Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

1Malaysia Paksi Patriotisme

1Malaysia diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009. Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tidak menentu, pertumbuhan ekonomi global berada dalam krisis dan lebih daripada itu, perpaduan dalam negara dianggap rapuh. Konsep, gagasan, slogan, agenda ataupun dasar 1Malaysia, namakan apa sahaja tetapi ia mempunyai hubungan utuh sebagai jambatan kesinambungan kepimpinan lalu ke arah satu transformasi holistik. Ia hanya akan berjaya jika anggota masyarakat memiliki iltizam yang kuat untuk memahami dan mahu memahami bagi merealisasikan matlamat asasnya. Dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-52 pada 2009, Najib menyatakan bahawa cabaran besar rakyat Malaysia adalah membaik pulih jambatan yang sedia ada, di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama anggota masyarakat. Apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik, malah boleh musnah jika tidak berhati-hati denganny

PRK Tenang : Calon PAS Yang Disebut-sebut

Calon Pas Tenang? Apakah Pas akan meletakkan Calon sembrono mereka seperti yang berlaku di Galas. Calun terlibat kes khalwat. Dan yang terbaru adalah ADUN N29 Selising yang didakwa berzina dengan Isteri orang.

Isu Rasuah Jangan Dipolitikkan

Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut. Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat. Ezam tegas dalam melawan rasuah. Penubuhan GERAK yang diasaskannya adalah bukti bahawa rasuah perlu ditangani bersama semua Agensi baik kerajaan mahupun swatsa dan NGO

Teresa Kok Biadap Semasa Demo Syabas Di Masjid Negara

Sikap toleransi dan hormat menghormati di antara Kaum di Malaysia semakin pudar. Peristiwa ini dijadikan tontonan agar menjadi iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu. Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan oleh YB Teresa Kok amat menyakitkan hati Umat Islam kerana ianya seolah mencabar kemuliaan Islam dan Masjid sebagai Rumah Ibadah. Masjid yang kita muliakan dijadikan pentas politik dan berkumpul untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saksikanlah.