Setiap kali Pilihanraya Kecil, PAS pasti akan membuat kenyataan yang mereka hanya akan menentukan Calon setelah Solat Isytiqhoroh disempurnakan bagi mendapat 'petunjuk ALLAH' untuk Calon yang paling sesuai.
Jelas bahawa PAS dengan mudah menggunakan kalimah agama untuk terus merosakkan Islam dan pastinya akan dipertikaikan apa yang 'dialamatkan' ALLAH kepada PAS di dalam Istiqhoroh mereka.
Di Galas, Calon PAS mempunyai masalah perilaku setelah sebelumnya ditangkap berkhalwat dengan isterinya sekarang sedangkan pada waktu ditangkap, calon itu masih beristeri.
Begitu juga di Tenang, Cikgu Normala juga tidak mempunyai latarbelakang yang begitu sesuai dengan imej Islam yang ditonjolkan setelah dia didapati pernah berdepan dengan masalah penceraian dengan suami pertama di usia yang begitu muda.
Namun jika dikaji dengan Calon PAS di DUN Merlimau, PAS ternyata melakukan kesilapan paling besar dengan meletakkan Calon yang tidak punya kredibiliti langsung. Calon mereka, Yuhaizat adalah seorang lepasan SPM dan pernah bekerja di sebuah Kilang di Melaka sebagai 'line leader'.
Sewaktu bekerja di sini, Yuhaizat banyak 'mengulau' (ponteng) dan telah dengan sendirinya berhenti kerja kerana tidak punya sifat tanggungjawab.
Laman blog 'Badut Rakyat' ada menyiarkan rekod Yuhaizat yang tidak amanah sehingga sanggup menggelapkan wang kongsi lebih dari RM100 ribu milik bapa saudaranya bernama Ahmad Ismail.
Laporan telah dibuat kepada Wakil PAS bernama Ustaz Mazlan tetapi 'dipetisejukkan' oleh Pimpinan PAS Merlimau.
Secara ringkasnya, Yuhaizat tidak mempunyai pekerjaan yang stabil untuk menyara keluarganya sebaliknya di ikut tinggal menumpang di Kuarters Guru Kerajaan yang dianugerahkan kepada Isterinya yang berkhidmat sebagai Guru.
Tapi inilah dunia! Mengejar pangkat tanpa perlu menilai kemampuan diri sendiri. Jelas-jelas Yuhaizat seorang yang gagal dalam menguruskan soal asas dalam rumahtangganya iaitu rumah yang benar-benar menjamin masa depan keluarga...ternyata dia GAGAL.
Sebaliknya menawarkan diri untuk menjadi Wakil Rakyat dan menyelesaikan masalah Rakyat sedangkan pada masa yang sama, masalah diri sendiri dan keluarga tidak terbantu.
Isu 'Diploma Segera' yang dicetak sebagai Kelulusan Yuhaizat sebenarnya adalah Diploma Tipu kerana Yuhaizat hanyalah berkelulusan SPM serta hanya layak menjadi 'line leader' di sebuah Kilang.
Kenapa perlu tipu Rakyat. Berlaku Benarlah Wahai PAS. Telah banyak onar dan kemusnahan imej Islam yang kamu lakukan..BERTAUBATLAH! |
Tidak Muhassabah dan terus redah, maka 'aib yang datang memang memberi implikasi besar bukan kepada Yuhaizat tetapi juga kepada Isterinya pabila orang ramai mengetahui bahawa suaminya cuba menipu kelulusan dan latarbelakang pekerjaan.
Bagi pengundi di Merlimau, sudah tiba masanya kita menolak secara TOTAL Parti yang bertopengkan AGAMA untuk meraih undi.
Mereka ini sebenarnya telah banyak mencemarkan Agama dengan menjatuhkan keistimewaan Allah sehingga boleh dipertikaikan oleh Penganut Agama lain...'lu cakap Tuhan Allah sulah kasi you itu Calon lepas you sembahyang, apa pasal itu calon banyak kes, tarak bersih...tuhan lu salah ka?'
Sebaliknya Roslan Ahmad Calon BN adalah anak Tempatan dan akan mengundi bersama Rakyat pada 6 Mac nanti manakala Yuhaizat tidak mengundi kerana dia berdaftar di DUN lain walaupun PAS menipu bahawa Yuhaizat mengundi di Merlimau (tipu lagi).
Muhassabah lah kita agar kita tidak ikut sesat dan hanyut. Yang Pastinya Merlimau perlukan Wakil Rakyat yang boleh bekerja, tahu bekerja dan mudah untuk didekati bagi menceritakan masalah Rakyat...TEKADKAN AZAM, BULATKAN ILTIZAM, TURUNLAH KITA PADA 6 MAC NANTI UNTUK 1 UNDI BAGI MENJADIKAN 1MALAYSIA BERJAYA DAN MAJU BUAT KITA SEMUA...UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL SAUDARA ROSLAN AHMAD.
Sumber : FoN Online
Comments
Post a Comment