Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

BENDERA : Penunjuk Perasaan Upahan

Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan. PENUNJUK perasaan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia di Jakarta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu. Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia. “Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia. “Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat bai

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T

Kenapa azmin Terlalu Istimewa? Anwar & Azizah Terus Diam

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap membisu berhubung persoalan beliau terlalu memberi keistimewaan kepada Naib Presiden parti itu, Azmin Ali. Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan berkata, meski dicabar membuat penjelasan tersebut, Anwar tetap 'mengunci' mulutnya daripada menjawab persoalan itu. Apakah Anwar dan Azmin juga punya hubungan yang 'istimewa'? Menurutnya, apa yang dikesali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mengambil langkah sama apabila membicarakan tentang kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar. ''Kenapa takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin? Kenapa masih merahsiakan perkara itu? Mereka perlu terangkan tentang hal berkenaan. ''Saya ingin meminta penjelasan apa sebab Azmin boleh kawal Anwar sehingga apa sahaja yang Azmin mahu, Anwar pasti bagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saman Felda : Taktik Biasa Anwar...'Gimik' Ala RPK & Bala

Raja Petra & taktik 'gempaq' Anwar memang sinonim...gempaq tanpa perlu kemukakan bukti. Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu. Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit. “Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) RM200 j

Terus Jadi Ancaman Pada Anwar : Nallakarupan Ajak Al Gore, Wolfowitz Bersemuka

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk S. Nallakarupan mempelawa dua bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS), Al Gore dan Paul Wolfowitz datang bertemu dengannya jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terus menjadi ancaman bvesar kepada Anwar. Nalla adalah orang yang paling banyak memegang rahsia Anwar Bekas rakan tenis Anwar itu berkata, ini bagi memastikan kedua-duanya mendapat gambaran sebenar dan sekali gus mengelakkan daripada membuat kenyataan yang tidak munasabah berhubung kes melibatkan kenalan mereka itu. ''Saya nak ajak dua orang ini jumpa saya (Gore dan Wolfowitz), apa yang mereka nak tahu pasal kes kenalan mereka itu (Anwar), saya boleh cerita sampai habis. ''Memanglah tujuan kenyataan mereka mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar itu tak susah nak tafsir tapi manalah tahu, mungkin mereka betul-betul tak faham sampai masih fikir semuanya konspirasi, jadi ini yang

Bukti DAP Menguasai Kerajaan Selangor

Eli Wong EXCO skandal dan mealkukan adegan 'ice cream' seperti yang diceritakan Anwar, telah berani berlaku kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agung dan Institusi Raja-raja Melayu. Siapa yang 'beri muka' kepada mereka ini...Melayu juga! Melayu PKR & Pas! Insiden yang menyaksikan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Shah Alam tanpa disambut oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan kerajaan negeri itu kini ditunggangi DAP yang bersifat anti-Perlembagaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara itu terjadi kerana DAP tidak menghormati perkara termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi budaya dan protokol meletakkan institusi diraja negara di tempat tertinggi. “Kalau dia (Kerajaan Negeri Selangor) faham Perlembagaan, dia mesti tahu kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja Permaisuri Agong. “Kerana itu kita lihat keraj

Gempak : Kenapa 'suicide note' TBH Tidak Dibentang Ke Inkues Dari Awal?

Lama dah kami dok pikiaq pasal surat 'suicide note' (surat bunuh diri) Teoh Beng Hock yang didedahkan oleh Jaringan Muda Melayu. Dari maklumat yang kami dengaq, surat ini sudah lama berada di 'pasaran'. Pada awal Inkues, peguam kerajaan Tan Hock Chuan sudah ada dalam tangan surat 'suicide note'. Suicide note ini diperolehi dari beg Teoh Beng Hock yang tertinggal di tepi kerusi tempat dia tidor semalaman bersama handphone yang bagai nak gila Ronnie Liu mahukan kembali. "Suicide note" ini ditulis dalam bahasa Cina dan pastinya telah dihantar untuk terjemahan. Kalau setakat bahasa Cina, dah pasti hantar ke PDRM saja yang memang boleh buat translation dalam bahasa Cina. Ini bermakna polis dah tahu pasal surat ini. Peguam SPRM pun sudah tahu mengenai surat ini. Dalam surat ini, Teoh Beng Hock menulis kepada Ean Yong dan memberitahu dia telah beritahu segala-galanya kepada SPRM. Dia terpaksa lakukan katanya. Turut juga, dia memberita

Tony Pua Cari Publisiti Murah & Mencabar Perlembagaan Persekutuan

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan mewah di negeri itu disifatkan sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia membuktikan pendirian DAP tidak menghormati perkara-perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. "Saya fikir ini sebagai ketidakadilan dan juga usaha menjejaskan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan. "Jika kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menerima cadangan itu, peluang bumiputera yang bergantung kepada diskaun tersebut untuk memiliki aset di negeri itu akan terjejas," katanya semalam. Beliau mengulas cadangan Tony Pua kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu. Sebelum