Skip to main content

Sapina Karpal Tepat, Selaras Dengan Akta Profesion Undang-undang 1976

Inilah yang dikatakan karma...mana mungkin kita melawan KEBENARAN ALLAH! Dunia boleh lah kita tipu tapi jangan sekali-kali kita menidakkan ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA ADIL...kantoi juga akhirnya...
Saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menarik diri daripada kes perbicaraan liwat Ketua Pembangkang dan disapina sebagai saksi pendakwaan kes tersebut amat bertepatan dengan Akta Profesion undang-undang 1976.



Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata di bawah akta berkenaan terdapat satu peraturan kecil iaitu peraturan etika kepeguaman yang menjelaskan situasi yang dihadapi oleh Karpal Singh hari ini.

“Menerusi akta berkenaan, apabila seseorang peguam itu mempunyai fakta yang boleh samaada memperbaiki atau melemahkan kes anak guam yang sedang dia bela, maka beliau sepatutnya mengundurkan diri.

“Dan pengunduran diri itu atas alasan etika seorang peguam yang mana peguam itu perlulah bebas dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tugasan dia. Jadi dalam kes  Karpal ini, pada tahun 1997 yang mana beliau memperkatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar terlibat dalam perlakuan salah laku liwat.

“Beliau tidak  sepatutnya mengetuai pasukan peguam pembela Datuk Seri Anwar  kerana beliau dalam bahasa Inggerisnya telah “embarrased” iaitu beliau ada konflik antara menjadi seorang peguam  dan juga menjadi saksi,” katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru tegas Hafarizam saranan yang dibuat oleh beberapa pihak agar Karpal mengundur diri  dan di sapina menjadi saksi  adalah bertepatan sekali selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan peratutan kecil iaitu etika kepeguaman yang dibuat oleh majlis peguam sendiri.

“Sekarang terpulanglah kepada Karpal sama ada beliau ingin mematuhi peraturan yang dibuat oleh Majlis Peguam itu sendiri dan menunjukkan beliau peguam yang beretika. Jika tidak ini ibarat cakap tidak serupa bikin.

“Bagi saya ini tidak lain melainkan permainan politik. Karpal merupakan seorang peguam yang telah menjadi peguam lebih 30 tahun dan  tahu jika kes itu mempunyai fakta yang tersendiri, dan beliau tahu kedudukan kes itu dan seterusnya mewakili anak guamnya  sudah tentu beliau mengkompromi kedudukan beliau sebagai peguam dan anak guam beliau,” katanya. - MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...