PERDANA Menteri, Datuk Seri, Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyatakan sesuatu kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sewaktu Muhyiddin memotong pulut kuning sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 64 sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, 27 Mei. - UTUSAN Barisan Nasional tidak risau untuk menghadapi pilihan raya berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.