Skip to main content

5 biaya GMC dapat konsesi balak

Pemuda Umno minta SPRM siasat Exco Kelantan dalang salur peruntukan

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan mendakwa, lima individu yang membiayai operasi firma Global Media Channel (GMC) selama ini banyak menikmati konsesi balak dan projek tertentu daripada kerajaan negeri.

Berikutan itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, berkata pihaknya menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera sumber dana lima pembiaya terbabit.

 Gambar hiasan

“Kami mendesak SPRM menyiasat seorang Exco Kanan yang didakwa berada di belakang tabir pemberian RM4 juta kepada GMC untuk melakukan fitnah dan pembohongan bagi menjatuh dan mencemarkan imej (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“GMC adalah syarikat perunding media yang ditubuhkan pada asasnya untuk menyebarkan perang saraf bagi memenangi pilihan raya dengar cara propaganda.

“Pemuda Umno Kelantan sedar kerajaan negeri banyak menganugerahkan konsesi balak dan projek tertentu kepada syarikat dan individu yang menyalurkan dana kepada GMC itu,” kata kenyataan medianya di sini, semalam.

Anuar merujuk pendedahan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abd Aziz, yang menyenaraikan lima pembiaya GMC diketuainya selama tiga tahun bagi mencemarkan imej bekas Perdana Menteri itu untuk memudahkan Pas mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Selepas Pilihan Raya Umum 2004, Pas memerintah Kelantan dengan majoriti dua kerusi ke atas Barisan Nasional (BN), sebelum majoriti itu merosot kepada perbezaan satu kerusi.

Anuar turut menempelak Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa bersikap berselindung di sebalik tabir mengenai sumbangan pihak tertentu menyalurkan peruntukan tersebut.

Katanya, rakyat Kelantan berhak mengetahui sumber dana itu kerana kemungkinan wang yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat diguna sewenang-wenangnya bagi melakukan fitnah dan pembohongan.

“Kita mengecam sikap Pas yang bertopengkan Islam. Islam tidak pernah mengajar manusia memfitnah dan melakukan propaganda sesat menjurus kepada kefasikan, sedangkan ini pula membabitkan sejumlah besar wang.

“Perbuatan itu bermakna Pas sekarang ini sanggup menggadaikan maruah dan dasar parti semata-mata untuk mengekalkan kedudukan dan kuasa tanpa menghiraukan apa saja, sama ada halal atau haram,” katanya. - Berita Harian


Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...