Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Runtuhkan tembok kaum

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok- tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh. Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka. Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini. "Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada. "Buktinya, lipatan se

WARIS MALAYSIA

Kanak-kanak Tabika Perpaduan mengibar Jalur Gemilang pada majlis perayaan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam. LIMA puluh dua tahun dahulu, anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan negara. Kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air tercinta menjadi agenda utama. Kini, nasib bumi bertuah ini sudah jauh berbeza. Hari ini, generasi muda pelbagai kaum menikmati kemakmuran dan kemewahan negara selepas bebas daripada belenggu penjajah. Malah, semangat patriotisme, jati diri cintakan negara dipupuk ke atas generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara. - Utusan

Pertahankan keistimewaan perpaduan rakyat berbilang kaum

HARI ini semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Tetapi suasana sambutan di seluruh negara tidak seperti biasa kerana ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan puasa Ramadan. Sambutan di peringkat Pusat, dibuat sederhana di Dataran Parlimen. Usia 52 tahun amat besar maknanya. Pelbagai peristiwa dan pengalaman pahit manis telah kita sama-sama harungi. Apabila menonton iklan hari kemerdekaan di televisyen, ia membawa kenangan manis dan menyentuh jiwa semua lapisan masyarakat kita yang berbilang kaum. Dalam suasana hubungan kaum yang kini diasak dengan tindakan provokasi dan tuduhan melampau demi kepentingan kaum masing-masing, elok kita sama-sama renung dan fikirkan apa akan kita lakukan selepas ini. Adakah semua kaum di negara ini mahu bercakaran dan musnahkan perpaduan yang telah dijalin sejak lebih 52 tahun itu? Ada kebenaran dalam perutusan Hari Kemerdekaan Perdana Menteri bahawa membaik pulih jambatan sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok

Bersihkan imej Islam akibat tindakan si jahil

Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM TINDAKAN sekumpulan pihak yang mengarak serta memijak kepala lembu ketika membuat bantahan tentang cadangan pembinaan kuil di Selangor sebenarnya suatu tindakan yang jahil bersulamkan kebiadapan melampau. Kebiadapan mereka itu walaupun kelihatan seperti membela hak orang Islam di Malaysia, namun ia jelas ketara tambah memburukkan lagi imej Islam di mata golongan bukan Islam. Label dan momokan Islam sebagai agama yang ganas seolah-olah sudah disahkan oleh tindakan bodoh mereka. Islam amat bertegas tentang penghinaan kepada agama lain yang bakal mengundang permusuhan yang tidak berkesudahan kerana setiap insan akan bermati-matian mempertahankan akidah anutan mereka walau dengan nyawa sendiri. Larangan provokasi ini dijelaskan oleh al-Quran, maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokk

Rahsia formula kejayaan

Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT justeru di atas rahmat dan limpah izin-Nya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah da

UMNO Selangor sifatkan keputusan kerajaan negeri 'terlambat'

SHAH ALAM 30 Ogos - UMNO Selangor menyifatkan keputusan kerajaan negeri mahu mengadakan perbincangan dengan penduduk Islam Seksyen 23 yang membantah keras pembinaan kuil di kawasan mereka sebagai sudah 'terlambat'. Sambil membidas keputusan itu, Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya berbincang sebelum memutuskan untuk membina rumah ibadat itu di kawasan berkenaan. Tegasnya, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah pandangan penduduk Islam yang majoriti mendiami di kawasan perumahan itu. ''Bantahan yang dikemukakan oleh penduduk sebelum ini langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. Bila penduduk buat perhimpunan dan arak kepala lembu, barulah mereka nak dengar, nak berbincang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan negeri semalam yang akan mengadakan pertemuan secara terbuka dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini bagi membincangkan isu pengalihan

Sivakumar layak kena ESCAR - Perkasa

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Tindakan tegas menggunakan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 (ESCAR) adalah selayaknya bagi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan Sivakumar dengan mengeluarkan arahan untuk mengadakan sidang DUN Perak Rabu ini tanpa perkenan jelas merupakan penderhakaan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tegas beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak termasuk Speaker barunya, Datuk R. Ganesan adalah sah secara demokrasi setelah diputuskan oleh baginda dan mahkamah. "Ini bermakna perbuatan Sivakumar itu selain mencabar dan menderhaka kepada Sultan Azlan Shah kerana tidak terlebih dahulu mendapat perkenan baginda, beliau juga telah mencabar keputusan mahkamah itu. "Selayaknya Sivakumar dikenakan tindakan mengikut ESCAR atau mana-mana peruntukan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu jelas akan meng

Bukan gimik Pilihanraya..ini benar : Penyokong kuat Pas sertai UMNO

MACHANG 30 Ogos - Seramai 27 ahli dan penyokong Pas di Kampung Chekak 2, Paloh Rawa, dekat sini menyertai UMNO setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti tersebut yang lebih banyak berpolitik dan menolak perpaduan sesama bangsa serta agama. Penyertaan mereka itu diterima oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu majlis di rumah bekas ketua Pas cawangan kampung tersebut, Mokhtar Che Harun, 63, yang turut mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO. Mustapa berkata, ia adalah petanda rakyat Kelantan semakin menerima UMNO apabila melihat parti itu sebagai ejen perpaduan yang mampu mengubah nasib mereka. "Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini adalah petanda jelas bahawa rakyat Kelantan semakin menerima UMNO. "Kita dapati ramai ahli Pas sudah berpaling tadah dan mereka inginkan perpaduan. Mereka melihat UMNO sebagai ejen perpaduan, sebuah parti yang membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia

Usah bertelagah - Ali Rustam

MELAKA 30 Ogos - Rakyat perlu merenung sejenak sehingga bila mereka dapat mengecapi erti kemerdekaan dan kemakmuran negara ini, jika asyik bertelagah sesama sendiri, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. ''Dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh lagi terus bertelagah sesama sendiri kerana bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang, (ia) memerlukan setiap rakyat bersatu dan berganding bahu,'' katanya dalam perutusan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-52 peringkat negeri Melaka, esok. Mohd. Ali berkata, krisis ekonomi global berikutan lonjakan harga minyak dan ditambah pula krisis makanan yang turut menghambat kesenangan serta kemakmuran dinikmati rakyat negara ini perlu ditangani bersama dan boleh dijadikan iktibar untuk rakyat terus berjimat cermat setiap masa. Beliau berkata, rakyat pelbagai kaum hendaklah menghayati dan menginsafi pentingnya perpaduan sebagai benteng pertahanan negara bagi menghadapi sebarang ancaman dari dalam dan luar

Henti hasut kaum India - KDN

Oleh ARSHAD KHAN pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi amaran keras kepada semua pihak agar berhenti daripada menghasut kaum India terutama melalui Internet berhubung bantahan keterlaluan terhadap pembinaan kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam. Bagi memastikan keadaan terkawal, KDN bersama dua lagi kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan agensi masing-masing mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang melakukan hasutan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah bersetuju agar tindakan bersama tiga kementerian diambil untuk mengawal keadaan. "Mengenai tindakan sesetengah pihak yang menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, saya ingin menjelaskan bahawa polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang men

Rakyat perlu kembali sepakat - TPM

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu kembali bersepakat dan meletakkan keyakinan terhadap Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara merdeka dan harmoni, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus sedar bahawa tempoh 50 tahun akan datang membawa bersama cabaran lebih besar yang menuntut semua kaum bersepakat dan saling mempercayai untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Beliau menegaskan, kesemua halangan itu tidak akan menjadi sukar sekiranya rakyat berusaha keras menjayakan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kesemua cabaran dan rintangan itu dapat diatasi dan negara akan dapat mengekalkan keharmoniannya jika agenda pembangunan negara bangsa selepas 52 tahun merdeka menerusi gagasan 1Malaysia dijayakan. "Tempoh 52 tahun merdeka sepatutnya menjadikan kita matang dan sentiasa berhati-hati mengelak kerencaman penduduk pelbagai bangsa dan agama daripad

Hindari perkauman melampau

Anak-anak yatim Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan beberapa rumah amal mengibarkan Jalur Gemilang semasa majlis berbuka puasa bersama Rosmah Mansor anjuran majalah Eh! dan Hotel Nikko di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 30 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan bahawa masyarakat yang memilih semangat perkauman yang fanatik dan menyesatkan bakal berhadapan dengan kehancuran. Beliau berkata, sejarah telah membuktikan semangat perkauman yang sempit akan hanya membawa bencana dan kehinaan kekal kepada satu-satu masyarakat. "Janganlah di atas kepentingan sempit peribadi ataupun rasukan semangat fanatik perkauman yang membuak-buak kita gagal melihat pentingnya perpaduan di kalangan warganegara Malaysia yang tercinta ini. "Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan di ambang kemerdekaan marilah kita menanam semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini,'' katanya. Beliau yang

Hishammuddin Issues Stern Warning Against Disruptive Actions

KUALA LUMPUR, Aug 30 (Bernama) -- Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein today issued a stern warning to any group which resorted to actions that could jeopardise public order and national security. He was referring to the demonstration by residents on Friday against the building of a Hindu temple in Section 23, Shah Alam. He stressed that in issues involving race and religion, the government would not bow to pressure and would not hesitate to act against those who refused to heed to such a warning. "If such incidents are not curbed, they could result in prolonged communal tension and conflict, and I see this (temple) issue as a very sensitive issue," he said in a statement Sunday. Hishammuddin said although there were calls for him to invoke the Internal Security Act in addressing the issue, the Act would only be used as a last resort or in a situation which could harm national security. "I also wish to state that there are other laws that can be used in such a

Manik Urai Residents To Break Fast With PM On Sept 7

KUALA KRAI, Aug 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will join residents of Manik Urai at a breaking of fast on Sept 7. Kelantan Umno liaison chief Datuk Mustapa Mohamed said the function to be held at the MARA Junior Science College (MRSM), here, would be attended by about 10,000 residents. "The prime minister's presence is in appreciation of the support given by Manik Urai voters during the by-election last month," he told reporters after meeting with officers and staff of the South Kelantan Development Authority (Kesedar), here, Sunday. In the by-election on July 14, PAS candidate Mohd Fauzi Abdullah defeated Tuan Aziz Tuan Mat from Barisan Nasional with a slight majority of 65 votes. "Although BN lost, it was a moral boost for BN," he said. Mustapa, who is also International Trade and Industry Minister, said Najib would also deliver a briefing on development to be carried out in Manik Urai. He said that since January, the federal governmen

Government Spends RM12 Million Develop Manik Urai

GUA MUSANG, Aug 30(Bernama) -- The government has spent RM12 million to implement several projects for the benefit of the people living in the Manik Urai constituency as promised in the July 14 by-election. Kelantan Umno chief Datuk Mustapa Mohamed said the implementation of projects proved that the Barisan Nasional government was serious in providing what was promised. He said from the allocation, RM3.5 million was to repair schools, RM2 million to repair and build new houses for the poor and another RM4 million on building roads in the constituency. Mustapa said, the balance of RM7.9 million was channeled to government agencies, including the Public Works Department and the Kelantan Federal Development Department. "We are planning to implement many more facilities in Manik Urai with new applications being forwarded to Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak," � he told reporters after having a meeting with Kelantan Selatan Development Authority staff here, Sunday. He

Tear down divisive walls: Najib

KUALA LUMPUR: Likening unity to bridges that connect the people and disunity to walls that divide them, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tonight urged the people to repair their bridges and tear down the divisive walls that existed among the races. Addressing the nation in his first National Day message as the prime minister, Najib said the passing of time saw the bridges, which were painstakingly built by the nation's founding fathers, becoming shaky due to attempts by certain quarters whom he described as opportunistic groups out to exploit frictions among the people. Najib said these groups were exploiting the slip lines that existed among the society, be they are political, religious or social, to satisfy their narrow agenda. In any case, Najib said, the people should continue to manage the success and build upon what had been achieved thus far by continuously nurturing unity. "Bear in mind that what we have now will not necessarily becomes better. O

Cabaran rakyat Malaysia baik pulih 'jambatan'

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh. Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka. Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini. “Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada. “Buktinya, lipatan sejara

All should condemn act of provocation, says Ti

PETALING JAYA: All political parties should condemn the acts of provocation displayed by the group protesting the relocation of a temple in Shah Alam, said MCA non-governmental organisation liaison bureau chairman Datuk Ti Lian Ker. He said the protesters’ actions were seditious in nature and absolutely abhorrent. “I call upon all political parties to disassociate themselves from and condemn this despicable act in the spirit of our coming National Day celebrations,” he said in a statement here yesterday. Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said Muslims should put aside their differences during Ramadan. “Those who took part in the protest should not forget that there are laws in our country and they have to abide by it. “There are proper channels for them to express their disagreement,” Dr Rais added. The Malaysian Hindu Sangam has asked its members to remain calm and not to carry out any demonstrations against Friday’s protest. However, the as

Amanah Saham shares to help recipients ease financial burden

PETALING JAYA: The hardcore poor in urban areas will likely get RM10,000 each in the form of Amanah Saham shares to supplement their income. Federal Territory Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said 10,000 people were expected to benefit from the scheme. “This could ease the financial burden of those living in urban areas, where the cost of living is high,” he said when contacted yesterday. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Friday that the Government would allocate RM100mil worth of Amanah Saham shares to the urban poor. Raja Nong Chik said restrictions on withdrawal would be imposed on the principal investment provided for the hardcore poor. “It would defeat the purpose if the recipients are allowed to withdraw the capital immediately. “The recipients will only be allowed to withdraw the dividend earned, which will supplement their income on a long-term basis,” he said. Raja Nong Chik also said that the Implementation Coordination Unit (ICU) i

Dr Mahathir doa negara terus maju

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak dapat menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang buat julung kali akan diadakan di Dataran Parlimen, esok. Tanpa menjelaskan sebab ketidakhadirannya, bekas Perdana Menteri yang menulis demikian dalam blognya, tetap mendoakan Malaysia akan terus selamat. "Sebagai rakyat biasa, saya akan tumpukan perhatian terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam negara dan akan cuba menyumbang setakat yang mampu. Saya yakin rakyat akan turut melakukan perkara sama kerana rasa sayang kepada negara sekali gus ingin melihat Malaysia terus maju," katanya. Dr Mahathir berkata, sambutan kemerdekaan kali ini juga jelas kurang meriah berbanding sebelumnya di Dataran Merdeka atau Putrajaya berikutan wabak selesema babi Influenza A (H1N1), tetapi itu semua tidak sepatutnya menghalang rakyat daripada melahirkan rasa bangga dan patriotisme terhadap negara. - Berita Harian

Umat Islam belanja RM1.7b untuk berbuka, hari raya

Oleh Ahmad Naim Tahir dan Rohaniza Idris bminggu@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya RM1.7 bilion dibelanjakan umat Islam sepanjang Ramadan bagi membeli keperluan berbuka dan membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Angka itu berdasarkan anggaran purata perbelanjaan RM100 bagi setiap individu Islam di negara ini yang kini mencecah kira-kira 16 juta orang, sama ada kos itu dikeluarkan individu terbabit atau pembelian kelengkapan untuk mereka ditanggung pihak lain melalui aktiviti amal jariah. Perbelanjaan untuk Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu berikutan kedudukan ekonomi negara yang semakin pulih hasil pelbagai program rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan. Profesor Ekonomi, Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani, berkata rakyat akan berbelanja lebih sedikit untuk Aidilfitri kali ini kerana keadaan ekonomi semakin baik, selain pengguna tidak mempunyai bebanan lain selain persiapan h

SEMARAK MERDEKA

Sebahagian peserta raptai begitu riang dan sudah bersedia untuk menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan 31 Ogos esok. Walaupun sedang menjalani ibadah puasa, para peserta yang mengambil bahagian dalam raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 tetap bersemangat tinggi semasa membuat persembahan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut menyaksikan raptai itu yang disertai oleh kira-kira 10,000 peserta. - Utusan

Malaysia 52 tahun merdeka

Oleh Hafizahril Hamid TUNKU Abdul Rahman menerima watikah kemerdekaan daripada wakil Ratu Elizabeth II di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman bersama delegasi ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. PERARAKAN menentang komunis yang di ketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan. Dalam konteks kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai har

Jangan sampai rakyat bosan

BERA 29 Ogos - MCA diminta menyelesaikan segera isu dalaman parti itu bagi mengelak rakyat bosan sehingga boleh menjejaskan keutuhan Barisan Nasional (BN). Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha memperkukuhkan parti bukan sahaja tertumpu kepada UMNO tetapi parti-parti dalam komponen BN juga perlu mengambil tindakan sama. Katanya, parti lain juga perlu menjadi lebih mantap bagi memperkuatkan BN dan menarik semula sokongan kaum masing-masing supaya bersama-sama kerajaan dalam pilihan raya akan datang. "Saya bersetuju kita tidak boleh campur tangan urusan dalaman parti lain tetapi kepimpinan parti dalam komponen BN perlu kukuh dan stabil. "Sokongan kaum Cina kepada BN masih belum jelas dan jika MCA terus bergolak usaha menarik sokongan kaum tersebut menjadi bertambah sukar," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Hidayah dan Tadarus al-Quran anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Selesai masalah dengan matang

KUALA LUMPUR 29 Ogos - MCA perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan matang dan secepat mungkin supaya tidak menjejaskan reputasi Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, kemelut yang melanda MCA akhir-akhir ini adalah masalah dalaman parti itu dan parti lain tidak sesuai untuk campur tangan. "Orang luar memang tidak sesuai untuk menolong menyelesaikan masalah MCA kerana itu umpama hal peribadi sesebuah parti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Rabu lalu, Majlis Presiden MCA menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin Parti untuk memecat keahlian bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta. Ko Youn berkata, pihaknya berharap MCA akan menggunakan cara demokratik untuk menyelesaikan konflik yang mereka hadapi sekarang. Menurutnya, konflik berkenaan akan mendapat perhatian pelbagai pihak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan kedudukan MCA termasuk reputasi BN. &qu

Sentuhan Ramadan bantu murid miskin

MUHAMMAD Ali Hashim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di kalangan pelajar kurang berkemampuan pada Majlis Sentuhan Ramadan dan Pelancaran Bazar Tujjar Ramadan di Masjid An-Nur Kotaraya, Johor Bahru, kelmarin. JOHOR BAHRU 29 Ogos - Seramai 65 murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan dari 13 buah sekolah sekitar bandar raya diraikan pada Majlis Sentuhan Ramadan di sini, semalam. Majlis tersebut dianjurkan oleh Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Johor (DPIMNJ) dan Masjid An-Nur Kotaraya dengan kerjasama Damansara Assets Sdn. Bhd. Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, Sentuhan Ramadan itu merupakan yang kelima diadakan bersama dengan DPIMNJ dan juga penyewa-penyewa Kompleks Johor Corporation. Beliau berkata, majlis yang dijadikan sebagai acara tahunan itu bukti dan komitmen DPIMNJ kepada masyarakat khususnya golongan yang kurang berkemampuan. "Majlis in

Saham: Miskin tegar, ibu tunggal paling layak

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yakin golongan miskin tegar dan ibu tunggal sebagai golongan paling layak untuk menerima peruntukan RM100 juta dalam bentuk saham amanah. Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, pemberian kepada golongan tersebut dapat membantu mereka menghadapi krisis ekonomi untuk jangka panjang. Beliau berkata, peruntukan tersebut adalah yang terbaik untuk dilaksanakan pada masa ini memandangkan kenaikan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. "Kami menyambut baik pengumuman tersebut dan gembira kerana kerajaan akan melaksanakannya. Ia adalah satu tindakan yang akan mengukuhkan ekonomi rakyat,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk saham amanah bagi membantu golongan miskin di bandar. Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan

TPM lawat Restoran Rakyat 1Malaysia

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my MUHYIDDIN Yassin melawat Restoran Rakyat 1Malaysia sambil diiringi Rahim Baba (tengah) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 29 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat Restoran Rakyat 1Malaysia iaitu sebuah restoran berteraskan kepada kebajikan rakyat di Medan Tuanku di sini. Kedatangan Timbalan Perdana Menteri disambut Yang Dipertua Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah), Datuk Rahim Baba serta pemimpin-pemimpin kanan koperasi berkenaan. Terdahulu Muhyiddin menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di bangunan berhadapan dengan restoran tersebut. Rahim ketika ditanya reaksinya berkata, Timbalan Perdana Menteri terkejut apabila mendapati harga makanan yang dijual di restoran milik koperasi itu murah. ''Timbalan Perdana Menteri telah berpesan kepada kami supaya meneruskan u

Jangan cetus pertelingkahan

Oleh SAIFULIZAM MOHAHAMAD pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaum tanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam . Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan seumpama itu terpaksa diambil kerana keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan rakyat serta keamanan negara. "Pertimbangan dan keutamaan saya adalah keamanan negara dan keselamatan rakyat pelbagai kaum. "Oleh itu saya telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum tidak kira kaum dan agama,'' katanya. Beliau mengulas tindakan 200 penduduk Islam di Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa NGO berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawas

Kerajaan tingkat usaha tambah pendapatan golongan berpendapatan RM3,000

MUAR 29 Ogos — Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membantu 40 peratus daripada rakyat negara ini yang memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka selaras dengan enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun kumpulan rakyat terbabit tidak tergolong di dalam kategori miskin tetapi usaha tetap perlu digerakkan untuk membantu mereka menambah pendapatan. “Kita menggalakkan pihak-pihak berkuasa tempatan supaya mengeluarkan lesen-lesen perniagaan kecil supaya mereka dapat menambah pendapatan sama ada di dalam dan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Bukit Pasir, Pagoh di sini, hari ini. Beliau berkata bagi di bandar yang memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan, mereka tetap berhadapan dengan kesulitan hidup berikutan kos sara hidup yang tinggi di kawasan-kawasan bandar. Muhyiddin berkata kerajaan komited terhadap segala usaha untuk memastikan setia

Government to also help those not classified as poor

MUAR: The government is to intensify efforts to assist people earning RM3,000 and more to increase their income in line with the six National Key Result Areas (NKRA), Tan Sri Muhyiddin Yassin said today. The deputy prime minister said this 40 per cent of the population was not in the poor category but needed to be helped as well. "We encourage the local authorities to issue small business licences to these people so that they can earn extra income whether in the urban or rural areas," he told reporters after a visit to the Bukit Pasir Ramadan Bazaar in Pagoh here. Muhyiddin said a monthly income of RM3,000 was not big for an urban resident as the urban cost of living was high. He also said that the government was committed to ensuring the attainment of the targets of the NKRA and the Key Performance Indicators (KPI) as they were the buttress of the administration. He said the commitment was strengthened with the appointment of Datuk Seri Idris Jala as the Minister

Puasa berupaya jadikan umat Islam lebih berperkerti mulia: Najib

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata ibadat puasa berupaya menjadikan umat Islam lebih berpekerti mulia agar terus dihormati penganut agama lain. Perdana Menteri berkata, bulan Ramadan bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi satu kaedah tarbiyah yang mampu mendidik seorang Muslim dari segi rohani, jasmani dan emosi. "Menerusi ibadat puasa, umat Islam akan lebih tinggi kualiti peribadinya. "Hanya yang mempunyai kualiti peribadi yang disukai Allah seperti amanah, tawaduk, pemurah, cintai perpaduan, sifat yang terpuji untuk peribadi seorang Muslim," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin di Masjid Kampung Sungai Miang, dekat sini, hari ini. Terdahulu beliau menunaikan solat Isyak dan tarawih di masjid berkenaan. Najib berkata, umat Islam juga perlu menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk lebih membantu golongan yang memerlukan. &

Resolve internal crisis soonest, Najib tells MCA

KUALA LUMPUR: The MCA should resolve its internal crisis as soon as possible, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. “Finding a solution to the crisis is crucial to Barisan Nasional, but it will depend on the willingness of the two camps in MCA. “The sooner the crisis is resolved, the better,” he said. “But we will have to wait until both sides are willing and also if there is a party who wants to become a mediator and so on,” he told reporters after the opening of the inaugural National Economic Advisory Council meeting here yesterday. Najib was asked to comment on pressure by some MCA divisions in Johor for Datuk Seri Ong Tee Keat to take a break temporarily from carrying out his duties as party president until several issues associated to him were resolved. The Prime Minister said, at the initial stage, both sides were adamant with their own views. “I hope both sides will always think of the interest of Barisan,” he said. Najib reiterated that he would have to adhere

Umat Islam Malaysia bertuah tidak dilanda konflik - TPM

TANGKAK 28 Ogos - Masyarakat Islam di negara ini perlu menghargai kesejahteraan dan keamanan yang dipupuk sejak sekian lama tanpa perlu bimbang akan berlaku konflik sebagaimana di negara Islam lain seperti Iraq dan Afghanistan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, umat Islam di negara ini perlu berasa bertuah kerana mampu menjalani kehidupan harian dengan penuh harmonis, tanpa diancam dengan bahaya pergolakan bersenjata serta konflik. "Banyak negara lain yang menghadapi masalah sehingga menjejaskan kehidupan mereka termasuk pergaduhan sesama sendiri, perang saudara, pergaduhan antara puak dan penjajahan seperti yang dihadapi di Iraq," katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Masjid Jamek Al Muhajirin Felda Seri Ledang hari ini. Muhyiddin berkata, pergolakan yang berlaku di negara Islam terbabit boleh menjejaskan rakyat sehingga tidak dapat mencapai kemajuan dan mengak