Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Husam Disebalik GMC - Kickdefella

PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella. Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan. Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu. Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC.

Saksikan video kronologi dan cerita menyayat hati saksi kes kemalangan Tian Chua

Sungguh zalim dan tidak berhati perut, Si Tian Chua ini. Mana taknya, selepas kemalangan, boleh pulak berceramah kononnya, PKR adalah penyelamat anak cucu kita...walhal, dia baru kemalangan dan telah menyebabkan satu nyawa hilang...

'Bohong tidak tahu GMC wujud'

Sekarang Nik Aziz bukan main marahkan 'kickdefella'. Dulu sikit punya rapat dan sokong. Mustahil kalau Pas tak tahu perihal tajaan RM4juta. Penafian Pas semata-mata lindungi 5 individu KOTA BHARU 4 Mei - Kepimpinan Pas Pusat berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat. Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu. Menurutnya, adalah mustahil jika Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak mengetahui kewujudan dan peranan syarikat itu yang bertapak di sini. Syed Azidi yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC. "Bagi saya, ia antara dua sama ada M

5 biaya GMC dapat konsesi balak

Pemuda Umno minta SPRM siasat Exco Kelantan dalang salur peruntukan KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan mendakwa, lima individu yang membiayai operasi firma Global Media Channel (GMC) selama ini banyak menikmati konsesi balak dan projek tertentu daripada kerajaan negeri. Berikutan itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, berkata pihaknya menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera sumber dana lima pembiaya terbabit.   Gambar hiasan “Kami mendesak SPRM menyiasat seorang Exco Kanan yang didakwa berada di belakang tabir pemberian RM4 juta kepada GMC untuk melakukan fitnah dan pembohongan bagi menjatuh dan mencemarkan imej (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi. “GMC adalah syarikat perunding media yang ditubuhkan pada asasnya untuk menyebarkan perang saraf bagi memenangi pilihan raya dengar cara propaganda. “Pemuda Umno Kelantan sedar kerajaan negeri banyak menganugerahkan konsesi balak dan projek tertentu kepa

Exco Kerajaan Negeri Antara Penaja

Husam antara orang yang rapat dan menyokong aktiviti Kickdefella. Apakah Exco yang dimaksudkan oleh Kickdefella itu adalah Husam? KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan. Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan. Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin. Syed Azidi dalam kenyata

Syed Azidi dedahkan GMC dimiliki pemimpin Pas

KOTA BHARU 1 Mei - Nama syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd menjadi sebutan apabila penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan mengenai operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah lidah rasmi Pas, Harakahdaily semalam turut menyiarkan berita mengenai syarikat terbabit apabila mempertikaikan peranan Syed Azidi yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan GMC berfungsi. Bagaimanapun berita itu ditarik balik beberapa jam kemudian tetapi protal berita Sabahdaily.com telah memetiknya. Selain itu beberapa blog propembangkang juga menyebut tentang kewujudan GMC yang menjalankan aktiviti media bagi Pas Kelantan. Peruntukan RM4 juta dikatakan disalurkan kepada syarikat ini. Berdasarkan profil syarikat itu yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat dua individu menjadi pemegang syer utama syarikat berkenaan, Abdul Rahman Yunus dan Mohd. Ridza Zin manakala Abdul Rasol Ali atau A

Husam tahu - Kickdefella

KOTA BHARU 1 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mengetahui sepenuhnya perjalanan operasi gerak saraf yang dilakukan melalui syarikat Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC). Beliau berkata, Exco kanan kerajaan negeri itu sepatutnya memberi reaksi yang pelbagai terhadap isu RM4 juta yang digunakan untuk menjalankan operasi gerak saraf itu dan bukan hanya memperkatakan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada seorang penulis blog. "Saya akui dia (Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya 'tibai' (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula. "Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya semalam, tetapi ini jawapan saya, 'jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Penc

Syed Azidi sahut cabaran Dewan Pemuda Pas

KOTA BHARU 30 April - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersedia menyahut cabaran Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari untuk mendedahkan individu yang memberikan wang lebih RM 4juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.  Kickdefella pernah ditahan Polis untuk siasatan berikutan tindakannya yang 'mengibarkan' bendera Malaysia secara terbalik.   Beliau yang merupakan penulis blog Kickdefella bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan bila tiba masanya beliau akan dedahkan kesemuanya. Bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menempelak Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan kerana membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti tersebut. "Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada 'pimpinan parti' dan jika 'pimpinan parti' berse