Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, June 17, 2009

Panas : Nik Aziz gelar Nasharuddin 'sampah'

1. Hairan juga bila mendengar kenyataan Nik Aziz berhubung hasrat Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin.

2. Cara penyampaian Nik Aziz jelas menggambarkan betapa dia tidak mahu Perpaduan PAS dan UMNO (Melayu & Islam) berlaku.

3. Jika kita fikirkan dan lihat 'sedalam-dalamnya' kedua-dua orang kuat PAS ini, tiada perbezaan yang ketara kecuali perbezaan usia iaitu tua dan muda.

4. Hasrat menyatukan PAS dan UMNO oleh peminpin muda ini jelas mendapat halangan keras orang lama (tua) PAS ini.

5. Apakah faktor usia yang membuatkan Nik Aziz seolah-olah tidak boleh menerima idea orang muda ataupun kemungkinan Nik Aziz semakin 'alpa' dengan kuasa yang dipegangnya ataupun mungkin dah nyanyuk...Wallahualam.

6. Nik Aziz telah lebih 19 tahun menjadi MB Kelantan. Kalau dulu (1999) Nik Aziz pernah berkata, jika PAS memerintah, setiap wakil rakyat hanya dibenarkan memegang jawatan untuk 2 penggal sahaja.

7. Maknanya, cakap Nik Aziz pun bukannya betul sangat. Kata orang Kelantan kecek belawok (bercakap bohong) juga.

8. Apakah bohong ini bohong Sunat kerana Nik Aziz yang digelar Tok Guru oleh pengikut taksubnya?

9. Demi 1 MALAYSIA, penulis merasakan dalam kontek ini (isu kerajaan perpaduan), Nik Aziz terlalu emosional dan cepat marah. (tok guru jange mudoh maroh, acu bilo nok maroh tu, pike bbanyok...Istiqhfar bbanyok. Kalu lepah 44 kali pike, nok maroh jugok..bo bo la. Ambik air sembahye, buat sembahye Sunak. Baru hile raso maroh).

10. Tidak ada salahnya jika kami yang muda nasihatkan yang tua (mungkin mudah lupa).

11. Takkan kerana idea baik Nasharuddin, Nik Aziz sampai suruh Nasharuddin lepaskan jawatan yang telah diberikan oleh majoriti perwakilan PAS kepadanya baru-baru ini.

12. Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz menganggap hasrat Nasharuddin seolah buat sampah dan menyusahkan saja.

13. Perubahan (hijrah) perlu dilakukan jika ianya bertujuan baik dan membawa kebaikan kepada Umat yang ramai.

Isytiqhorohlah.

1 comment:

  1. Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...