Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, June 29, 2012

Anak Kapal Kabin Penerbangan Minta Dikategori Sebagai Pengundi Pos

Undi pos
BANGI, 29 Jun - Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kabin Malaysia (Nufam) menuntut kerajaan supaya anak kapal kabin penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Fire Fly diberi peluang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos atau pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13.

@AnwarIbrahim Beri Keterangan Dalam Saman RM100 Juta Terhadap @Khairykj

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah yang dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.com, menerusi klip video.

Rakyat Malaysia Mahu @NajibRazak Teruskan Tugas Sebagai PM - Salleh

Datuk Seri Salleh Said Keruak
KOTA BELUD, 29 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tugas sebagai perdana menteri dan beliau perlu diberi mandat yang lebih kukuh dalam pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Wednesday, June 27, 2012

NGO Bertanggungjawab Kekalkan Prinsip Gagasan 1Malaysia - @DrRaisYatim

Datuk Seri Dr Rais Yatim
SEREMBAN, 26 Jun - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan semangat kecintaan dan keharmonian antara kaum seiring dengan prinsip Gagasan 1Malaysia.

Di samping itu, katanya, NGO juga diharap dapat membantu merancakkan kegiatan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat.

NFC: Prosedur Operasi Standard Kementerian Kewangan, Pertanian Lemah - Azmi

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.

Peguam Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Berbentuk Hasutan

Mohd Khairul Azam Abd Aziz
KUALA LUMPUR, 26 Jun - Seorang peguam Selasa membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan berkaitan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.

Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang datang berseorangan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi dan berada di balai itu selama sejam.

Kes Diplomat Terbabit Dalam Perhimpunan Bersih Akan Ditangani Oleh Malaysia, Singapura

BERSIH 3.0 di Singapura
SINGAPURA, 26 Jun - Kes diplomat Singapura yang didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April akan ditangani oleh kementerian dalam negeri kedua-dua negara.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Singapura dan Malaysia telah bersetuju kementerian masing-masing menangani perkara berhubung perhimpunan haram itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...