Skip to main content

Isu Pasir Curi : Bukti Kepimpinan Pakatan Gagal atau Sengaja???

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kegiatan melombong pasir tidak terkawal di Selangor jelas membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang gagal menguruskan hal yang begitu kecil walaupun negeri itu mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negeri yang mempunyai pakar seperti Anwar, sepatutnya isu-isu seumpama itu tidak sepatutnya timbul kerana penyelesaiannya terlalu mudah.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan wujud elemen-elemen rasuah dalam isu pasir berkenaan.

‘‘Saya lihat kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti tidak mampu hendak uruskan hal-hal begini. Selangor ada penasihat dan dia pakar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘‘Ada penasihat ekonomi tetapi tidak tahu hendak uruskan soal pasir. Apa susah, tangkap sahajalah mereka yang lakukan kesalahan ini. Hukum mereka yang melakukan kesalahan ini. Saya tidak tahulah, mungkin juga ada elemen-elemen rasuah,’’ katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di sini hari ini.

Beliau mengulas kegiatan melombong pasir di Selangor yang semakin tidak terkawal apabila 20 hektar tanah, kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk mendapatkan hasil tersebut.

Bagaimana Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar mengakui kegiatan itu diketahui oleh kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Abdul Khalid berkata, kegiatan itu mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukan di Bukit Changgang seperti dilaporkan media.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula mendakwa kegiatan mencuri pasir yang berleluasa di negeri itu didalangi gangster dipercayai dilindungi oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, sekiranya kegiatan itu dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan diambil, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah melakukan perkara syubhah.

Beliau berkata, kerajaan negeri berkuasa untuk menghentikan segera kegiatan tersebut kerana perkara berkaitan pasir dan tanah adalah di bawah kuasa mereka.

‘‘Saya tidak mahu menuduh tetapi apa yang saya katakan ini mungkin boleh berlaku. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku tetapi tiada tindakan diambil itu bermakna mereka melakukan syubhah.

‘‘Dalam Islam hukum mereka yang melakukan syubhah sama dengan mereka yang melakukan kesalahan. Saya tidak tahulah Parti Keadilan Rakyat parti apa. Parti bukan Islam agaknya,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui banyak pihak bimbang dengan keadaan itu terutama penduduk kampung berhampiran kerana ia melibatkan kerosakan alam sekitar.

‘‘Semua orang bimbang apabila alam sekitar yang indah diganggu hanya tujuan untuk kepentingan diri. Mereka dengan rakus mengorek pasir tanpa sebarang kawalan.

‘‘Sudah tentu ia boleh merosakkan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kegiatan ini jika tidak dibendung segera akan memberi kesan terhadap sumber air dan khazanah negeri,’’ tambahnya.

Sumber : Utusan


Komen :

Pada hemat saya, isu ini sengaja dibiarkan kerana ianya merupakan 'lubuk duit' kepada kantong PKR terutama untuk menyediakan Parti itu untuk PRU ke 13 nanti.

Kecurian seperti ini bukan boleh ditutup begitu saja kerana banyak mata yang melihat. Mana perginya Wakil Rakyat Pakatan yang dulunya 'gah' kononnya nak pertahankan 'hak rakyat'? Takkan dia tak tahu atau sengaja butakan mata dan pekakkan telinga kerana...masyukkkk.

Lebih-lebih lagi di Selangor. Selangorkan ada Penasihat Ekonomi. Mana perginya Penasihat ini atau perbuatan mencuri ini adalah hasil dari nasihatnya? 

Rasanya rakyat dah boleh lihat sendiri bukti kerakusan dan halobanya Pakatan dalam mengumpul kekayaan peribadi, baik untuk parti mahupun untuk kantong YB mereka.

Berjuta-juta ringgit kerugian yang memberi kesan langsung untuk rakyat negeri Selangor. Ratusan juta pendapatan Kerajaan Negeri yang sepatutnya untuk pembangunan rakyat serta negeri telah dipersiakan.

Bagi yang pernah mengenali Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, inilah sebenarnya cara beliau 'buat duit' untuk 'perjuangkan perjuangannya'. Perbuatan mencuri pasir ini hanyalah perkara kecil baginya kerana masih ada perkara dan dosa yang lebih besar yang telah dilakukannya.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...