Datuk Seri Dr Rais Yatim |
SEREMBAN, 26 Jun - Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua badan bukan kerajaan
(NGO) di negara ini mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan semangat
kecintaan dan keharmonian antara kaum seiring dengan prinsip Gagasan
1Malaysia.
Di samping itu, katanya, NGO juga diharap dapat membantu merancakkan kegiatan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat.
Di samping itu, katanya, NGO juga diharap dapat membantu merancakkan kegiatan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat.
"Ini disebabkan pengaruh puluhan NGO ini bukan kepalang, malah begitu besar. Oleh itu, peranan memupuk semangat dan juga nilai-nilai murni sangat penting. Ini boleh diadakan menerusi persatuan masing-masing dan juga menerusi kegiatan yang berhubung dengan sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan persatuan penulis, jurufoto dan media Negeri Sembilan di sini.
Rais berkata nilai-nilai murni ini harus dipupuk di setiap peringkat masyarakat termasuk di kalangan kanak-kanak.
Beliau berharap NGO meningkatkan kegiatan dalam bidang masing-masing secara dedikasi dan mewujudkan semangat gotong-royong, semangat mempelopori idea-idea baru dan mengukuhkan hubungan kemasyarakatan di seluruh negara.
Pada majlis itu, 10 NGO di negeri ini termasuk Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana), Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Angkatan Seni Foto Negeri Sembilan (Asfon), Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (Pelukis) masing-masing menerima sumbangan RM10,000.
Sumber : BERNAMA
Comments
Post a Comment