PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella. Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan. Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu. Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC. ...