Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, August 13, 2010

Saman Felda : Taktik Biasa Anwar...'Gimik' Ala RPK & Bala

Raja Petra & taktik 'gempaq' Anwar memang sinonim...gempaq tanpa perlu kemukakan bukti.
Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu.

Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit.

“Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) RM200 juta, mereka juga nak tuntut RM200 juta (melalui peneroka).

“Nama-nama yang terlibat pun orang yang berjawatan dalam PKR, peguam dalam kes tuntutan Felda Serting dan Felda Raja Alias pun ialah R. Sivarasa (Naib Presiden PKR) dan kita semua maklum siapakah dia,” katanya pada sidang akhbar khas bagi memperjelaskan isu itu di Wisma Felda di sini hari ini.

Isnin lalu, 766 peneroka dari dua tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan itu memfailkan tuntutan saman RM200 juta ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban dengan dakwaan pentadbiran lembaga kemajuan itu menipu para peneroka berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. - Utusan

Komen :

Rakyat jangan tak tahu dengan taktik 'gempaq' Anwar (gempaq bermakna gertak untuk tujuan menakutkan - loghat utara). Ini bukan kali pertama kerana ianya telah menjadi startegi utama PKR sejak mula ditubuhkan.

'Satu perkara bohong, jika diulang banyak kali, lama2 rakyat akan percaya'...inilah taktik kotor yang jadi amalan PKR (mmungkin Ezam boleh sahkan).

Jika kita hayatai betui2, perkara ini tak perlu bukti dan saksi. Cukup sekadar mengheret agensi terbabit (Felda) ke mahkamah. Untuk kes ini selesai, akan memakan masa dan ianya cukup untuk membawa sehingga PRU13.

Itulah gaya politik Anwar. RPK dan Bala adalah 2 bukti sohih untuk kita jadikan sempadan agar tidak mudah percaya kepada pembohongan yang dibuat oleh Anwar dan konco2nya.

Sebagai orang yang pernah tahu akan taktik busuk PKR ni, saya nak nasihatkan rakyat agar jangan mudah termakan pembohongan dan gimik murahan seperti ini. 

Isytiqhorohlah untuk kebaikan Majoriti...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...