Skip to main content

Hatta Pun Tak Berani Lawan Mat Sabu...???

Berjuang apa macam ni jika untuk bertanding lawan Mat Sabu pun tak berani...porrahh!!!
Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli hanya akan bertanding anggota jawatankuasa (AJK) PAS Pusat walaupun beliau layak untuk bertanding naib presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan pada bulan depan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Krai berkata keputusan untuk hanya bertanding AJK PAS Pusat dibuat memandangkan ramai pemimpin PAS mempunyai idea yang sama dan kesemuanya boleh bekerjasama dengan baik.

"Saya hanya bertanding peringkat AJK sahaja. Bukan saya seorang sahaja tetapi ramai yang mempunyai idea yang sama dan kami semua boleh bekerjasama. Dalam parti ini pun, kesemua keputusan yang dibuat ialah secara konsensus. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya saya hanya bertanding AJK sahaja," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin Khamis mengumumkan beliau akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak pencalonan untuk mempertahankan AJK PAS Pusat.

Nizar, yang juga bekas Menteri Besar Perak membuat pengumuman itu melalui Harakah Daily.

Dengan pengumuman Dr Hatta dan Nizar, ini bermakna setakat ini enam calon akan bertanding jawatan naib presiden, termasuk dua penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, dua Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Mohd Amar serta ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.

Seorang lagi penyandang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding timbalan presiden menentang penyandang Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat Muhamad Sabu.

Hari ini adalah hari terakhir untuk calon yang layak bertanding membuat pengesahan pertandingan.

Pemilihan akan diadakan sempena muktamar PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 sehingga 5 Jun ini dengan pemilihan diadakan pada hari kedua muktamar pada 4 Jun.

Setakat ini, hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi penggal kelima sebagai presiden PAS. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...