Skip to main content

Bukti DAP Menguasai Kerajaan Selangor

Eli Wong EXCO skandal dan mealkukan adegan 'ice cream' seperti yang diceritakan Anwar, telah berani berlaku kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agung dan Institusi Raja-raja Melayu. Siapa yang 'beri muka' kepada mereka ini...Melayu juga! Melayu PKR & Pas!
Insiden yang menyaksikan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di Shah Alam tanpa disambut oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan kerajaan negeri itu kini ditunggangi DAP yang bersifat anti-Perlembagaan.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara itu terjadi kerana DAP tidak menghormati perkara termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi budaya dan protokol meletakkan institusi diraja negara di tempat tertinggi.

“Kalau dia (Kerajaan Negeri Selangor) faham Perlembagaan, dia mesti tahu kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja Permaisuri Agong.

“Kerana itu kita lihat kerajaan Selangor kini sebenarnya ditunggangi DAP yang anti-Perlembagaan dengan tidak menghormati institusi diraja negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor di Ampang, dekat sini semalam.

Selain Noh, turut menyampaikan ceramah pada malam itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor dan bekas Naibnya, Muhammad Zahid Md. Arip.

Noh mengulas insiden pada Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Shah Alam pada 4 Julai lalu yang menyaksikan keberangkatan tiba Tuanku Zahirah tidak disambut dan diiringi Sultan Sharafuddin yang tidak hadir.

Ia berlaku kerana Khalid dan pentadbiran kerajaan negeri gagal memaklumkan Sultan Sharafuddin mengenai persetujuan Raja Permaisuri Agong untuk hadir ke acara tersebut di atas jemputan kerajaan negeri sendiri. - Utusan

Komen :

Apa yang boleh dibuat oleh Anwar dan PKR, sebuah parti yang bukan majoriti dalam Pakatan Pembangkang. Jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar sekarang, hanyalah belas ehsan dari DAP untuk teruskan strategi 'memikat pengundi melayu'.

Yang terang lagi bersuluh, itulah hakikat yang akan berlaku jika Pakatan Pembangkang dibairkan terus berkuasa. Bagi golongan DAP yang terkenal dengan sifat chauvanist dan ultrakiasu DAP, pasti begitu selesa kerana kejayaan untuk 'berkuasa' di Pulau Pinang, Selangor dan pernah seketika di Perak.

Jika dulu, golongan ini hanya memegang ekonomi tapi kini berpeluang memegang kuasa, sudah pastilah peluang untuk terus kekal berkuasa diteruskan.

Anwar dan PKR bagai 'lembu dicucuk hidung' tanpa perlu berfikir hanya perlu kerja untuk pecahkan melayu dan pastikan DAP menang.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...