Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Karpal desak Anwar jelas kekeliruan isu Ketua Menteri bergilir

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang. Karpal mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik. "DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata, formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pi

We are confident Isa will do well, says Muhyiddin

By LESTER KONG and ZULKIFLI ABD RAHMAN PORT DICKSON: Former Negri Sembilan mentri besar Tan Sri Isa Samad is the Barisan Nasional candidate for the Bagan Pinang by-election on Oct 11. Deputy Umno president Tan Sri Muhyiddin Yassin, before making the announcement, teased the thousands of Barisan supporters and local Bagan Pinang folk by asking who they wanted as the by-election candidate. Wide support: A large crowd of people turned up during the announcement of Barisan Nasional’s candidate for the Teluk Kemang constituency Tuesday. The crowd shouted out Isa’s name and Muhyiddin said: “Yes, it will be Isa.” The moment Isa’s name was announced at a Hari Raya do in Batu 6, Teluk Kemang here, the crowd cheered and roared in approval. Muhyiddin, the Barisan election director, said the decision was made based on a detailed study on the wishes of the local Bagan Pinang community. “We are confident that with his qualifications and support from the local community, Isa wil

Keakraban Anwar, tokoh propeperangan AS diragui

Datuk Mukhriz Mahathir KUALA LUMPUR: Pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh politik propeperangan Amerika Syarikat, Richard Haas, minggu lalu di New York, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian politiknya berhubung isu Asia Barat. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap pertemuan sulit Anwar dengan Haas yang juga Presiden Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat itu adalah bagi memenuhi kehendaknya yang terdesak untuk mendapatkan perhatian sekali gus menggambarkan sifat kepura-puraannya. "Ada masanya, Anwar mengeluarkan kenyataan berbelah bahagi berkaitan isu keamanan di Asia Barat dan pada satu masa lain Anwar terus bekerjasama dengan tokoh politik propeperangan. "Anwar yang lazimnya tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu serius nampaknya ketagih sokongan asing yang tentunya sesuatu yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di si

'DAP, PKR usah campur tangan dalaman Pas' - Dewan Pemuda

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail nazuri@bharian.com.my Dewan Pemuda anggap gesaan letak jawatan melampau SHAH ALAM: Dewan Pemuda Pas Selangor menasihatkan wakil rakyat dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu dengan mendesak Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Timbalan Ketuanya, Ahmad Zaidy Ahmad Mutalib, berkata wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak sepatutnya bertindak melangkaui sempadan apabila membuat desakan itu kerana pelantikan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri adalah hak parti itu. "Kita minta mereka ini tidak mencampuri urusan dalam Pas. Desakan mereka ini (pecat Hasan) sudah melangkaui sempadan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Ahmad Zaidi berkata, biarpun ada perbezaan dalam parti itu sendiri mengenai tindakan Hasan mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertangggungjawaban dan Ke

Selcat usah perbodoh penjawat awam

PELBAGAI isu yang kini melanda kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor menimbulkan pelbagai tanda tanya segenap lapisan rakyat. Terbaru, pendedahan mengenai tindak-tanduk ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang dikatakan membuli, menghina dan mengaibkan pegawai kerajaan negeri termasuk pegawai daerah berkaitan beberapa isu khususnya membabitkan agihan dana peruntukan dewan undangan negeri ketika pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Kami, Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia ingin menyuarakan keprihatinan dan tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan Selcat terhadap penjawat awam terbabit dengan isu berkenaan dan isu berbangkit lain. Kita kena ingat penjawat awam golongan berkecuali atau tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sama ada kerajaan yang menerajui kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) atau PR, golongan penjawat awam terus menjalankan tugas mereka tanpa memilih bulu, latar belakang agama, ketur

Shahrir: Isa should support, not contest

JOHOR BARU: Tan Sri Isa Samad should weigh the possibility of supporting a new candidate for the Bagan Pinang elections, Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said. He said that if Isa contested, he would definitely win as he had the full support of the community but it would be a good time for him to help pave the way for a generational shift. “I feel that the decision should lie in the hands of the party,” he said at his Hari Raya open house in Dewan Tebrau here. “We do not want to be known as a party of senior members or tok, tok (elderly), but we also want to pave the way for the younger generation,” he said. He said the idea of a generational shift should not only be considered in by-elections like in Bagan Pinang but also at the 13th general election. “As for the voters in Bagan Pinang, I hope that they will consider a candidate who will be able to help and put their interests forward and has a close relationship with the Federal Government,” he said. When asked if he thought

10 hujah Nik Aziz mesti berundur

Oleh saiful haizan hasam saiful.hasam@utusan.com.my KUALA LUMPUR 27 Sept. - 'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak. Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990. Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim: n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru. n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir. n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah

We’re 1Malaysia family

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on Muslims and the people of Malaysia to strengthen harmony and break down any prejudice for the sake of the future generations. “Let us make use of occasions like this to restore and strengthen relations among us Muslims and among us Malaysians,” he said in his Hari Raya message. Najib also called on the people “to repair the existing bridge and to expand it by building new ones.” “Let’s break down the walls of prejudice, hatred and apathy for the sake of our children’s future,” he said. He called on Muslims in Malaysia to carry the torch of unity and progress, saying that as the community which formed the majority, they not only had the right but more importantly, the responsibility to shoulder. He also called for the open house tradition to be continued and to be given a new meaning not only to open the door of the house to guests but also to open “the door of the hearts” to all, including the non-Musl

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

RUNTUH LAGI ... Keadaan persekitaran kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Wangsa Height di Bukit Antarabangsa di mana berlakunya kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 5.30 petang semalam, dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat yang mengakibatkan cerun terbabit runtuh. - BERNAMA KUALA LUMPUR 20 Sept. - Lagi kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Dalam kejadian petang semalam sebuah kereta Ford yang diletak di tempat meletak kenderaan kondominium Wangsa Heights di Jalan Wangsa 7, Bukit Antarabangsa di sini tertimbus akibat di hempap batu cerun yang runtuh. Berdasarkan siasatan awal, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.00 petang itu disebabkan hujan lebat sejak dua hari lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, bagaimanapun polis hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 8.30 malam oleh salah seorang penghuni. Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada IKRAM dan MPAJ untuk tindakan susulan. "Berdasark

Dua beradik yatim rindu masakan ibu

MOHD RAFIQ mencuba pakaian kepada Siti Atikah ketika mereka diraikan Carrefour untuk membeli pakaian raya, semalam. PUTRAJAYA: Sambutan Aidilfitri kali ini tidak lagi semeriah biasa bagi pasangan dua beradik Mohd Rafiq Mohamad, 11, dan adiknya Siti Atikah, 10, kerana mereka mungkin terpaksa berhari raya tanpa kehadiran ibu dan 12 beradik lain yang berada di Terengganu. Mohd Rafiq dan Siti Atikah terpaksa tinggal di rumah kebajikan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Sepang, dekat sini, sejak empat bulan lalu kerana ibunya tidak mampu menanggung kehidupan mereka sekeluarga selepas kematian bapa mereka, dua tahun lalu. "Saya dan Atikah sememangnya gembira kerana mendapat ramai kawan di tempat baru ini tetapi kami sentiasa merindui masakan ibu dan berhari raya bersama keluarga di kampung di Kemaman, Terengganu. "Kami juga berharap dapat pergi menziarahi pusara ayah di Temerloh, Pahang bersama ibu dan adik beradik lain pada hari raya ini," ka

MIC perlu diterajui pemimpin muda

Oleh Magendran Rajagopal magendran@bharian.com.my Tindakan raih kembali sokongan kaum India KUALA LUMPUR: MIC perlu memperbaharui struktur kepemimpinannya bermula dengan kerusi Presiden untuk memberi peluang kepada generasi muda menerajui pucuk pimpinan parti itu jika mahu meraih kembali kepercayaan masyarakat India. Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Sarjit Singh Gill, berkata sudah tiba masa Datuk Seri S Samy Vellu selaku pemimpin hampir 30 tahun memikirkan masa depan parti secara serius, bukan hanya mengutamakan kepentingan peribadi. "Samy Vellu perlu merangka peralihan kuasa supaya menyuntik semangat baru yang mampu mendorong ahli kembalikan kegemilangan. "MIC berusia lebih 60 tahun termasuk 30 tahun di bawah Samy Vellu dan perlu mengambil berat keperluan mewujudkan pemimpin pelapis generasi muda. MIC perlu utamakan demokrasi dan dengar rintihan akar umbi," katanya, semalam

Obama, isteri sampaikan salam Aidilfitri kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle, menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan Aidilfitri, hari ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini, Obama berkata: "Ketika umat Islam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyempurnakan ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri, Michelle dan saya ingin menyampaikan ucapan peribadi kami pada hari yang menggembirakan ini," katanya. Obama berkata, Aidilfitri adalah masa penuh kegembiraan sempena menyambut berakhirnya Ramadan. "Ketika sambutan ini, umat Islam memperingati golongan tidak bernasib baik termasuk orang miskin dan mereka yang mengalami kelaparan, konflik dan penyakit. "Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam memungut zakat supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan dengan gembira," katanya. - Berita Harian

Kunjung mengunjungi eratkan lagi silaturahim: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Rumah terbuka sempena Aidilfitri membolehkan rakyat pelbagai kaum di negara ini menjalinkan perhubungan yang rapat dan erat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berharap tradisi kunjung mengunjung ke rumah terbuka dapat mengeratkan lagi silaturahim antara umat Islam serta hubungan yang baik dengan penduduk yang bukan beragama Islam. "Dengan penduduk negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, rumah terbuka membolehkan kita menjalinkan perhubungan yang rapat sesama kita. Penganut agama lain dapat melawat rakan-rakan Islam mereka ketika rumah terbuka. "Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat lagi," katanya dalam perutusan Aidilfitri yang dikeluarkan di sini, semalam. Muhyiddin berkata, umat Islam di negara ini bertuah kerana dapat merayakan Aidilfitri dalam keadaan aman, selamat dan bebas daripada apa-apa malapetaka.

Sambutan unik Aidilfitri cara 1Malaysia

Oleh MUHAMMAD ZIKRI pengarang@utusan.com.my PONTIAN 19 Sept. - Malaysia meneruskan tradisi unik sebagai negara majmuk dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam bersama-sama penganut agama lain. Suasana sedemikian bukan sahaja dapat dilihat di bandar-bandar tetapi juga di kampung apabila rakan taulan yang bukan beragama Islam mengunjungi rumah terbuka, malah lebih membanggakan bersama-sama membantu kenalan mereka membuat persiapan menyambut Syawal. Bagi masyarakat di Kampung Permatang Duku, Benut, kemeriahan sambutan Aidilfitri turut dirasakan oleh masyarakat Tionghua dan India. Sesuai dengan imej kampung yang pernah memenangi Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan, masyarakatnya sentiasa saling membantu. Keadaan itu dapat dilihat di rumah Rafeah Nor , 65, yang gembira menyambut kehadiran rakan-rakan bukan sahaja dalam kalangan kaum Melayu tetapi juga kaum lain. Rafeah berkata, pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran para tetamu ba

Samy Vellu bukan lagi 'jaguh' kaum

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terus menerima tekanan apabila diminta meletak jawatan oleh beberapa pemimpin parti itu yang melihat beliau bukan lagi 'jaguh' bagi kaum India di negara ini. Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany berkata, Samy Vellu perlu meletak jawatan kerana beliau menjadi liabiliti kepada MIC dan juga Barisan Nasional (BN) selepas hilang kepercayaan daripada sebahagian besar masyarakat India. "Samy Vellu patut meletak jawatan bukan sebab beliau terlalu lama menjadi Presiden, tetapi memandangkan beliau kini menjadi liabiliti kepada parti setelah rakyat melihatnya bukan lagi 'jaguh' bagi kaum India," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya gagal. Dr. Mahathir bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan par

Pemimpin BN perlu komited bawa perubahan

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu komited untuk membawa perubahan dalam parti jika tidak mahu rakyat menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemimpin parti komponen perlu sedar dan memikirkan kesan secara keseluruhan kepada BN jika mereka gagal membawa perubahan dalam parti masing-masing. Jelasnya, soal sama ada baik atau tidak seseorang pemimpin menerajui parti untuk tempoh yang lama adalah terpulang kepada penerimaan rakyat dan ahli parti tersebut. "Seseorang pemimpin itu juga perlu memikirkan apa yang hendak dilakukan jika sudah ada tanda-tanda penolakan rakyat terhadap kepimpinannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal. Menurut bekas Perdana Menteri i

'Kecaman asam garam ahli politik'

DR. MAHATHIR MOHAMAD KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap kritikan dan kecaman terhadapnya termasuk apa juga penghinaan adalah asam garam yang perlu diterima sebagai ahli politik. Katanya, tindakan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan supaya menggantung kalungan selipar pada gambarnya kerana marah dengan teguran beliau kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini juga bukan sesuatu yang baru. "Saya ditanya berkali-kali oleh media bagaimana perasaan saya apabila perkara itu terjadi dan jawapan saya adalah ia bukan perkara baru. "Sebagai ahli politik, seseorang harus menerima kecaman atau penghinaan sedemikian rupa. Jadi apa yang berlaku tidak membawa sebarang perbezaan sekarang," kata beliau dalam blognya, http://chedet.co.cc/chedetblog. Perwakilan MIC yang mengemukakan cadangan 'kalungan selipar; tersebut, M. Sukumaran yang juga Timbalan Ketua MIC Bahagian Paya Besar telah pun memohon maaf secara te

Pecah benteng prasangka

Oleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my PM mahu rakyat Malaysia perkukuh semangat muhibah KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam dan rakyat Malaysia memperkukuhkan semangat muhibah dan memecahkan benteng prasangka demi masa depan generasi muda. "Marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang dingin dan retak sesama kita umat Islam dan juga sesama kita rakyat Malaysia," katanya. Beliau mengajak rakyat memperbaiki jambatan sedia ada dan membina rangkaian jambatan persefahaman yang baru. "Pecahkan benteng prasangka, kebencian dan ketidakpedulian yang ada demi masa depan lebih baik untuk anak-anak kita," katanya dalam perutusan Aidilfitri pertama sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Beliau berkata, umat Islam Malaysia harus menjadi pembawa obor perpaduan serta kemajuan dan selaku kaum majoriti di negara ini, mereka bukan saja mempunyai ha

Hari Raya wadah pamer persefahaman: Tee Keat

KUALA LUMPUR: Perayaan seperti Aidilfitri adalah satu daripada wadah terbaik untuk mempamerkan semangat persefahaman, keprihatinan dan saling menghormati di kalangan rakyat berbilang kaum Malaysia, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau berkata, Aidilfitri bukan hanya sekadar mengunjungi rumah terbuka dan menikmati juadah Hari Raya tetapi berkongsi kegembiraan orang Islam. "Ketika rakan beragama Islam kita meraikan Syawal selepas sebulan berpuasa dan menahan diri, kita juga berkongsi dan turut serta dalam meraikan perayaan mereka," katanya. Ong berkata, sementara rakyat di negara lain menderita akibat peperangan yang berpunca daripada sikap tiada toleransi dan fanatik agama, namun rakyat di negara ini menerima akan hakikat wujudnya perbezaan seumpama itu. "Kita menghormati hak setiap warganegara Malaysia untuk mengamalkan ajaran agama mereka dan berkongsi keseronokkan menyambut perayaan setiap kaum. "Amat menggembirakan untuk mengetahui ba

Balik kampung dengan selamat-PM

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang untuk sambutan Aidilfitri . Keselamatan jutaan pengguna jalan raja yang berpusu-pusu balik kampung sejak beberapa hari lepas tidak dilupakan Perdana Menteri dalam perutusan Hari Raya beliau. “Biarlah kepulangan masing-masing disambut dengan air mata kegembiraan oleh saudara mara bukannya tangisan kedukaan,” kata Perdana Menteri. - Utusan

Larangan lantik munafik sebagai pembantu

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muham

Raikan Hari Raya bersama kaum lain

Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Rakan-rakan 1 Malaysia, Siti Rokiah Ibrahim, (kiri) V. Shanti, Janet Tee Siew Mooi dan Sauyah Che Ros bersama-sama membuat ketupat pada majlis perasmian pameran Nostalgia Sajian Raya di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Setiap kali menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri , nyanyian lagu P. Ramlee Dendang Perantau mahupun M. Nasir Satu Hari Di Hari Raya pasti berkumandang di peti televisyen mahupun radio dalam mana-mana rangkaian media, baik berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun India. Ramai yang bertanggapan bahawa sebaik sahaja lagu tersebut dimainkan, maka bermula juga mood Aidilfitri. Banyak lagu lain turut dimainkan terutama nyanyian Jamal Abdillah ataupun Sudirman Haji Arshad yang masih segar dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Suasana di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain yang menyambut perayaan ini. Dalam konteks negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kehadiran pelbagai perayaan menggambarkan suas

Dr Mahathir tak setuju Isa dicalonkan

PUTRAJAYA: Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. "Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu. Katanya, walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan membabitkan wakil dari Umno bahag

Tragedi 28 Ramadan

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail, Nahar Tajri dan Omar Osman bhnews@bharian.com Dua kereta merempuh treler yang terbalik di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bedong, semalam (gambar atas). Kemalangan di Kilometer 60 Tanjong Karang - Teluk Intan membabitkan kereta dan lori. 4 beranak rentung; 3 mati tersepit SUNGAI PETANI: Dua hari menjelang Aidilfitri esok, tujuh lagi maut dalam dua nahas ngeri termasuk membabitkan empat beranak rentung apabila Perodua Myvi yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong di sini, semalam. Di Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam pula tiga orang termasuk dua beradik terbunuh apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri. Kedua-dua nahas itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut nyawa lima orang daripada dua keluarga di Kilometer (KM)

Rumah terbuka nasional di Seri Perdana, Putrajaya

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Rumah terbuka Aidilfitri peringkat nasional akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya pada hari raya pertama. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rumah terbuka itu akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Menurutnya, program itu sebelum ini dirancang diadakan di Johor Bahru pada 4 Oktober ini tetapi atas sebab-sebab tertentu ia ditukar ke Putrajaya. ''Jemaah Menteri menjemput semua warga kota dan orang ramai termasuk pelancong asing untuk memeriahkan rumah terbuka ini. ''Rumah terbuka yang berteraskan perpaduan ini melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan akan dihoskan sendiri oleh Perdana Menteri,'' ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini. Rais berkata, pada majlis itu, orang ramai bukan sahaja disajikan dengan pelbagai juadah istimewa malah turut diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk d

Jangan cepat menuding jari - Najib

PUTRAJAYA 18 Sept. - Malaysia tidak wajar dilabelkan sebagai negara yang mengeksport pengganas hanya kerana seorang rakyatnya dikaitkan dengan kegiatan itu, yang juga masalah serantau dan turut berlaku di negara lain. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ancaman pengganas perlu dihadapi secara global dan bukannya oleh sesebuah negara sahaja. Justeru tegasnya, mana-mana pihak tidak boleh menuding jari mengaitkan kegiatan pengganas yang paling dikehendaki di Asia, Noordin Mat Top, 41, dengan Malaysia walaupun lelaki itu dilahirkan di negara ini. ''Keganasan adalah masalah wilayah dan global yang tidak mengira batas sempadan negara. Sebenarnya Noordin telah dipengaruhi oleh Abu Bakar al-Bashir, seorang warganegara Indonesia yang membuka sebuah sekolah agama di Ulu Tiram, Johor. ''Jadi, hendak mengatakan kita mengeksport pengganas tidak boleh sebab dia dipengaruhi oleh Abu Bakar, apa-apa pun kita mesti bekerjasama melibatkan kedua-dua negara malah di per

Selcat cemar imej pegawai daerah

Oleh NOR SEDEK ISMAIL dan ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 18 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dikritik kerana pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu. Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin ( gambar ) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu. Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu yang berlangsung selama empat jam dan disambung lagi pada keesokkan harinya. Katanya, siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah. ''Saya rasa amat terhina dengan proses memberi kete

Media boleh membantu - PM

Oleh HERMAN HAMID dan FARHANA FARUSH KHAN pengarang@utusan.com.my Najib Tun Razak menerima cenderamata berupa gambar Satu Malaysia daripada Mohamed Hashim Makaruddin pada majlis berbuka puasa di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi, semalam. (Lagi berita dan gambar di muka 8) BANGI 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media massa terus membantu kerajaan melonjakkan kejayaan negara yang telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu ke suatu tahap lebih tinggi. Menurut Perdana Menteri, media memainkan tanggungjawab penting untuk membantu perjalanan kerajaan kerana jika tidak, banyak halangan perlu dilalui dalam usaha membangunkan negara. ''Perjalanan ini menuntut kesefahaman dan keterbukaan dalam pemikiran. Perjalanan yang akan menguji ketabahan dan kesungguhan. ''Kalau dalam perjalanan ini kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen yang tak melihat dari sudut perspektif yang lebih luas, sudah tentu perjalanan itu akan menghadapi banyak risikonya," katan

Dodol sinonim dengan Aidilfitri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH utusanmelaka@utusan.com.my GOLONGAN belia bergotong-royong dalam program mengacau dodol 1Malaysia anjuran Pemuda UMNO Cawangan Bukit Serindit dengan kerjasama Persatuan Penduduk Melayu Kampung Bukit Cina, Melaka, baru-baru ini. - UTUSAN/Nas Norziela HaSBah MELAKA 18 Sept. - Tradisi mengacau kuih tradisional dodol menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun wajar dikekalkan kerana juadah itu diwarisi sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Dodol cukup sinonim pada setiap sambutan Aidilfitri kerana ia menjadi hidangan yang perlu ada di samping biskut raya, ketupat, lemang, rendang ayam dan daging. Namun pada masa kini kuih tradisional orang Melayu itu tidak hanya dihidangkan pada Aidilfitri semata-mata, sebaliknya ia turut menjadi juadah pada majlis perkahwinan dan program-program rasmi kerajaan negeri. Sejak beberapa tahun ini, dodol tidak lagi dimasak secara individu tetapi ia diusahakan secara beramai-ramai dan sudah menjadi aktiviti kemasy

Dr. M: Samy Vellu liabiliti kepada BN

PUTRAJAYA 18 Sept. – Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Dalam satu temu bual dengan Bernama, Dr. Mahathir berkata, Samy perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah. “Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri. “You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,” katanya. Dr. Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah, “Pak Lah (Tun Abd