Skip to main content

Syed Azidi dedahkan GMC dimiliki pemimpin Pas

KOTA BHARU 1 Mei - Nama syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd menjadi sebutan apabila penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan mengenai operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malah lidah rasmi Pas, Harakahdaily semalam turut menyiarkan berita mengenai syarikat terbabit apabila mempertikaikan peranan Syed Azidi yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan GMC berfungsi.


Bagaimanapun berita itu ditarik balik beberapa jam kemudian tetapi protal berita Sabahdaily.com telah memetiknya.

Selain itu beberapa blog propembangkang juga menyebut tentang kewujudan GMC yang menjalankan aktiviti media bagi Pas Kelantan. Peruntukan RM4 juta dikatakan disalurkan kepada syarikat ini.

Berdasarkan profil syarikat itu yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat dua individu menjadi pemegang syer utama syarikat berkenaan, Abdul Rahman Yunus dan Mohd. Ridza Zin manakala Abdul Rasol Ali atau Abu dan Bariah Ishak sebagai pengarah.

Syarikat yang ditubuhkan pada Julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM2 untuk menjalankan aktiviti sebagai penasihat komunikasi, reka bentuk kreatif dan perunding promosi media serta pengiklanan.

Bagaimanapun syarikat tersebut tidak pernah menghantar penyata akaun dan laporan mesyuarat tahunan sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi berkata, idea penubuhan GMC bermula apabila beliau 'dibawa balik' ke negeri ini selepas melihat potensi sebuah televisyen Internet, kelantan.tv.
 
"Kemudian idea ini dibawa ke dalam satu mesyuarat di JKR 10 iaitu kediaman rasmi Menteri Besar, pada 10 April 2007 tetapi timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas yang mempertikaikan mengapa seorang ahli UMNO dibawa masuk untuk mengembangkan kelantan.tv.

"Melihat penentangan ini, Datuk Husam Musa (Exco kanan kerajaan Kelantan) membuat keputusan bahawa perlu ditubuhkan sebuah entiti berasingan yang diberi nama Global Network Sdn. Bhd. tetapi ditukar kepada Global Media Channel disebabkan nama tersebut telah didaftarkan.

"Beliau membiayai pembayaran untuk pendaftaran syarikat yang dibuat melalui setiausaha syarikat yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)," katanya.

Syed Azidi berkata, pengarah dan pemegang syer pada ketika itu ialah Abdul Rahman yang juga Pengarah Urus Setia Penerangan Negeri Kelantan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) serta Timbalan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, Mohd. Ridza yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) pada ketika itu.

"Pada masa itu, saya dimaklumkan hanya untuk melapor terus kepada Husam tetapi saya pernah bertanya kenapa perlu tidak lapor kepada pengarah, jawapan yang saya terima untuk apa dan kenapa," katanya. - Utusan


Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T