Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, May 3, 2010

Exco Kerajaan Negeri Antara Penaja

Husam antara orang yang rapat dan menyokong aktiviti Kickdefella. Apakah Exco yang dimaksudkan oleh Kickdefella itu adalah Husam?

KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.

Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.

Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.

“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008. - Utusan

Bookmark and Share

2 comments:

  1. Salam bro, biasalah, puak-puak munafik ini juga akan menafikannya.....dan akan cari jalan nak libatkan UMNO pulak....bukan mereka sudah lama berkawan dgn syaitan, maka tak hairanlah kalau byk syaitan & iblis yg berpakaian jubah, serban, berjanggut di kalangan PAS.........

    ReplyDelete
  2. tak kan percaya punya..sebab bukan harakah yg tulis tetapi Utusan....biasalah to bro...balik2 kita yg kena bah.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...