Skip to main content

Isu Rasuah Jangan Dipolitikkan

Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut.

Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat.

Ezam tegas dalam melawan rasuah. Penubuhan GERAK yang diasaskannya adalah bukti bahawa rasuah perlu ditangani bersama semua Agensi baik kerajaan mahupun swatsa dan NGO


Malah perkara itu,  katanya tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pemimpin politik.
"Sejarah negara kita ada orang politik dalam kerajaan tiada rasuah, keluar kerajaan kata ada rasuah. Perkara ini timbul kerana isu itu cuba dipolitikkan.

"Rasuah isu negara dan masyarakat sesiapa yang rasuah mesti dihukum. Saya tiada niat untuk merujuk mana-mana individu tetapi saya menggarap sedikit pengalaman dan memperlihatkan unsur oleh individu yang melawan rasuah tetapi tidak berjuang dengan jujur.

"Jadi rasuah tidak seharusnya jdi isu politik. Tapi ketua pembangkang dan beberapa pemimpin politik lain mempolitikkan perkara-perkara seperti isu ini," katanya yang juga bekas pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (Gerak).

Ezam berkata buku yang mendapat hasil kerjasama dengan penulis Indonesia, Sapto Waluyo itu bakal diterjemahkan dalam bahasa inggeris serta bahasa-bahasa utama dunia.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang digantung dewan serta bersikap biadap ketika sesi dewan rakyat Khamis lalu, beliau berkata tindakan mereka disifatkan sebagai meraih publisiti murahan. ‘Perbuatan tidak bertamadun’

Ini menurut beliau, pihak pembangkang cuba mengalihkan isu utama berhubung pembohongan mereka dalam parlimen seperti Apco dan pendedahan laman web antarabangsa, Wikileads.

"Agenda mereka untuk menarik peminat dan publisiti seluruh dunia seupaya tidak timbul isu-isu utama seperti Apco yang diputarbelitkan dan pendedahan wikileads. Inilah isu utama yang perlu dijawab dan dibahaskan dengan tertib tapi mereka tenggelamkan dan peralatkan parlimen.

"Mereka bawa poster dan menggelar mahkamah kangaroo…sebenarnya mereka yang pegang poster itu merekalah kangaroonya.Perbuatan mereka tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab itu harus ditentang keras," katanya.

Pada 16 Disember lalu, dewan rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Sumber : FMT

Comments

  1. Saya nak sentuh isu ADUN Pas :

    inilah daulat Islam yg sebenaqnya. kalau x cukup alim jgn berlagak alim serta mengaku diri lebih alim dari org lain.
    Ini mmg penyakit Pas...ini baru 2 org,,byk lg yg sebenaqnya...din puduraya dan mcm2 lg.

    Munafiq Musuh Islam...balik ambo nok buat Isytiqhoroh...Tuhe Maaf doh ke dio...inilah munafiq.

    Na'uzubillah.

    untuk video quality HD pengakuan saksi sila ke :

    http://kedahsenang.blogspot.com/2010/12/skandal-adun-selinsing-dalam-keretapi.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T