Skip to main content

Khalid Politikkan Sultan Selangor, Manipulasi Isu

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan beliau agar berhenti mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
Khalid bersama dr. Xavier. Sewaktu sidang media baru-baru ini, Khalid ditemani Dr. Xavier yang berdiri di belakangnya...macam gangster da!
Katanya, pelantikan telah dibuat dan perkenan daripada Sultan telah diberi maka terima sajalah kerana rakyat yang akan membuat penilaian berdasarkan kepada apa yang berlaku.

“Isu ini tidak ada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan selain daripada upacara mengangkat sumpah taat setia di hadapan baginda Sultan Selangor dan upacara angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar,” katanya dalam satu interbiu eksklusif bersama UMNO-Online.
Katanya lagi, adalah tidak benar sama sekali bahawa Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa eksekutif kerana Sultan berkuasa penuh untuk memperkenankan atau tidak mana-mana pelantikan tiga jawatan terpenting iaitu SUK Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
“Menteri Besar sedang mencari populariti dengan menterbalikkan isu walhal Tuanku Sultan Selangor adalah raja yang berperlembagaan. Baginda tidak boleh membuat kenyataan yang berbentuk politik kerana faham dan arif berkaitan kuasa-kuasa baginda.

“Berdasarkan apa yang berlaku, dilihat bahawa Menteri Besar mengambil kesempatan dan memanipulasi perbincangan dalam pertemuannya dengan baginda Sultan untuk kepentingan beliau dan pakatannya,” tambahnya.

Maklum beliau lagi, Tuanku Sultan tidak boleh turun padang dan memberi ceramah tentang apa yang berlaku selain kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Baginda.

“Sekiranya Sultan Selangor tidak memperkenankan pelantikan SUK ini maka Suruhanjaya Perkhidmatan (SPA) perlu mengemukakan nama yang baru. Jadi kalau dikatakan Tuanku Sultan tiada kuasa maka ia adalah tidak benar sama sekali dan tersasar dari peruntukan undang-undang,” katanya.

Terangnya lagi, jelas bahawa apa jua yang diperkatakan di media massa bahawa pindaan Perlembagaan yang akan dibawa ke Dewan Sidang DUN tergempar Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor adalah satu permainan politik yang cuba mengaburi mata rakyat berkaitan kedudukan Sultan Selangor selaku Ketua Negeri.

“Mengikut peraturan-peraturan mesyuarat Negeri Selangor, Menteri Besar mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan dalam kes ini, beliau ingin memanggil sidang tergempar tetapi masih tertakluk kepada beberapa syarat iaitu perlu ada perkenan Sultan.

“Seingat saya kedudukan undang-undang di Selangor hampir sama dengan di Perak iaitu apa jua sidang Dewan yang hendak diadakan sama ada sambungan atau untuk penggal baru perlu mendapat perkenan Sultan dan perlu digazetkan. Menteri Besar memang berkuasa tetapi perlu ada prasyarat yang mesti dipatuhi iaitu perkenan Sultan, mesti diwartakan dan perlu ada notis yang dikeluarkan oleh Speaker DUN.”

Jelas Hafarizam lagi, jika kita imbau semula apa yang diperkatakan sejak semalam iaitu kerajaan Selangor akan mengadakan sidang tergempar, adakah mereka telah mendapat perkenan Sultan?

“Tentu sekali Tuanku Sultan akan bertanya apakah perkara yang ingin dibincangkan sehingga perlu ada sidang tergempar; dan Menteri Besar waktu itu akan menyatakan ianya untuk meminda Perlembagaan; Sultan akan tanya lagi, apa yang perlu dipinda dan Menteri Besar mungkin akan menjawab dipinda untuk mengembalikan kuasa Tuanku; Sultan mungkin akan bertanya lagi kuasa apa yang hendak dikembalikan sedangkan beta ada kuasa untuk memperkenan atau tidak berkaitan pelantikan SUK atau penasihat undang-undang negeri atau pegawai kewangan negeri.
“Jadi sidang DUN tergempar yang hendak diadakan ini adalah satu sandiwara politik yang menggunakan peruntukan undang-undang bagi tujuan tertentu atau motif tertentu sesuatu pihak sahaja,” tegasnya.
Tambahnya lagi, janganlah kita hendak membawa DUN yang mulia ke satu tahap yang akan ditertawakan oleh masyarakat di mata dunia.

“Jangan seperti sidang bawah pokok di Perak yang akhirnya dibawa ke mahkamah dan diputuskan bahawa ia tidak sah kerana tidak sah kerana tidak mendapat perkenan baginda Sultan Perak dan tidak diwartakan walaupun telah mendapat notis yang dikeluarkan oleh Speaker pada waktu itu.

“Jadi adakah Menteri Besar Selangor dan Speakernya mahu merendahkan Dewan itu ke tahap yang sebagaimana yang berlaku di Perak?” soalnya lagi.

Hafarizam turut menyebut untuk melakukan pindaan, Fasal 98 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menyebut apa jua pindaan mesti mendapat sokongan daripada dua pertiga daripada jumlah ahli Dewan tersebut.

“Kalau pun sidang ini katakanlah diperkenankan oleh Tuanku Sultan untuk berjalan, pindaan Perlembagaan tidak mungkin akan dapat dicapai sebab ketiadaan dua pertiga undi.

“Satu soalan yang berkait yang saya nak tanya balik kepada Menteri Besar dan Speaker DUN, apakah objektif yang mahu dicapai sehinggakan perlu dibuat dibuat secara tergempar?

“Pertama, ialah dua pertiga majoriti tidak ada; kedua, bekemungkinan besar perkenan Tuanku Sultan tidak akan diberikan maka mesyuarat DUN sebenar tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah dan ketiga apakah perkara yang hendak dipinda sehingga ia memerlukan sidang DUN tergempar yang tidak boleh dinantikan sidang DUN untuk penggal baru yang akan diadakan pada tahun ini melainkan pakatan rakyat hanya ingin pergi kepada satu exercise yang bersifat sia-sia.”

Tegas beliau lagi, tindakan ini dilihat hanyalah untuk mengheret institusi Raja dan Kesultanan Melayu terutamanya Sultan Selangor ke kancah politik.

“Saya melihat saranan untuk mengadakan sidang DUN tergempar dengan alasan untuk mengembalikan kuasa Sultan hanyalah satu perangkap politik kepada 20 ADUN BN.

“Jika hendak kata untuk meminda Perlembagaan untuk mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, kita perlu melihat struktur sistem yang ada di Malaysia iaitu sistem Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. 

Persoalannya adakah pindaan ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang paling tinggi?”
Bidas beliau lagi, pemimpin Selangor jangan lihat dari skop yang sempit kerana apa-apa pindaan perlu selari dengan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa jua peruntukan undang-undang negeri yang bertentangan dengan persekutuan bpleh dicabar di Mahkamah Persekutuan atas alasan tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan,” katanya yang memberikan contoh bagaimana kerajaan Kelantan melarang lompat parti yang kemudiannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak kerana tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan yang mana individu berhak atau bebas untuk menyertai mana-mana parti.”

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Khalid sebagai Menteri Besar berfikir dengan waras adakah tindakan tersebut dilakukan untuk capai tujuan politik yang tidak memberi apa-apa faedah. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T