@utusan.com.my KUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara. ‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang. ‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos.

4,000 pusat hiburan, judi, spa haram beroperasi di Selangor

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu. Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang. ‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700. ‘‘Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,” dakwanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay Yayasan Bakti Khidmat Masy

Keutuhan 1MALAYSIA : Najib janji terus gigih bekerja

Oleh HASHNAN ABDULLAH utusan@pengarang.com.my PUTRAJAYA 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ucapan selamat hari lahir yang dihantar oleh pengunjung blog 1Malaysia sebagai satu dorongan untuk beliau bekerja lebih gigih. Perdana Menteri bagaimanapun berkata, keseronokan melayari komen dan ucap selamat hari lahir itu tidak menyebabkan beliau alpa kerana masih banyak kerja perlu diselesaikan. Menerusi entri terbaru dalam blog www.1Malaysia.com.my , beliau berkata, terdapat isu lebih besar membabitkan rakyat yang perlu diselesaikan secara menyeluruh. "Saya sangat menghargai ucapan selamat anda semua dengan caranya yang tersendiri. Semua ucapan tersebut mendorong saya bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada nusa dan bangsa. "Minggu lepas, sebaik pulang dari Timur Tengah, saya agak terkejut tetapi gembira, juga tersentuh apabila mendapati ramai daripada anda semua telah menghantar ucap selamat hari lahir di ruangan komen entri blog saya,'' ka

Along & Kongsi Gelap : KDN arah siasat

Oleh HELMI MOHD. FOAD pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 29 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu polis menyiasat secara terperinci dakwaan terdapat kongsi gelap menaja segelintir wakil rakyat bagi menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedudukan institusi negara iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (DUN). ''Saya mahu ia disiasat secara terperinci, bukan susah nak kenal pasti, cuma saya mahu melihat laporan tertentu yang telah dibuat kepada polis. ''Kalau dakwaan ini dibiarkan tergantung, ia bukan sahaja akan mencemarkan wakil rakyat tertentu malah turut akan mencemarkan kedudukan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN," tegasnya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini. Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut seorang penganalisis jenaya

Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar - Zahid

KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain. Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain. "Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar. "Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas. Semalam, Mu

Tak perlu lagi respons kepada Nik Aziz - TPM

KAMPALA 28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi perlu memberi respons kepada kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah. Kata Timbalan Perdana Menteri, penafian Menteri Besar Kelantan itu mengenai kesediaan mengadakan hubungan bersama UMNO sehari selepas beliau menyatakan mahu 'menghulur tangan' dengan Kerajaan Pusat, bukanlah yang pertamanya seumpamanya. ''Ia macam satu putaran, dulu pun dia buat kenyataan begini tapi dia kata tak sebut begitu. Mungkin yang terbaik kepada kita sekarang ialah tak perlu buat apa-apa komen (kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz). ''Seolah-olah kita silap, walaupun kita hanya respons berdasarkan apa yang kita tahu mengenai kenyataan beliau. Kalau apa yang dilaporkan oleh media itu memang betul, respons kita sebelum ini tidak silap," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. Belia

Kita baca apa Nik Aziz kata : 'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.'' Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin. Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing. "Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat. "Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada

PAS’ peace gesture insincere, says Mahathir

KAMPALA: Tun Dr Mahathir Mohamad described the willingness of Kelantan PAS to work with the Federal Government as insincere and politically motivated. “I have had my experience with PAS leaders when it was in Barisan Nasional. They only tried to strengthen their party instead of the Barisan government,” he said on the sidelines of the 19th Global Smart Partnership Dialogue 2009 here yesterday. The former prime minister said PAS had even poisoned the minds of many Felda settlers to oppose the Government after one of its leaders (the late Tan Sri Asri Muda) was appointed the minister in charge of the land scheme then. He said that when asked to comment on Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat’s statement on Saturday that PAS was willing to make peace with the Federal Government and put aside the political dispute between them in the interest of the people and Muslim unity. Dr Mahathir added that Umno should be wary of PAS. In Kota Baru, Nik Aziz’s aversion for Umno become appa

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan : KPI sasaran Najib

PUTRAJAYA 27 Julai - Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Memperincikan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di sini, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menetapkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Pada masa sama, tegas beliau, ditetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan termasuk curi ragut dan samun tanpa senjata khususnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, sebanyak 20 peratus pada akhir 2010. ‘‘Saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama (kerajaan) berada dalam keadaan teraba-raba dan samar akan apakah inisiatif, rancangan dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan. ‘‘Sesungguhnya kita komited melakukan transformasi – bukan pembaharuan penambahbaikan - melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan mengg

Guna kewarasan berfikir - PM

SHAH ALAM 26 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini. Perdana Menteri berkata, golongan itu perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah. Jelas beliau, kerajaan mahu melihat kepimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur pemikirannya kerana ia merupakan input besar kepada kejayaan negara. "Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan. "Adalah menyedihkan jika ada di kalangan mahasiswa yang berpotensi mengetuai gerakan pelajar tetapi tidak tahu hendak menterjemahkan kepimpinan mereka supaya memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat keseluruhannya," katanya. Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan sentiasa menyokong sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpi

Nik Aziz perlu ikhlas - Zahid

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membuka pintu kerjasama dengan kerajaan Pusat tidak boleh terhad dalam konteks untuk mendapatkan bantuan semata-mata. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kesediaan berkenaan haruslah disertakan dengan keikhlasan termasuk keseimbangan antara kehendak pentadbiran dan politik. ''Jangan apabila mahu bantuan Persekutuan baru kata sila buka pintu tetapi apabila berbincang tentang agenda bersama, dia (Nik Aziz) tutup pintu. ''Pemimpin kena konsisten. Biar ikhlas, jangan ada agenda tersembunyi,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz hari ini yang bersedia menghulurkan tangan dengan kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat Kelantan. Sementara itu menurut Ahmad Zahid, kerajaan Pusat dalam soal ini terbukti ikhl

Underworld : To cover up, YB Wee is next?

YB Wee Choo Keong who was one of the first to openly say that some Selangor excos involved with the underworld could be in danger. This theory might be right as majorities are now speculating that Beng Hock death is linked with the gangsters...???

Ronnie Liu & Beng Hock?

Suddenly that this question being speculated, is it him (YB Ronnie Liu)? Yet nobody can justify as the investigation is now left to the Royal Commission. Intown the speculation is spreading fast as it also coincides with the YB Wee of Wangsa Maju claims. Wee claims that one of Selangor Exco members being involved with underworld. Also spreading now is the said documents stated the list of projects awarded to Ronnie's state constituency. This document is believed to be the cause led to Beng Hock death. Shown is one of those : (Click photo for better image)

Updates!!!

POLITICS - 1Malaysia Concept No Propaganda Or 'Wayang Kulit' - Murugiah - Awang Adek Criticises Kelantan Contractors For Being Hypocrites - Umno Should Change Tactics As Develeopment Issues Can No Longer Sell - Zahid - Kelantan Umno To Prepare Early For Next Election

Beng Hock mungkin dibunuh kerana ini...

Rasanya siapa yang makan cili pasti tengah terasa pedasnya. Suruhanjaya telah ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Bengk Hock. Orang yang terlibat pasti tak senang duduk sekarang. Ada hamba ALLAH yang telah masukkan beberapa dokumen melalui blognya "Truth for Teoh Beng Hock" yang membuktikan penyelewengan peruntukan projek oleh ADUN/EXCO Selangor. Dalam dokumen tersebut disenaraikan beberapa syarikat yang mendapat berpuluh-puluh projek bernilai ratusan ribu ringgit. Penulis dah pernah tulis yang kemungkinan Beng Hock dibunuh oleh orang yang tidak mahu rahsia mereka terbongkar. Nak jadikan hal, (pembunuh yang hebat), melakukan pembunuhan di Plaza Masalam untuk mudah menyalahkan orang lain (SPRM). Ya la, kalau bunuh Beng Hock di rumahnya pasti orang akan tahu ini kerja siapa. Hebat juga perancangan petualang ni. Teringat pulak pendedahan YB Wee dari Wangsa Maju pasal Exco Selangor yang terlibat dengan kongsi gelap...mungkinkan ianya orang yang sama yang terlibat dengan kema

Akhbar Tempatan : 25hb Julai 2009

- Ikut undang-undang - Najib - Cari formula tawan hati rakyat - Muhyiddin - Petualang bakal diketahui ( sila klik untuk maklumat ) : SPRM terima maklumat - Ketaq Anwar lega sat : Selepas 4 kali ditunda, kes liwat Anwar ditangguh lagi - Lantik agensi kerajaan urus Dana Persaraan Swasta - Rakyat Didahulukan : EPU kemuka isu tol ke Kabinet - CERDIK rapatkan jurang pendidikan - Perdana Menteri rasmi bangunan PTM - Bangunan perlu ciri-ciri Malaysia - Perluas misi Bakti ke luar negara - Rosmah - Pusat penyelidikan rumpai laut - DAP Selangor nafi gelapkan peruntukan ADUN - Kerajaan mungkin import ayam - Demi Rakyat, BN ketepikan politik : Mustapa, Nik Aziz muafakat - Kenapa Nizar tipu pembaca? - Pemuda UMNO - Kg. Buah Pala: Samy pertahan Pemuda MIC - Guan Eng tidak yakin MIC beli semula tanah RM3.2 juta - Jakim disaran rangka skim pelaburan - PKNS lahir 480 usahawan muda berjaya - Rakyat daif perlu dibantu - Mahasiswa perlu tumpu kemahiran - Longan tambah pendapatan - Kenyataan Abdul Hadi si

Tengok betul-betul

Yang kiri sekali nampak macam Nizar Betul Nizar...tapi dia (Nizar) kata bukan dia. Memang betul Nizar sebab Nga & Ngeh ada jugak. Yang ni pun betul Nizar buat kacau di Parlimen sebab Nga & Ngeh pun ikat kepala dan buat kacau jugak. Tengok lagi gambar-gambar yang lain. Tiga sekawan ni mesti ada di mana-mana majlis termasuk upacara bertafakur sambil pegang lilin.

Updates!!!

- Teoh's Death Inquiry More Appropriate And Sanctioned By The Law - AG - Stop Speculating On Royal Commission - Muhyiddin - Government Will Establish Green Technology Council - PM - Exchange Visit At All Levels Are Important - Rosmah - Formation Of Royal Commission, Inquest According To Law - Najib - RM15 Million Loan For Young Indian Entrepreneurs - Kampung Buah Pala's Residents Have Right To Legal Representation - BN Mps To Head Agriculture Councils In Respective Constituencies - Ahmad Husni: Government Needs Input From All Quarters For Budget 2010 - Unfair To Accuse Govt Neglecting Indians - Murigiah - PM Urges Property Player To Work On Function And Sustainability - Abdullah Urges Sabah To Set Up Body For Seaweed POLITICS - BN Confident Of Winning Back Kota Lama State Seat - Youth, Wanita, Puteri Should Be Prime Movers Of 1Malaysia - UMNO Divisional Meetings Told To Find Ways To Strengthen Party - Umno To Lead Education Awareness Movement

Akhbar Tempatan : 24hb Julai 2009

- Pencen swasta diwujud - H1N1: 3 golongan dilarang tunai haji? - Impian Najib lihat Malaysia makmur - Kita kurang pakar kanser kanak-kanak - Usaha terus dekati hati rakyat Wanita Pertama 1MALAYSIA. Rakyat diutamakan - Kepimpinan Najib diyakini belia berpendidikan tinggi - AP mungkin dihapus - TPM - Abdullah: Sokong PM jayakan dasar negara - Flying squad pantau pelaksanaan PPRT - Wujudkan usahasama strategik - Tipu lagi : Nizar nafi hadiri upacara nyala lilin - Islam tidak berkompromi perkara jejas akidah - Mufti - Tidak seperti Ustaz Nasha 'sampah' : Nik Aziz pertahan Nizar - Umat Islam ditegah bakar lilin ingati individu - JAIS - Bukti ketelusan kerajaan - KPN - Beri geran kepada kontraktor - Filem tempatan: Sasaran kutipan RM50 juta - Agropolitan Pekan ternak biri-biri Australia - Memupuk semangat 1Malaysia - NS lancar Pusat Serenti Agro - Kuasai bahasa Inggeris seawal mungkin - Keperitan menternak itik - Pasang CCTV di kawasan jenayah - Syed Ali kecam Anwar - Amalan bercan

First Lady of 1MALAYSIA

This was recorded during the day of Datuk Seri Najib 56th birthday. As the First Lady of 1MALAYSIA, Datin Seri Rosmah has then prioritized to meet the ill & hospitalised people at the HKL. They (Datin Seri & her husband) could have arranged separate private family celebration. The slogan PEOPLE FIRST is really the priority.

Nizar Al-DhAP yang diperbodoh dan Nik Aziz yang buat bodoh

Malunya tengok Nizar dengan sekutunya Nga & Ngeh dok pegang lilin. Malu bukan pasal apa, kononnya Nizar ni pandai sangat ugama tapi boleh pulak buat kerja syirik ni. MasyaALLAH Nizar, mengucap nak! mengucap! Janganlah kerana dah kena cucuk hidung masa jadi MB dulu, sampai hari ini nak ikut telunjuk mereka. Apakah yang dia dapat dengan bersungguh-sungguh bertafakur macam orang kafir? Inilah namanya politik murahan yang sentiasa menjadi modal kepada 3N (Nizar, Ngeh & Nga). Seluruh Umat Islam tidak kira apa juga fahaman politik harus mengutuk perbuatan jahil Nizar ini. Janganlah kita bersubahat menyembunyikan nilai yang boleh merosakkan Aqidah kita semua. Namun seorang tokoh lagi yang digelar Tok Guru, tak berani nak keluar fatwa pasai benda ni kena kat kaum dia. Nizar ni memang kaum Nik Aziz. Kalau kat Ustaz Nasharuddin, Nik Aziz berani gelar sebagai 'sampah' tapi kat Nizar dia tak mau komen dan buat-buat bodoh macam tak faham soalan. Kalau sebelum Manek Urai, macam-macam

Akhbar Tempatan : 23hb Julai 2009

Najib Tun Razak pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan Kabinet untuk mencari punca kematian Teoh Beng Hock di Putrajaya, semalam. - Ketelusan Kerajaan : Inkues kematian Beng Hock -Jahil kerana terlalu mengikut Nga & Ngeh : Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas - Pikat profesional bekerja di negara sendiri - Ahli Bakti perlu serba boleh - Rosmah - Langkah tepat pintas spekulasi - SPRM - 'Kami sekeluarga gembira' - Buang sindrom lesu, malas fikir - TPM - Bila kena kat dia : Nik Aziz enggan keluar fatwa - Perhimpunan lilin apa tujuan sekalipun syirik - Pensyarah - Cubaan tutup isu salah guna wang kerajaan - Asas baru Dasar Pertanian Negara - Misi PBR bantu rakyat - Kerajaan disaran sedia pinjaman kecil, tidak guna ah long - Suzana sahut cabaran - pengarah agensi ditahan - Sekolah, keusahawan sosial, perpaduan kaum - Cabinet orders two separate inquiries into Teoh's death - Razaleigh isn't Zaid : Razaleigh says no to - Great jo