Skip to main content

Sumpah Laknat Eskay Urusan Peribadi, Tidak Libatkan Umno - Najib

TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi upacara melafaz sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Upacara bermula jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. - Foto BH Online
KUALA LUMPUR, 29 April  - Lafaz sumpah laknat yang dibuat Datuk Shazryl Eskay Abdullah Jumaat adalah urusan peribadi dan ia tidak melibatkan kerajaan atau Umno, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata kerajaan tidak menggalak atau menghalang ahli perniagaan itu atau mana-mana individu untuk berbuat demikian asalkan tidak mengganggu perjalanan dan urusan masjid.

"Mana-mana individu kalau dia rasa nak angkat sumpah laknat, itu terpulang kepada dia. Kita tak galak dan kita tak halang dan saya fikir semua orang patut bersikap sedemikian. Mana-mana parti politik pun patut ambil sikap ini (adalah) soal peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Eskay yang melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lepas.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Najib berkata: "Jadi, kalau Datuk Eskay nak sumpah laknat, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim nak sumpah laknat, atau pun dia tak nak, itu urusan peribadi masing-masing.

"Pada kesudahannya semua ini akan dinilai oleh rakyat... sumpah tak sumpah rakyat akan menilainya," katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis melafazkan sumpah laknat yang dijadual sejurus solat Jumaat itu turut mencetuskan suasana tegang apabila hasrat itu cuba disabotaj oleh penyokong-penyokong ketua pembangkang itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Perdana Menteri berkata sepatutnya tidak perlu ada campur tangan sekiranya urusan peribadi yang berlaku di dalam tempat suci itu mendapat keizinan pihak berkaitan.

"Macam saya kata, mengapa kita nak campur, ini hal peribadi. Jadi dalam urusan masjid kita mesti jaga kesucian masjid, di dalam masjid tiada siapa boleh ganggu gugat apa juga urusan dalam masjid asalkan pentadbiran masjid mengizinkan, tidak salah dari segi peraturan," katanya.

Berhubung tindakan Anwar yang sering mengelak dan melenting terhadap wartawan apabila ditanya berkenaan jam Omega dan ujian DNA, Najib berkata: "Saya fikir saya tak payah nak ulas, kita sendiri boleh fikir kalau ada apa-apa soalan, soalnya sama ada kita nak jawab atau tidak.

"Kalau kita nak serang balik bererti kita tak nak jawablah. Soalnya kenapa kita tak nak jawab. Ini rakyat kena fikirkan, dan rakyat boleh buat kesimpulan kenapa dia tak nak jawab," katanya.

Najib mengulangi penafiannya terhadap kenyataan Anwar bahawa beliau sengaja menjaja isu video seks tersebut dengan menggunakan media demi untuk mengekalkan kuasa serta menegaskan perkara itu bukanlah atas kehendak pihaknya.

Beliau berkata isu berkaitan video seks bukan perkara baru malah video seumpama itu pernah dilaporkan dalam akhbar sepertimana yang dihadapi Anwar ketika ini.

"Jadi, bila dikaitkan dengan seorang tokoh, surat khabar kena buat liputan tapi bukan bererti ini atas kehendak kita, melibatkan Umno dan sebagainya. Ini soal pihak-pihak tertentu saja, bukan melibatkan Umno," katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T