Skip to main content

Isu Mat Sabu: 1AGENDA Selar Pengunaan Media Sosial Sebar Fitnah

Berikut disiarkan kenyataan penuh Yang DiPertua 1AGENDA berkaitan isu ceramah Mat Sabu.

Bertarikh : 7hb September 2011.

1AGENDA terpanggil untuk menyatakan pendirian berkaitan dengan isu semasa yang melibatkan Timbalan Presiden Pas, Sdr Mohamad Sabu dan Kenyataan beliau semasa berceramah di Pulau Pinang, mengenai isu Sejarah Bukit Kepong.

Selepas menonton paparan video ceramah Pemimpin Pas ini  yang dimuatnaik ke laman youtube, 1AGENDA merasakan wajar siasatan menyeluruh, telus  dilakukan bukan sahaja kepada Mohamad Sabu tetapi juga kepada mereka yang bertanggungjawab memuatnaik video tersebut.

Mereka yang terlibat merakam dan memuatnaik video ini, pasti dapat membantu siasatan di dalam memastikan agar fakta serta pernyataan Mohamad Sabu adalah sah dan tidak disunting.

Pernyataan Mohamad Sabu semasa ceramah tersebut, sekiranya benar, mesti dikenakan tindakan kerana ianya jelas bersifat HASUTAN dengan tujuan untuk menukar fakta sejarah negara demi memuaskan kehendak politik parti yang diwakilinya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memainkan peranan kerana isu ini tidak sekadar seperti yang dipertontonkan melalui video tersebut malah ianya terus dibanjiri dengan pernyataan beberapa individu tidak bertanggungjawab melalui laman media sosial lain termasuk twitter dan facebook.

Sebagai sebuah NGO Media Sosial berdaftar, 1AGENDA merasakan kejadian (mengangkat Mat Indera sebagai pejuang), adalah sesuatu yang dirancang bagi memperlekehkan Perjuangan Pemimpin Kemerdekaan terdahulu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu ini bukan sahaja menjelekkan malah ianya merupakan cerminan sikap rakus seorang Timbalan Presiden Parti yang hanya mementingkan populariti dan perjuangan sempit politiknya sehingga mengenepikan sensitivi Pewaris kepada Pejuang (Polis dan Keluarga) Bukit Kepong yang masih hidup. Tindakan ini memang tidak Islamic kerana mempertikaikan yakni memburukkan mereka yang telah meninggal dunia.

1AGENDA memandang serius isu penyalahgunaan media sosial sebagai medan untuk menfitnah dan menghasut rakyat sekaligus menyokong cadangan Tindakan Mahkamah oleh Waris Pejuang Bukit Kepong terhadap Mohamad Sabu bagi memastikan budaya fitnah melalui media sosial ini tidak berleluasa serta menjadi iktibar kepada yang lain.

Jelaslah bahawa  skop siasatan haruslah lebih luas dengan kadar segera bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan. SKMM perlu memainkan peranan terutama yang melibatkan beberapa akaun twitter dan facebook milik individu yang menjadi alat memanjangkan ‘fakta sejarah palsu’ Mohamad Sabu ini.

Di akhirnya, 1AGENDA ini memohon agar semua pihak terlibat agar lebih prihatin dan peka kepada sensitivi pihak lain sebelum membuat sebarang pernyataan kerana ianya boleh menggugat keharmonian negara.

Sekian. Wassalam

ZUL AZHAR BIN CHA
Yang DiPertua

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...