Malunya tengok Nizar dengan sekutunya Nga & Ngeh dok pegang lilin. Malu bukan pasal apa, kononnya Nizar ni pandai sangat ugama tapi boleh pulak buat kerja syirik ni. MasyaALLAH Nizar, mengucap nak! mengucap! Janganlah kerana dah kena cucuk hidung masa jadi MB dulu, sampai hari ini nak ikut telunjuk mereka. Apakah yang dia dapat dengan bersungguh-sungguh bertafakur macam orang kafir? Inilah namanya politik murahan yang sentiasa menjadi modal kepada 3N (Nizar, Ngeh & Nga). Seluruh Umat Islam tidak kira apa juga fahaman politik harus mengutuk perbuatan jahil Nizar ini. Janganlah kita bersubahat menyembunyikan nilai yang boleh merosakkan Aqidah kita semua. Namun seorang tokoh lagi yang digelar Tok Guru, tak berani nak keluar fatwa pasai benda ni kena kat kaum dia. Nizar ni memang kaum Nik Aziz. Kalau kat Ustaz Nasharuddin, Nik Aziz berani gelar sebagai 'sampah' tapi kat Nizar dia tak mau komen dan buat-buat bodoh macam tak faham soalan. Kalau sebelum Manek Urai, macam-macam...