KUALA LUMPUR 29 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan diminta menjelaskan kepada umum agenda pertemuan sulit beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada November lalu. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang mendakwa berlakunya pertemuan itu berkata, penjelasan Kalimullah sangat penting kerana beberapa pihak yang menghubungi beliau tertanya-tanya mengenai kebenaran pertemuan tersebut. Beliau mendakwa, pertemuan Kalimullah dan Kit Siang turut dihadiri Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. ''Persoalan saya, apakah motif sebenar perjumpaan berkenaan pada hari itu. ''Dan saya juga ingin meminta penjelasan daripada Tony apakah agenda perbincangan dengan Kalimullah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia hari ini. Azwandin mendakwa, Kalimullah telah menggunakan kedudukan beliau dan kekayaan yang diperolehinya untuk menjadi pengatur agenda yang dilihat boleh merosakkan ...