KUALA LUMPUR, 29 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung dakwaan mengeluarkan
perkataan berunsur fitnah yang dimuat naik dalam beberapa laman web,
termasuk Malaysiakini.com, menerusi klip video.
Peguam J. Leela, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita bahawa
ketua pembangkang itu dan seorang wartawan akan dipanggil memberi
keterangan dalam perbicaraan itu.
Leela berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 14 dan 20 Nov untuk mendengar kes saman itu selepas bertemu beliau dan peguam Faizal Faiz, yang mewakili Khairy, di dalam kamarnya.
Hakim turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu yang akan dibicarakan, katanya.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa defendan, ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and Kin No Threat', dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Sumber : BERNAMA

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?
ReplyDelete~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..
Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?
(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))