Skip to main content

Tahap Pemikiran Khairy Sama Seperti Bendera - Zahid Md Arip

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disifatkan mempunyai fikiran "sekotak" dengan segelintir rakyat Indonesia yang biadab dan melakukan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta apabila mengutarakan cadangan meminta kerajaan memanggil pulang Duta Besar Malaysia di sana.

 
Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Peribumi Kebangsaan (PERKASA), Muhammad Zahid Md. Arif berkata, cadangan itu merupakan tindakan terdesak oleh Ahli Parlimen Rembau itu untuk mendapatkan publisiti murahan.

"Saya setuju dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Khairy seorang yang tidak cerdik apabila memberikan cadangan sedemikian.

"Ia datang tidak kena pada masanya apatah lagi ketika pemimpin kedua-dua negara sedang mengambil langkah diplomasi bagi menyelesaikan masalah yang timbul," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kritikan Anifah yang menyifatkan Khairy sebagai pemimpin yang "pandai tetapi tidak bijak" apabila mengemukakan cadangan itu.

Khairy sebelum ini meminta kerajaan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan sekiranya mesej bantahan serta protes Wisma Putra masih gagal menghentikan serangan penunjuk perasaan terhadap pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Pada masa sama, beliau turut menyeru Wisma Putra lebih tegas dalam menyampaikan mesej bantahan kepada kerajaan Indonesia berhubung isu demonstrasi oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Sehubungan dengan itu, Zahid meminta agar kerajaan tidak melayan permintaan Khairy itu kerana sekiranya langkah itu dilaksanakan, bermakna Malaysia bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia.

"Saya difahamkan hubungan di antara pemimpin kedua-dua negara dalam keadaan baik dan yang bertindak biadab itu hanya mewakili golongan yang kecil. Jadi di manakah rasionalnya cadangan itu? Lainlah kalau mereka betul-betul hendak berperang dengan kita," katanya.

Zahid secara sinis kata, sekiranya Khairy sebagai Ketua Pemuda mampu membekalkan tenaga kerja untuk bekerja dalam sektor berkenaan, beliau akan bersetuju dengan cadangan itu.

"Sebagai Ahli Parlimen yang juga merupakan graduan dari Universiti Oxford, Khairy harus faham sekiranya Duta kita di Jakarta dipanggil pulang, bermaksud Malaysia bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik yang lama terjalin dengan republik itu,"katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...