TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi upacara melafaz sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Upacara bermula jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. - Foto BH Online KUALA LUMPUR, 29 April - Lafaz sumpah laknat yang dibuat Datuk Shazryl Eskay Abdullah Jumaat adalah urusan peribadi dan ia tidak melibatkan kerajaan atau Umno, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.