Skip to main content

KeBENARan: Majlis Peguam – Pro Pembangkang Dan Berat Sebelah?

Kes pembunuhan jutawan kecantikan Dato Sosilawati yang menggegarkan Negara baru-baru ini, melihatkan betapa berat sebelahnya Majlis Peguam dalam membicarakan tentang hal ini.  Lebih-lebih lagi apabila yang disyaki terlibat adalah terdiri daripada seorang ahlinya merangkap ahli seumur hidup kepada sebuah parti pembangkang dimana Majlis Peguam dilihat begitu condong kepadanya.

Pathmanabhan A/L Nalliannen, Suspek utama
Di dalam kenyataan media pertamanya mengenai kes pembunuhan ini, Majlis Peguam melalui Setiausahanya, George Varughese menafikan tidak peka kepada kes tersebut hanya kerana ia melibatkan suspek seorang peguam yang juga ahli naungannya.  Alasan yang diberikan ialah tidak menerima senarai suspek dan tidak akan mengeluarkan kenyataan berasaskan spekulasi.  Kenyataan penuh tersebut boleh dirujuk disini.

Inilah yang disebut dalam tulisan sebelum ini bahawa Majlis Peguam secara tiba-tiba berubah menjadi alim dan mengikut peraturan.  George Varughese mungkin sudah lupa, dalam kes Kugan yang ditukar menjadi isu perkauman oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, Majlis Peguam melalui mantan Presidennya, A. Ambiga, mengeluarkan kenyataan pertama pada 23hb Januari 2009 iaitu 3 hari selepas Kugan dilapurkan mati di dalam tahanan polis iaitu pada 20hb Januari 2009. Kenyataan penuh Ambiga boleh dirujuk disini.

Berlawanan dengan kenyataan George Varughese, tiada senarai suspek yang terlibat diserahkan kepada Majlis Peguam, lapuran bedah siasat kedua juga belum dilakukan tetapi Ambiga telah pun mengeluarkan kenyataannya terlebih dahulu,  menunjukkan bahawa Majlis Peguam tidak terikat kepada perkara-perkara yang disebut George Varughese di atas.  Pendek dan mudah kata Majlis Peguam yang ‘mahir’ pasal undang-undang ini berbohong kepada kita semua.

Begitu juga halnya dengan kematian Teoh Beng Hock, Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan akhbarnya disini pada 18hb Julai 2009 iaitu 2 hari selepas Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16hb Julai 2009.  Bukan setakat itu, Majlis Peguam mendesak pula ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian ini. 

Kenapa berbeza benar kedua-dua kes ini dengan tindakan Majlis Peguam sekarang?

Majlis Peguam yang ditubuhkan dibawah Akta Profession Guaman 1976 yang antara lain untuk mengekalkan kedaulatan undang-undang dan melindungi kepentingan pengamal profession guaman, sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan yang bebas.  Dengan kuasa menggantung dan membatal lesen guaman, Majlis Peguam tidak boleh berpihak kerana ia akan menjejaskan perjalanan undang-undang dan menafikan hak mendapat keadilan jika tidak diurus dengan sempurna.   

Persepsi masyarakat umum yang melihat Majlis Peguam sebagai satu cabang kepada parti politik pembangkang seperti DAP kerana banyak tindakannya yang selari dengan fahaman politik pembangkang tersebut termasuk mensensasikan kes-kes kematian yang berkaitan dengan polis dan SPRM tanpa perlu menunggu keadilan dari mahkamah, belum lagi bercakap akan penglibatan aktif ramai ahli-ahlinya di dalam politik pembangkang.

Tindakan Majlis Peguam mempersoal Akta-akta yang diluluskan parlimen dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah juga sebenarnya menyalahi maksud penubuhannya itu kerana ia terletak di luar bidang kuasanya.  Penggubalan undang-undang dibuat di Parlimen dan interpretasi undang-undang dibuat di mahkamah., bukan oleh Majlis Peguam.

Tiada alasan lain bagi sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh Majlis Peguam dalam kes pembunuhan Sosilawati ini melainkankan kerana yang terlibat adalah ahli naungannya dan parti yang disokongnya.  Dalam erti kata keadilan, Majlis Peguam tidak adil, berpihak dan sesuatu perlu dibuat bagi membolehkan sebuah badan yang benar-benar adil dan bebas dari politik kepartian ditubuhkan bagi menjaga para pengamal profession guaman di Negara kita.

Atau kalau perlu, haramkan saja peguam daripada terlibat dalam politik.

Sumber : MyKMU.net

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T