Skip to main content

Penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
 
Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

"Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar (Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA)," katanya seperti yang dipetik dalam blog, Culture of Life News.

Pendedahan oleh Meinel Supkis itu dibuat selang sehari selepas Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, Anwar membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Temu bual tersebut dakwa Trevino, terpaksa dilakukan dalam usaha Anwar - yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai kelompok Yahudi - meyakinkan kembali para pelobi Yahudi tersebut bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Dalam pada itu, tambah Meinel Supkis dakwaan bahawa ketua pembangkang itu merupakan alat kepada CIA, turut disokong oleh kenyataan rakan rapat Anwar sendiri iaitu Paul Wolfowitz.

Menurutnya, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia dilaporkan sebagai berkata: "Apa yang dilakukan oleh Anwar (kenyataan anti-Yahudi) salah tetapi memikirkan bahawa beliau sedang berjuang untuk dirinya serta karier politik selepas dilabelkan sebagai boneka Yahudi, kecuaian itu perlu diperbetulkan."

Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat dalam tulisannya itu menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi.

"Saya harap dia tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan," katanya. - Utusan

Comments

  1. Dari Minda Interlek Malayu:

    Sebentar tadi Anwar Ibrahim telah tweet menyatakan terima kasih beliau kepada keparat Al-Gore dan Yahudi Zionis Paul Wolfowitz. Rujuk tweeter beliau di bawah :-

    Kedua-dua keparat asing ini menggesa Amerika Syarikat agar campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

    Keceluparan mereka itu mempertahankan Anwar Ibrahim dan keterbukaan Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih di atas individu-individu yang bersangkut paut dengan Zionis Yahudi jelas menunjukkan keakraban Anwar Ibrahim dengan kepala-kepala Zionis dan penyokong setia Zionis

    Siapa yang tidak kenal Al-Gore dan Paul Wolfowitz. Menurut blog AIDC :-

    Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, Generation Investment Management telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.Klik di sini

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa sentimen sokongan Al Gore (kepada Anwar Ibrahim)sebenarnya dipengaruhi oleh anak perempuan Al Gore (Karenna Gore Schiff) yang berkahwin dengan Paul Schiff (keturunan Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street.

    Paul Wolfowitz, celaka Yahudi pula merupakan mastermind kepada peperangan di Iraq dan pembunuhan ratus ribuan umat Islam di sana. Beliau itulah yang mempertahankan Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim berasa 'bangga' kerana kepala Zionis Yahudi itu masih mempercayai beliau!

    Keceluparan kedua-dua bangsa asing itu juga telah menjawab satu persoalan besar iaitu iaitu misi Anwar Ibrahim 'menghadap dan meminta ampun' rakan-rakan Yahudi beliau di Amerika Syarikat pada 23 - 26 Jun yang lepas telah mendatangkan hasil.

    Entah apa yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim kepada celaka-celaka Zionis Yahudi sehinggakan mereka sanggup melupakan tindakan Anwar Ibrahim menyerang mereka satu ketika dulu!

    ReplyDelete
  2. http://novandri.blogspot.com/2010/08/tweeter-anwar-ibrahim-tq-to-kekanda.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T